Pages

Friday, April 24, 2009

30 soalan yang jenuh saya nak selesaikan

budak yang akan buat practical kat free.sca.le telah mengetag saya...

1. Bekas kekasih saya adalah : biarlah rahsia... apa yang boleh saya katakan... nama dia bermula dengan huruf A... auwww

2. Saya sedang mendengar : lagu COBA nyanyian fai.zal tahi.r. lagu tema cerita matahari... kantoi saya tengok cite matahari time office. boss takde maaa.

3. Mungkin saya patut : sembahyang zuhur dulu... takpun pergi kencing dulu.

4. Saya suka : benda2 yang cute, ada seni dan kreatif... tapi yang sebenarnya saya suka shopping cuma keadaan poket yang tidak berapa nak mengizinkan. eh dan saya juga suka blog hopping. saya suka baca blog. saya suka merajuk.... saya suka itu... saya suka ini.

5. Sahabat-sahabat baik saya : u know who u are.

6. Saya tak paham : macamana nak potong kain untuk buat gaun anak dara... bilalah saya nak pergi berguru ni.

7. Saya kehilangan : kesabaran... nak kena cari doa untuk memperkuatkan kesabaran saya.

8. Ramai yang berkata : awak ni ada penyakit benjamin butang ke...???

9. Makna nama saya : permaisuri yang cantik dan rupawan serta baik budi pekertinya... kalau anda percaya tataulah saya.

10. Cinta itu adalah : sesuatu yang buat kita menggeletis.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang : sibuk buat kerja... atau buat2 ada kerja.

12. Saya akan cuba : sedaya upaya habiskan tag ini... adoiii baru soalan 12.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : tiada titik noktah... berkekalan hingga ke akhir hayat.

14. Telefon bimbit saya : iphone 3G cap sam.sung.

15. Bila saya terjaga dari tidur : saya rasa tanak bangun lagi... tak puas rasanya tido... padahal pukul 10.30 dah selamat zzzzZZZZ.

16. Saya paling meluat apabila : orang mengarah2 saya... nak2 ada sorang kat ofis saya ni... adoiii

17. Pesta/Parti adalah : tempat orang kumpul ramai2...

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : kupu-kupu yang berkepala alien... bak kata si penjual coklat.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : sekarang... walaupun kadang2 bila tengok gambar rasa nak pergi semula ke alam dulu kala.

20. Hari ini : hari jumaat... malam jumaat dah pun lepas.

21. Malam ini saya akan : bertemu dengan incik suami saya yang telah bersenang-lenang berworkshop di le.gend wa.ter cha.let dari hari rabu lagi... isnin - selasa dia balik kampung sebab moyang dia meninggal.

22. Esok pula saya akan : buat cream puff resepi dari si muka kartun. semoga keazaman dan cita2 saya ini akan berpanjangan sebab saya ni kadang2 poyo jer lebih.

23. Saya betul2 inginkan : handbag kaler hitam... sekarang ni saya duk lenjan handbag saya yang berwarna putih yang mana putihnya sudah tak nampak putih sangat dah.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : arghhhhh tidak... ada seketul jerawat di bawah hidung saya.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : kalau klc tu... tempat saya tumpang lalu anak cucu nak kencing untuk ke lrt station.

26. Makanan Barat atau Jepun : barat suka... jepun pun ada gak yang suka... cuma jangan bagi saya sushi dah ler...

27. Bilik yang terang atau gelap : terang kalau tengah berdandan... dan gelap time nak tidur.

28. Makanan segera adalah : sedap di makan... senang di masak

29 .Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? : thank you, kak. kata2 untuk kakak cleaner.

30. Siapa yang anda nak Tag ? awaklah... sedih saya tau kalau awak tak buat.








1 comments:

Maia said...

eh.. apesal 29 je? kate 30?

 

Blog Template by YummyLolly.com