Pages

Thursday, June 29, 2006

Siaran Tergendala

Aku tak berapa sihat.
Adib Irfan pulak kena chicken pox.
Bergolek... berguling kat rumah jelah.
Adib Irfan dah balik kampung malam tadi.
Seminggu dua lagi aku & Nasrun balik ambik dia.
Adib Irfan bukan main seronok nak balik kampung.
Mama jelah yang meraung dan over emosional... adeii


Monday, June 26, 2006

Usaha Tangga Kejayaan

Ntah berapa puluh kali dia dah buat puzzle ni. Tanpa penat jemu... dia buat. Selesai buat... dia cabut balik... buat lagi sekali. Sebelum tidur 3-4x buat baru aku boleh simpan puzzle tu. Bangun tido... terus terkam puzzle... buat. Tak muak ke dia buat puzzle.

Lepas siap cantumkan puzzle tu... dia cakap dulu dengan Superman.

Boleh kata tidur puzzle, makan puzzle, tengok puzzle, minum puzzle... nasib baik mandi bukan ngan puzzle. Dia pantang ada mainan baru... siaplah kena mandikan dengan Adib Irfan.

Malam tadi dia buat puzzle tak pakai 'acuan' dia... dia buat atas ABC mat dia jer. Makin teror.

Friday, June 23, 2006

Kering Idea

Takde cerita... fikiran buntu... otak beku...

tapi orang cakap... a picture is worth a thousand words.




Thursday, June 22, 2006

Saat Ku Idamkan

Kitorang jarang ambik gambar bertiga. Selalunya gambar Adib Irfan ngan mama... tak pun Adib Irfan ngan papa. Gambar Adib Irfan sorang tak payah cakap ler. Berlambak. Aku & Nasrun jenis yang malas nak mintak tolong orang ambikkan gambar. So kesudahannya memang jarang giler ada gambar kami 3 beranak.

Sabtu lepas bertempat di Taman Tasik Perdana... dengan pertolongan dari adik manis, Farah Yusri kami berjaya mengabadikan gambar kami bertiga. Photoshoot ini sebenarnya untuk Adib Irfan. Alang2 tu mama & papa pun join sekalilah. Bila lagi nak dapat peluang macam ni kan.

Wednesday, June 21, 2006

Biarkan Luncai Terjun Dengan Labunya

Babak 1

Adib Irfan dengan kusyuknya duk bercerita kat papa. Itu ini duk bagitau papa. Mama plak kat luar... tengok Diari AF. Tiba2 terdengar papa tanya kat Adib Irfan.

Papa : Boy cakap apa ni... papa tak paham ler.
Adib Irfan : Ntah... boy pun tak paham.

Tergelak besar mama & papa dengar jawapan dari Adib Irfan.

Babak 2

Malam tadi. Adib Irfan tengok Mr. Bean. Tiba2 dia tutup tv.

Mama : Pasal tutup tv?
Adib Irfan : Boy nak kencing.
Mama : Abis tu naper tutup tv.
Adib Irfan : Pause (sambil berlari masuk toilet)

Dia ingat rancangan kat TV boleh PAUSE sama cam dia tengok VCD. Adeiii.

Friday, June 16, 2006

He Means So Much...

... dan ucapan ini juga ditujukan untuk bapa mentua aku, abang aku, abang ipar aku, adik ipar aku dan semua kawan2 aku yang telah bergelar bapa, bakal menjadi bapa tidak kira di mana juga anda berada.

Thanks for everything and love u so much.

Thursday, June 15, 2006

Kali Pertama

12Apr03 - pertama kali makan nestum
7May03 - pertama kali meniarap
14May03 - pertama kali balik Pmas
15May03 - pertama kali nangis cebik mulut
10Jun03 - pertama kali demam
21Jun03 - pertama kali jatuh katil
25Jun03 - pertama kali mengensot
28Jun03 - pertama kali naik LRT (dari Sentul ke Stadium Bukit Jalil)
24Aug03 - pertama kali sebut papa
11Sept03 - pertama kali naik motor (dengan Ayah Long)
17Sept03 - pertama kali tumbuh gigi (belah kanan-bawah)
1Nov03 - pertama kali melangkah (2-3 langkah jer)
14Nov03 - pertama kali berhari raya Aidilfitri (Adib Irfan lahir 8 Syawal thn 2002)
20Dec03 - pertama kali buat parti hari jadi
14Mar04 - pertama kali pergi KLCC (walaupun mama hari2 keluar masuk KLCC)
27Mar04 - pertama kali panjat meja makan
20May04 - pertama kali terseliuh kaki

Nilah di antara perkara pertama kali yang berjaya dilakukan oleh Adib Irfan yang aku catit.

Tuesday, June 13, 2006

Menyanyi Kerana Gembira

Cerita Adib Irfan lagi...

Suka betul Adib Irfan menyanyi... macam2 lagu dia nyanyi... walaupun hanya nyanyi yang hujung2 jer... janji nyanyikan... layannnn.

Dengar intro muzik pun kadang2 dia dah tahu lagu apa... terutama sekali lagu L...O...V...E (si Ashley Simpsons punya lagu)... dengar suara pun dia boleh tahu siapakan gerangan penyanyi itu... terutama suara MAWI (padahal dia lagi minat Felix dari Mawi).
Adam pun antara penyanyi yang dia minat.

Selalunya kalau petang... on the way nak balik rumah... aku dan Adib Irfan akan ber'karaoke' dalam kereta. Tak kiralah tempo lari ke... pitching ke laut ke... janji tak boring. Time lagu aku, aku nyanyi... time lagu dia... jangan harap aku boleh nyanyi... Ni lagu boylah, ma. Lagu mama kejap lagi.

Tapi kalau ada papa... lagilah hingar-bingar satu kereta. Masing2 nak tunjuk power.



Monday, June 12, 2006

Minum Milo Anda jadi Sihat Dan Kuat

Kisah bermula semasa Boboy (adik laki) nak tengok cerita Buli Balik. Aku pun carilah CD dalam beg CD. Belek-belek... tak jumpa. Tengok cito lainlah Boy... tadok. Tok tau duk mano. Adalah mama Buli Balik. Adib Irfan bagitau aku. Dia suruh aku belek2 lagi. Ni, Buli Balik.

Ternganga aku dibuatnya.

Mau tak ternganga. Dia belum boleh baca. ABC pun tak kenal lagi. Tapi macamana dia boleh tau itu CD Buli Balik. Kalau kat atas CD tu ada gambar... oklah. Boleh cakap dia tahu tajuk cerita dengan tengok gambar kat atas CD tu.

Tapi CD Buli Balik tu macam ni...

Tapi yang kitorang lagi teruja... bila kat atas CD tu kosong sekosongnya. Tapi dia boleh tau... itu CD apa. Lagu Mawi World dia cakap. Tak ke kepelikan melanda diri mama dan papa. Padahal bukannya tiap2 hari duk bukak CD tu. Dah berzaman pun tak tengok. Tapi tulah dia masih boleh ingat.

Kuat betul ingatan dia... Bangganya aku. Tapi memang dari dulu lagi kitorang perasan, dia mudah ingat. Sekali ajar jer... dah boleh ingat.

Kalau CD yang ada gambar... cam kacang ler dia boleh ingat.

Tapi yang aku geram... kalau aku ajar ABC... atau 123... dia boleh buat main2. Boy tak taulah, Ma. Eeiii... geram.



Sayangkan Isteri Tinggal2kan


Aku dapat 'hadiah' sempena kena tinggal kat rumah dengan Adib Irfan... 4 hari. My dearie hubby ada meeting kat KK. Syokkan kalau aku & Adib Irfan pun boleh join sekali. Pernah gak aku jejak kaki kat Negeri di Bawah Bayu tu. Itupun bertahun2 yang dulu. Masa aku kerja kat tempat lama.

Masa kerja kat tempat lama... selalu gak aku kena 'terbang' ke Malaysia Timur. Aku dah pernah pegi Labuan, Miri, KK, Bintulu dan transit selama 1 jam kat airport Kuching. Tapi sekarang, masa aku banyak dihabiskan di ofis saja. Oklah... kalau tak kena tinggalkan Adib Irfan... tak sanggup.

Wednesday, June 07, 2006

TERBEAN

Malam tadi sanggup Adib Irfan tengok tv kat luar sorang2 dalam gelap tak pasang lampu. Aku ajak dia masuk tidur... tanak. Lepas dia tgk cerita Misi XX-Ray... dia cakap pasni ada cite TERBEAN. Disuruhnya aku masuk tidur dulu. Aku tutup lampu pun dia masih tak berganjak. Nanti dah habis TERBEAN... Boy tutup tv... pastu masuk tidurlah.

Time iklan jer aku ajak dia masuk tidur. Belum habis lagilah mama. Last2 pukul 10.30... dia tutup TV... masuk bilik... tutup pintu... tidur sebelah aku. Sempat lagi dia bercerita... TERBEAN main golf... bola masuk lubang... bla-bla-bla.

Monday, June 05, 2006

Dah Demam...

Untuk musim ke 4 ni... aku kurang demam. Tak tau kenapa. Tak tengok Diari AF pun aku tadak hal. Memang selalu aku termiss Diari AF. Takde aura langsung untuk Akademi Fantasia Musim Ke 4 ni. Aku masih takde suka mana2 pelajar pun... baik yang perempuan mahupun yang lelaki. Tak taulah kot baru minggu pertamakan. Tapi aku rasa kalau AF2 & AF3 dulu... masa minggu pertama pun aku dah demam. Setakat demam jelah... nak AFUNDI jauh sekali.

Tapi seminggu dua ni aku memang tak sihat. Tapi bukan tak sihat sebab AF. Tapi memang betul2 tak sihat. Dari selsema, demam suam2 kuku, batuk, sakit belakang... sekarang dah jangkit kat Adib Irfan. Kesian dia. Malam tadi dia tidur tak lena... asyik duk terbatuk2 jer. Petang nanti kalau tak ok lagi batuk & selsema dia... kena singgah jumpa doktor. Takut dia kena attack ngan asma lagi.

Tapi memanglah AF4 ni memang masih tak dapat menarik perhatian aku... Sebelum start AF4... tak sabar2 nak tengok... tapi bila dah start... hrm.... boringnya.



 

Blog Template by YummyLolly.com