Pages

Thursday, December 28, 2006

Tutup Kedai

Macam biasa... akhir2 tahun cam ni tempat keje aku akan tutup sampailah ke tahun depan. Hari ni aku keje setakat pukul 12.30pm... pastu akan masuk ofis balik pada 4Jan2007. Tahun lepas sempat gak ler merayapkan badan ke Pulau Langkawi. Tahun ni nampak gaya bercuti di rumah jelah. Aku dah tak berani nak jalan jauh2. Terberanak tengah jalan tak kena susah nanti.

Semalam aku telefon papa. Papa alhamdulillah sihat. Mama jelah tak hilang2 lagi batuk. Suara pun duk serak2 lagi. Tak dapat cakap pun dengan mama. Dia pergi klinik. Hari ni dalam pukul 5ptg (waktu Malaysia) doang akan bertolak ke Mina... wukuf di Padang Arafah. Orang makin ramai papa cakap. Bersesak2. 3 hari doang akan berada di Mina. Pastu balik semula ke Mekah. Dah tak lama dah papa & mama nak balik Malaysia.

Selamat Tahun Baru untuk semua. Semoga apa sahaja yang dilakukan di sepanjang tahun 2006 beroleh keredhaan Allah SWT. Jumpa lagi di tahun 2007. InsyaAllah.


Wednesday, December 27, 2006

20 ke 30...???

Semua tu angka semata2...

Kiranya dah lama jugaklah aku menghirup udara di bumi Allah ini. Sama seperti tahun2 yang lepas... aku tak beria pun sambut. Tahun ni aku lagi tak sabar nak tunggu kehadiran orang baru dalam keluarga kami. Aku tengah tunggu masa jelah sekarang ni. Semua kelengkapan dah siap aku sediakan. Semoga semuanya akan selamat.

Selamat Hari Jadi untuk aku.



Friday, December 22, 2006

Syukur Ke Hadrat Ilahi

Alhamdulillah....

Rezeki akhir tahun....

Wednesday, December 20, 2006

Kena sebijik


Mama nak ambik goreng pisang dalam plastik... tiba2 terjatuh atas kusyen kereta. Ambik dan tiup skit dan terus ngap.

Adib Irfan : Buanglah mama pisang tu.... kotor.
Mama : Errrr... (sambil masukkan goreng pisang dlm mulut)
Adib Irfan : Mama ni laparlah. Cam monkey.
Mama : Boy cakap mama cam monkey...??? (sambil geletek dia)

Adoiiiiii....



Monday, December 18, 2006

Dup Dap Dup Dap


Adoiii takuttttt. Dah ada pengalaman bersalin ni rasa takut dan berdebar makin menjadi2. Masa Adib Irfan dulu 37minggu aku dah pun bersalin. Minggu ni aku dah masuk 35minggu. Agak2 kali ni minggu ke berapa ek...??? Mudah2an kali ni pun Allah permudahkan segala2nya. Amin.


Hari ini harijadi Boboy @ Ayah Chik yang ke 16. Selamat Hari Jadi. Semoga jadi anak yang soleh, pelajar yang cemerlang dan insan yang berguna di masa depan.

Wednesday, December 13, 2006

Sudah 4 Tahun

Dah besarkan... Tak lama lagi nak jadi abang.

Papa dan mama doakan yang terbaik untuk Wan Muhammad Adib Irfan.

 

Blog Template by YummyLolly.com