Pages

Thursday, April 29, 2010

anak dara punya pasal

pantang masuk... mesti takkan keluar dengan tangan kosong. walaupun kat rumah masih ada yang belum pakai lagi, tapi mesti nak beli jugak. kalau dah berkenan dengan satu2 design, macam2 colorlah dibeli.

kadang2 anak dara pakai tak sampai pun 15min. tapi tetap nak beli jugak. kalau bernasib baik dan kebetulan dia pakai baju atau skirt atau seluar yang berpoket... dia akan simpan hairclip dalam poket. kalau tak merata2lah dia 'simpan'.

kebetulan pulak laluan harian saya menuju ke lrt station akan melalui depan kedai aksesori cham.elon jadi selalulah tersinggah masuk ke dalam kedai. murah2 pulak tu. mau tak menggilakan.

Wednesday, April 28, 2010

dulu suka benda tinggi

dulu saya suka pakai wedges tapi sekarang saya lebih selesa dan suka pakai flat shoes pulak. dan ini kasut terbaru. murah sahaja, dari vi.ncci.

kalau boleh tadi nak beli color hitam jua tapi sayangnya dah habis stok. siapa2 yang sudi tolong belikan color hitam untuk saya... size 37. hehehe

Tuesday, April 27, 2010

hari ini hari raya ke...

tak raya pun masih boleh makan ketupat daun palas ni. sedap... kecik2 pulak tu. sekali ngap jer masuk mulut.

incik suami ada tugasan di kela.te... maka sebelum berangkat pulang adalah sedikit buah tangan dari opah untuk cucu2 di beringin. sedikit ketupat daun palas, pauh lemak dan rambutan.

Saturday, April 24, 2010

kuih ambon

tataulah korang panggil kuih ni apa. tapi orang kelate panggil 'ambong'. buat senang dan rasanya sedap. hanya 3 bahan saja diperlukan. tepung gandum, gula dan telur. sukatannya adalah semua sama. eh lupa... dan sedikit pewarna bagi mencantikkan lagi paras rupa ambon itu.

Friday, April 23, 2010

lagenda budak setan

dulu zaman remaja duk pulun baca novel. 3 jun nanti kita pulun tengok movie pulak. sebelum beratur beli tiket kat cinema, kita angaukan diri kita tengok trailer dulu.

lagu dia best, pelakon dia best, sinematografi dia cantik... harap2 semuanya akan jadi best sama seperti novel dia.

jom angau bersama2 dengan saya.

Thursday, April 22, 2010

4 kali saya pengsan...

... disebabkan orang kopil


jasamu akan ku kenang.




woweerina : giler cantikkan saya watermark baru saya.

hrmmm...

apa nak tulis yer... layan gambar jelah.

budak kecik yang tidur tertonggeng ni namanya rae.es rams.ey. sepupu terbaru adi.b i.rfan dan au.ni dami.a sebelah papa dorang.

Wednesday, April 21, 2010

ayam golek l.ima bint.ang bu.kit ker.inchi

kadang2 nafsu makan saya ni mengalahkan orang mengandung. pantang nampak makanan sedap... terus mengidam. kalau tempat tu dekat, memang pasti akan diterjah ler. kalau tidak, jawabnya meleleh jelah tengok gambar2.

seekor berharga rm18.

sedap...

Tuesday, April 20, 2010

sen.tul park lagi

mendamaikan jer kat sini. orang pun tak ramai. layan gambar jelah. jom...

Wednesday, April 14, 2010

bila budak bandar masuk kampung

maka inilah terjadi...


memang puashatilah dia dapat panjat pokok kelapa.


woweerina : semua gambar dari lensa maya.

Tuesday, April 13, 2010

saya rasa nak start hari ni

... maka pagi tadi saya buat scrambled egg + sedikit mayonis + lebihan daging goreng malam tadi.

mudah-mudahan semangat saya ini akan berkekalan untuk selama 2 minggu. tak boleh jadi, berat makin sehari ke sehari makin naik. dah ler saya ni tak cukup inci.

untuk lunch tatau lagi nak makan apa... hrmmm rasa2 ikan kembung bakar + sayur campur kot.

semangat makin teruja disebabkan oleh
si kurus kering kerempeng pun nak berdiet... maka tidak wajar untuk saya yang kembang setaman mahu berdiam diri sajakan. keterujaan ini bermula dari
si budak yang suka berjalan dan telah turun 1.5kg dalam masa 7 hari. yang mana ketua segala keterujaan ini datangnya dari si budak dzul ni.

Monday, April 12, 2010

seluas mata memandang

memang betullah... kiri kanan depan belakang nampak pokok2 padi jer. serius, seronok tak terhingga dapat berada sedekat itu dengan pokok2 padi.

saya dan keluarga telah dijemput oleh maya untuk melihat keindahan sawah padi di kampungnya itu. macam orang mengantuk disorongkan bantallah.

terima kasih tuan rumah.

Friday, April 09, 2010

kenapa jadi macam ni...

breath in... breath out...

mood dua tiga menjak ni ke laut sikit. mudah-mudahan dapat diubati sedikit masa lagi.

Tuesday, April 06, 2010

saya sangat-sangat mahu...

... kurus. buang lemak-lemak tepu di badan saya ini. lebih2 lagi di bahagian perut.

berat saya yang dulu maintain selama 3 tahun telah menunjukkan peningkatan yang mendadak. ini tak boleh jadi. biar tak turun asalkan jangan naik.

kena lakukan sesuatu...

Thursday, April 01, 2010

beza memang berbeza

perasan tak apa yang berbeza di antara 2 gambar ini...

kena telek, belek dan tenung betul2 kot baru nampak perbezaannya.

perbezaannya ialah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

cuff telah saya tetas dan buang.
 

Blog Template by YummyLolly.com