Pages

Thursday, October 30, 2008

Awet Muda

Semalam aku ada meeting dengan client kat Twin Towers.
Lepas urusan kerja beres... borak2 kosonglah ngan doang.
Muda belianya doang ni...
Umur semua mostly dalam 20an.

Ditanyanya umur aku... terus teranglah aku cakap.
Aku bukan wanita yang suka berahsia pasal umur.
Kosserlah nak malu2 pasal umurkan.
Terkejut tak percaya dibuatnya.

Biar betul....
Tengok macam baru 27thn.
Apa rahsianya awet muda camni.

Auwwww.... hahaha.
Kosser jer u all ni.
Tapi dalam hati... kembang kuncup dibuatnya.

Balik Kampung

Yeayyy... yeayyy...

Lepas kerja nanti bertolak balik kampung.
Seronoknya.
Jumaat sehari jer aku cuti.
Habis sudah cuti aku untuk tahun ni.
Sadis sungguh.

Lepas isyak hari jumaat tu ada acara akad nikah.
Adik ipar aku kahwin.
Bakal suaminya orang Kuala Kubu Bharu.
Nasib baiklah orang Selangor.
Takdelah aku nak kena cuti lagi time majlis bertandang nanti.

Sabtu barulah majlis 'bekwoh'.
Mintak2 MIL aku buat pulut kuning nanti.
Aku memang suka giler makan pulut kuning ni.
1 pinggan besar pun aku boleh habiskan.
Pelahap betulkan.

Ni kad kahwin adik ipar aku yang aku & tok laki buat. Aku tukang men'design'kan dan tok laki tukang mem'print'kan. 700 keping beb... boleh buat bisnes dah ni. Hahaha.


Wednesday, October 29, 2008

Lagi jumpa jumpi raya

Kali ni bertempat di rumah Diana.
Tak ingat plak raya ke berapa.
Tatau pun ada jumpa jumpi ni.
Terlangkah kanan... so dapatlah jumpa dengan geng2 semua.
Ni pun geng2 sekolah menengah gak.
Dulu geng2 laki ni selalulah berkonvoi raya datang rumah aku.
Masa tu semua bujang trang tang-tang.
Sekali serbu 3-4 kereta.
Seronok. S
Sekarang masing2 dah beranak pinak.

Mini Jumpa Jumpi

Raya ke2 aritu... aku join jumpa jumpi kat rumah Rosliza (alamak aku ala2 hilang ingatanlah nama tuan rumah... tapi aku rasa betullah nama dia Rosliza).

Sempatlah jumpa dengan Mc La, Nora, Normie & Mazlin. Lama giler tak jumpa. Ni semua kawan2 masa sekolah menengah. Kira berbelas2 tahun jugaklah tak jumpa.

Memang syokkan bila jumpa kawan2 lama ni. Sedikit sebanyak dapat mengimbas kenangan lalu. Suatu kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan.

Gambar cik minah ni diambil oleh abangnya.

Tuesday, October 28, 2008

Janda Yang Baik

Cuba cari di mana Adib Irfan. Hehehe.

Sampai2 jer kat Janda Baik... Adib Irfan terus teruja tengok anak sungai.
Memang dah lama dia ajak mandi kolam.
Tapi permintaannya terpaksa ditolak atas sebab selsema.
Kali ni dia tanak melepaskan peluang di depan mata.
Terus bukak baju... seluar... kecepushhh masuk dalam air.
Airnya bukan main sejuk lagi.

Memang menarik giler kawasan rumah rehat kawan aku ni.
Rumahnya betul2 tepi anak sungai... tepi bukit. Di balik bukit tu doang duk cerita Kuala Pilah.

Dikelilingi pula dengan kebun2 buah.
Pokok yang aku kenal hanyalah pokok durian.
Siap ada jambatan gantung lagi.

Next time kena datang awal lagi. Baru puashati.

Ada puas...

Posing maut di Janda Baik.


Si suami sangatlah berpuashati.
Si isteri memang puashati.
Si anak besar puashati yg amat. Siap cakap... fuyoo ada magik. Hahaha.
Si anak kecik lansung xde perasaan.





Saturday, October 25, 2008

Di akhir Syawal

Banyaknya jemputan untuk dihadiri.

Hari ni ada 4 jemputan.

Lepas zuhur sampai ke malam - Damansara Utama umah mak sedara. Confirm kena pergi sebab time2 camnilah nak jumpa ngan sedara mara sepupu sepapat semua.

Pkl 2 onwards - Janda Baik. My best friend buat BBQ kat rumah hinggap dia. Dah siap2 bagitau suruh bawak baju extra & towel sebab tepi rumah tu ada sungai kecik.

Pukul 5 onwards - Kuala Kubu Bharu. Kali ni rumah mak sedara tok laki pulak. Nak cakap tanak tak boleh ler sebab kt Damansara tu mak sedara belah aku. Nanti apa plak kata tok lakikan. Hahaha.

Lepas isyak - sembahyang hajat rumah Wan. Kawan masa study kat UKM. Muda2 lagi dah ada rezeki nak pergi Mekah menunaikan haji. Alhamdulillah. Oh ya... rumah Wan ni tepi rumah aku jer.

Kenapalah semua orang nak buat hari Sabtu. Besok 1 jer jemputan... kat Alam Damai. Isnin bolehlah bersenang lenang kat rumah jer.

Fenat2...

Friday, October 24, 2008

Aktiviti Adib Irfan di Nursery

- Cikgu sekolah akan hantar balik nursery.
- Mandi (dia tengah menghafal doa masuk bilik air)
- Makan tengahari.
- Tidur (kalau kat rumah memang jarang giler dia tido siang hari sebab duk ralit tengok tv. Aku dah buat peraturan hanya hari minggu dia boleh tengok cerita2 kartun dia kecuali Isnin malam... kasi kelonggoran untuk dia tgk "Pepaya". Aku rasa semua budak minat ngan superhero baru ni.)
- Bangun tido mandi lagi sekali. (cepat jer mandian habis. maklumlah mandi sendiri dengan kawan2... kat rumah pun, kalau dibiarkan mandi sendiri... separuh botol dia pakai untuk mandi. dia sabunkan badan dia, mainan dia dan kalau terlampau rajin dia sabunkan sekali bilik air).
- Minum petang. (selalu kalau tanya... manjang makan roti).
- Buat homework. Kadang2... tak semua homework dia habiskan kat sekolah. Sebab 'termain' dengan kawan2.
- Main2 sambil tunggu mama ambik.



Nota tambahan : Pagi tadi... belum pun nampak simpang nak masuk nursery... dah terdengar alunan suara dari Auni Damia. Start nangis dah. Adoiiiilah minah. Semalam jer awak ok yer. Arini buat perangai balik.

Thursday, October 23, 2008

Pencapaian Baik

wahhh... ini sudah bagus.

baru nak belok simpang masuk ke nursery...
auni damia dah bersorak...
"Yeay... ampai".
tapi still tanak jalan masuk dalam.
tetap nak berdukung.
siap salam... cium semua.
menonong dia bye-bye masuk dalam.

lega hati tengok dia camtu.
mudah2an besok akan sama macam hari ini.
insyaallah.

Wednesday, October 22, 2008

Memang perangai dia...

"F cakap W tak mintak tawar pun beli ..."
"Kira apa C cakap W ok jer"

Aku memang tak pelik kalau ada orang cakap camtu. Memang dah kenal giler perangai dia. Nak beli apa2... memang dia tak reti nak tawar menawar ni.

Kalau ada aku... oklah... proses tawar menawar akan berlansung. Kalau tak... buat sakit hati jer bila tau dia beli barang tanpa mintak satu sen pun kurang.

Cam aku... selagi boleh tawar... selagi tulah aku mintak. Hahaha. Cuma satu jer aku tak pernah mintak tawar... tang upah babysitter. Yang tu aku terima dengan 'hati terbuka'. Huhuhu.

Monday, October 20, 2008

Adakah...

Yer.. adakah saya terkecil sedikit dari asal... atau seluar yang saya pakai hari ini sedikit membesar setelah dibasuh berulang2 kali. Agak terlondeh rasanya memakai seluar panjang ini hari ini.

Kalau betul saya mengecil dalam kadar yang sedikit... alangkah gembiranya. Bak kata pepatah... sikit2 lama jadi banyakkan.

Tetapi suami saya selalu menidakkan kenyataan yang saya berikan kepada dia. "Makan banyak... camana nak kurus".

Kadang2 tengok cermin... cam sedikit 'pengurusan' berlaku. Tengok cermin kat dinding lain... huhuhu gemuknya aku.

Tetapikan... ahad lepas, suami saya telah mengiyakan kenyataan dari saya. "A'a nampak sedikit kurus". Ditekankan sekali lagi... cuma sedikit yer. Bukan banyak kurusnya. Untuk banyak kurus saya kena gandakan lagi usaha saya. "Suka tau tipu2 I camni"... Saya sengaja 'menggelikan' ayat2 itu. Realitinya saya jarang cakap 'geli2' camni.

Agak sukarkan dalam usia yang banyak ni... untuk 'mengkuruskan' badan.

Sunday, October 19, 2008

4-in-1

Dari cirit-birit yang dah berpanjangan 2-3minggu.
Selsema pun dari zaman nak raya aritu.
Demam menyusul malam Sabtu lepas.
Last sekali sakit mata yang bertaik.

Tapi nasib baik makan ubat dan titik ubat mata dia senang kali ni.
Kalau tak 'berperang' nak bagi dia.

Mudah2an cepat sembuhlah anak dara mama soang ni.

Saturday, October 18, 2008

Tiba-tiba

Pada suatu hari...
si dia buat keputusan...
keputusan yang drastik...
dalam masa tak sampai pun 2 jam...
keputusan dibuat...

huhuhuhu

Friday, October 17, 2008

Siam mari

Agak lama duk makan beras siam... balik dr raya aritu stok beras siam dh abis. Nak tanak terpaksa bertemu kembali dengan 'Abg Jalal'.

Adoiii tak sedapnya. Nak masak pun agak kurang mahir. Jadi lembik plak nasinya. Terlebih air kot. Pdhal dulu memang beras 'Abg Jalal' nilah yang menjadi idaman kalbu.

Dulu aku tak pernah beli beras siam bwk KL. Tapi lepas balik pantang Auni Damia aritu teringin plak nak makan beras siam. So start dari itu... pantang balik Kelate akan aku beli beras 2-3 peket.

Raya aritu byk kedai aku cari... semua abis. Tapi takpe... akhir Oct ni aku balik Pmas lagi. Time tu tak ramai org balik kg. Beras pun senanglah kot nak beli.

Trylah makan beras siam. Rasa sekali... kompem dah tak nak beras tempatan. Hahahaha. Langsung tak sokong barangan tempatan aku ni.

Thursday, October 16, 2008

Menguji Kesabaran

Semenjak 2 menjak ni... nak2 lepas balik beraya dan duduk nursery.
Perangai dia makin menjadi2 'kededek'nya.
Tak dapat barang yang dihajati... meraung.
Abang tegur pun dia menangis.
Kita tak faham apa yang dia nak... pun menangis.
Pendek kata melencong sikit dari kehendak dia... akan diakhiri dengan laungan yang cukup kuatlah.

Sakit jiwa raga dibuatnya.
Tak tahan sangat... kenalah 'sikit' ngan mama.
Kurung dalam bilik pun dia dah kena.
Mau tak... tak tau apa yang dia nak... tiba2 menangis melolong.

Manja kededek sungguh Auni Damia sekarang.

Wednesday, October 15, 2008

Buku Muka

Kalau dulu pandang pun tanak. Tapi sekarang... aku dah jatuh chenta sama itu 'Buku Muka'. Boleh kata tiap2 hari aku pasti jenguk (nampak sangat aku banyak masa terluangkan... hahaha)

Dengan Facebook ni lah aku berjaya jejaki kawan2 aku yang dah lama lost contact. Seronok giler bila dapat jumpa walaupun hanya di alam cyber.

Aku berjaya 'bertemu' dengan kawan2 masa sekolah rendah. Ada muka yang aku masih ingat dan cam. Ada gak segelintirnya aku ingat nama jer... muka dan fizikal.... sudah berubah mengikut peredaran masa dan zaman.

Wah... segala kenangan lebih 20tahun lepas mengimbau kembali. Syok bila dikenang dan diimbas.

Ramai yang menetap dan bekerja di KL... so ada masa... ada rezeki... kita pakat2 buat reunionlah pulak.

Facebook mampu mengeratkan dan mengukuhkan silaturahim.

Tuesday, October 14, 2008

Adib Irfan Bikin Konsert

Ahad lepas... berlangsunglah Konsert Akhir untuk Tadika Seri Indah Jaya di Dewan San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang dengan meriahnya.

Macam2 gelagat dan keletah kanak2 tadika dapat disaksikan. Konsert ini gabungan 3 buah tadika. Aku pun baru tau ada cawangan kat Sentul dan Jalan Ipoh. Walaupun persembahan yang agak berterabur tetapi ia sangatlah menghiburkan dan mencuit hati.

Pukul 2.30 pelajar2 dikehendaki mendaftarkan diri dengan cikgu masing2. Ni tengah tunggu masa nak beredar ke belakang pentas.


Sebelum konsert dimulakan... wakil pelajar dari 3 tadika diberi peluang untuk memberi sedikit ucapan penghargaan kepada cikgu dan ibu bapa serta berazam untuk menjadi pelajar yang bijak pandai dan bla...bla... Jangan tatau aku duk sebak tak hengat dengar budak2 ni duk beri ucapan. Poyo betul.... hahaha.

Persembahan yang dinantikan oleh aku... sudah semestinya persembahan dari Adib Irfan dan kawan2.

Seronok gilerlah dia dapat buat persembahan hero pujaan hati.

Tengoklah... tersengih2 jer dia.

Dikir barat ke apa ni boy...

Selesai sudah persembahan dari Spiderboy & Spidergirl.

Auni Damia plak layan tido masa abang dia buat persembahan. Lambat tunggu turn. Plak tu memang time dia tido. Bunyi bising ya amat pun dia tadak hal... syok jer tido.

Semua pelajar yang membuat persembahan sedang menyanyikan lagu apa ek... lupalah.

Majlis dah bersurai pun cik mek ni masih lena diulit mimpi.

Friday, October 10, 2008

Keretapi baru sampai...

Almaklum jem raya. Hehehe. Aritu balik dr Kelate - KL makan masa 11 jam. Giler. Klong & Mimi SIL lagi haru... 14 jam duk makan jem dalam kereta. Naik kematu punggung masing2. Tapi itulah salah satu 'keseronokan' balik beraya.

Ready semua. Tahun ni kita bergambar kat luar rumah pulak... di bawah rimbunan pokok manggis.


1 2 3 senyum.


Tak abis lagi ke...


Cik Mek ni berbaju kurung riau kain susun belakang. Raya aritu perangai dia 'tersangatlah baik'. Suka nangis... asyik nak berdukung jer keje dia.


Geng Power Rangers. Power Rangers Armand jer xde dalam gambar sebab xde sapa yang boleh diharap untuk mendukung Armand. Nak harapkan abang Danial dia... harapkan pagar pagar yang tombang dulu kot.


Power Puff Girls punya geng plak. Power Puff Girl Yasmin balik jer KL telah diserang denggi. Siyan 'sesame street'.

Armand boleh geng dengan Sidi. Geng Kopiah Putih.

K.Long dengan kuncu2nya.

'YB' Irwan dengan isteri dan anak2 tercinta. Bulan Jan 09 bertambah ahli sorang lagi. Agak2 geng power rangers ke power puff girls ek...???`

Saya dan family saya. Buat masa sekarang takkan menambahkan bilangan ahli keluarga lagi. Masa hadapan... wallahualam.


Orang suruh koko/kuning keemasan mu g pakai kaler caca merba ni pehal... Adoiii rainbow family sungguh. Semua kaler dia rembat. Muahahaha.

Tuesday, October 07, 2008

Fasa Baru

Hari ni bermula satu fasa baru dalam diri Adib Irfan dan Auni Damia.

2 beradik tu start tinggal dekat nursery. Nursery tu betul2 depan sekolah Adib Irfan. Si abang oklah... memang dah lama nak duk kat nursery tu sebab ramai geng2 sekolah dia transit kat nursery. Si adik jelah yang sedikit problem.

Lemah longlai kalau dengar anak menangis meraung. Susah jugak kot dia nak membiasakan diri dengan keadaan baru. Aku jugak kena pekakkan telinga dan tebalkan hati dengar tangisan anak dara aku.

updated : Baru lepas cakap ngan cikgu kat taska... Auni Damia tengah tido. Hisap susu pun ok. Makan ok. Main dengan kawan2. Alhamdulillah... lega sikit aku dengar.

 

Blog Template by YummyLolly.com