Pages

Wednesday, December 31, 2008

Detik-Detik Terakhir

Tak sampai 12 jam kita akan melangkah ke tahun 2009.
Banyak suka dan duka yang telah dilalui dalam tahun 2008.

Semoga 2009 yang bakal menjelang akan membawa seribu satu keriangan dalam diri kita.

Selamat Tahun Baru.

Saturday, December 27, 2008

Baru '23'



Pejam celik... pejam celik... dah 32 umur aku.

Tiada lain yang ku inginkan...
Segala yang terbaik dan terindah ku harapkan dalam kehidupan yang mendatang.


p/s happy birthday jugak utk 'abg dan kakak kembar' ku... Hifzi dan Linda.


Friday, December 26, 2008

Keperluan Anak-Anak

Semalam ambik peluang cuti Krismas pergi beli segala keperluan sekolah untuk Adi.b I.r.fan. Haru. Mau tak haru... last minute punya kerjakan. Banyak size yang dah habis. Dari Jusco ke Giant Bt Caves pastu terjah pulak Tesco Extra Selayang.

Boleh tahan jugak harga uniform sekolah budak2 ni.

Kena berusaha gigih lagi untuk tambah mana2 yang tak cukup ni. Adoiii mana lagi ek ada jual Canggih.


Ni pulak keperluan asas Au.ni D.ami.a. Borong time murah dapatlah jimatkan duit sikit. Diapers tu beli kat Jusco. Dapatlah RM30.60. Susu tu pulak beli Rabu lepas kat Sogo. Dari jauh nampak 2 packs for RM56. Giler murah tu. Terus tak toleh belakang. Balik rumah tengok pamplet yang diambil dekat cashier masa nak bayar... susu tu murah untuk 24Dec jer. Kira aku langkah kanan ler pergi Sogo. Pulak tu ada syarat. Sorang boleh beli 2 pack jer. Tapi masa aku beli... budak cashier tu takde cakap apa2 pun. Lagi satu rezeki aku.

Tuesday, December 23, 2008

Antaranya...

Antara benda yang berkaitan dengan kereta yang saya boleh buat sendiri... selain dari isi minyak. Pergi cuci kereta. Itu pun boleh bilang berapa kali saya bawak kereta pergi cuci.

Bab nak isi angin memang failed sebab tak pernah buat. Tak reti aku weiii.

Kalau boleh isi minyak pun saya tanak. Yang saya mahu hanya pandu kereta saje. Tapi kalau ada driver memang pandu kereta pun saya tanak.

p/s bukan Alphard putih itu kereta saya yer...

Monday, December 22, 2008

Kembali Bersatu

Anak2 dah kembali ke pangkuan mak dan ayah.
Rutin harian si mak menguruskan anak2 kembali bermula.

Dah lama si mak dihantar dan diambil dari kerja oleh si ayah.
Terasa malas untuk berebut2 di pagi dan petang hari untuk naik LRT.

Oleh kerana hanya tinggal 4 hari waktu bekerja si mak di tahun 2008.
Si mak mengambil keputusan untuk memandu kereta sampai ke ofis.
Perjalanan dari rumah ke tempat kerja si mak sebenarnya taklah jauh.
Kalau waktu cuti sekolah dalam masa setengah jam si mak dah boleh sampai ke ofis.
Waktu biasa tak payah ceritalah dengan kesesakan lalulintasnya di kawasan Zoo Negara.

Tempat parking kerete merupakan satu masalah kalau si mak bawak kereta sampai ke ofis.
Kalau parking betul2 bawah bangunan tempat si mak bekerja dikenakan bayaran sebanyak RM8.
Depan ofis si mak pulak bayaran hanya RM5 tapi kalau terlambat sikit FULL ler jawabnya.

Tak lupa juga masalah yang dihadapi oleh si mak kalau pandu kereta ke ofis ialah di waktu petang.
Kalau time jem yang tak sedar diri... mau berjanggut ler nak keluar dari kawasan liputan ofis si mak.

Apa yang si mak merepek sampai jauh camni.

Yang sebenarnya si mak sangat gembira sebab anak2 dah berada di depan mata.
Tinggalkan anak2 kat kampung bukan sebab si mak saja suka2... tak rindu kat anak2... anak2 tak rindu kat si mak... tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan... si mak dan si ayah terpaksa redha.


Friday, December 19, 2008

Yabedabedu



Kau buatku kata O...LA...LA...LA...LA...








Wednesday, December 17, 2008

Year End Holiday

Baru dapat notis. Macam biasa... cuti hujung tahun akan bermula tidak lama lagi. Jom bercuti...

24 Dec 2008 (Wed) - Half Day - Christmas Eve (padahal yang sambutnya 2 orang jer. Layan..)
25 Dec 2008 (Thu) - Public Holiday - Christmas Day
26 Dec 2008 (Fri) - Working Day (kalau dapat cuti gak kan best)
27 Dec 2008 (Sat) - Off Day (my BIG day)
28 Dec 2008 (Sun) - Off Day
29 Dec 2008 (Mon) - Public Holiday - Awal Muharram
30 Dec 2008 (Tue) - Company Holiday
31 Dec 2008 (Wed) - Company Holiday
1 Jan 2009 (Thu) - Public Holiday - New Year's Day
2 Jan 2009 (Fri) - Company Holiday
3 Jan 2009 (Sat) - Off Day
4 Jan 2009 (Sun) - Off Day
5 Jan 2009 (Mon) - Back to Work (sambung cuti lagi sebab my anak teruna masuk darjah 1)


Dah tak sabar rasanya. Ke mana hala tuju kita agaknya...

2 gambar kat atas masa CCM Kota Kinabalu tahun lepas...

Tuesday, December 16, 2008

Suka tapi tak suka

Saya suka nenas tapi saya tak makan nenas yang dibuat pajeri nenas. Tapi kalau nenas yang dimakan begitu saja atau dicicah dengan garam/kicap cili saya sangatlah suka.

Saya suka kacang tapi saya tak makan kacang dalam nasi lemak. Akan ambil masa untuk mengutip kacang2 goreng terlebih dahulu. Tapi kalau kacang semata2 macam dalam paket rm1 sekali hadap jer saya makan. Peanut butter pun aku tak suka. Lagi berselera aku sapu roti aku dengan susu daripada peanut butter.

Saya suka minum susu tapi saya tak minum susu yang berkaler2 seperti susu coklat atau susu strawberi. Tapi hanya minum susu putih semata2.


Saya suka buah oren tapi kalau kek oren memang saya tak makan.

Roti berintikan coklat pun saya tak makan walaupun saya sangatlah suka makan coklat.

Saturday, December 13, 2008

Masa berlalu begitu pantas

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Adib Irfan
Allah selamatkan kamu.

Selamat Harijadi yang ke 6, sayang.


Friday, December 12, 2008

Cobalah untuk setia

Sediakan payung sebelum hujan. Mana kita nak taukan... tiba2 blog kita 'ditelan' zaman. Mau menangis tak sudah. Kalaulah benda ni jadi kat aku... confirmed aku akan bersara dari dunia blogging. Ye ke...????

Terdetik nak buat back up lepas baca entry kat blog mak merah. Bukannya susah pun walaupun mula2 terkial2 gak. Mula2 aku masuk jer kat import/export dalam Setting kat blogger. Rupanya bukan itu first step dia. Tapi tataulah kalau itu merupakan 1st step dia cuma cubaan aku kurang berhasil dengan step itu.

Aku sign up kat Wordpress. Bukak account kat situ dulu. Cong ceng cong ceng siap satu account kat Wordpress. Pergi kat my dashboard - tools - import - pastu ikutlah langkah2 seterusnya. Segala macam entry dan komen dalam Blogger akan diimport masuk ke dalam Wordpress.

Jadi kalau berlaku banjir ke tanah runtuh ke kat Blogger... insyallah segala macam entry yang dulu kala berjaya diselamatkan.

Cubalah. Tak salahkan mencuba.

Thursday, December 11, 2008

2-3 Cerita

Kitorang ronda2 sampai ke area Tumpat. Singgah makan kat Pantai Sri Tujuh, window shopping kat Pengkalan Kubur, tengok stesen keretapi yang paling last sekali, intai dari jauh 'Sleeping Beauty' dan yang paling menarik perhatian Auni Damia... sepanjang jalan dia dapat tengok 'Taw'. Mula2 dia sibuk duk cakap 'Tog'. Kita cakap 'Cow'. Cepat2 dia pintas cakap 'Utan Taw'... 'Tog'. Apa2lah cik mek asalkan kamu bahagia.

Raya aritu kitoang selamat buat akikah untuk Auni Damia. Asyik ler bertangguh2. Last2 terpaksa buat time raya haji.

Teringat satu cerita... "Besok rayakan ma". "A'a, boy tau ke raya apa". "Tau... raya tabung haji". Layannn.

Aku dengan tok laki sedang berhoneymoon sekarang. 2 orang anak kesayangan kat kampung. Next week baru balik ambik doang.

Thursday, December 04, 2008

Saya demam...


Pakej 3-in-1.

Start dengan sakit anak tekak (tonsilitiskan...)
Diikuti pulak dengan demam yang sejuk sampai menggigil. Cek2 suhu 39darCel. Habis satu badan lenguh2. Nak berdiri lama pun rasa macam nak pitam.
Last sekali sakit kepala yang berdenyut2.
Tak larat ooo...

Mak Auni Damia yang demam bukan Auni Damia. Gambar sekadar hiasan semata-mata.

p/s dalam pada tu seronok gak. Berat turun 1kg. Hehehe. Mulut pahit takde selera makan... camanalah nak makan.

Monday, December 01, 2008

'Kepek'

Hidung saya 'kepek'.
Papa kata ikut mama.
Yolah tu...
Macam ler hidung papa mancung.





 

Blog Template by YummyLolly.com