Pages

Monday, October 30, 2006

Mood Raya

Tahun depan insyaallah kaler tema UNGU plak.

Sorang jer takde dalam gambar ni... Boboy. Dia tukang ambik gambar. Dia tu memang pelik skit.

Mood raya masih tebal. Email pun banyak yang nak kena diselak2. Tulah bahana cuti panjang. Adib Irfan pun sibuk suruh aku cuti lagi.

Takpe lagi +/- 3bulan aku dapat cuti 2bulan. Cuti sakanlah nanti.

Jomlah raya... Hari minggu ni startlah bertandang ke mana2 open house.




Tuesday, October 17, 2006

Salam Aidilfitri

Hari ini 24 Ramadhan. Lebih kurang 6 hari lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Masing2 sibuk membuat persiapan yang terakhir. Samalah dengan aku. Jumaat ni aku dah start cuti raya. Khamis lepas bukak insyaallah akan bertolak balik kampung. Huhuhu seronoknya nak balik kampung. Tak sabar nak bukak puasa kat kampung... bukak puasa ramai2... bertambah ler seronok.

Gambar kat atas tu masa raya tahun lepas.... suka tengok gambar tu sebab kalerful. Raya tahun ni... kitorang tetapkan semua berbaju raya kaler hijau. Tak kisah ler hijau muda ke hijau pekat ke... asalkan tak lari dari tema HIJAU.

Di kesempatan ini aku & family ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN kepada semua.

Raya nanti jemputlah datang rumah... tak kiralah rumah kat kampung ke rumah kat sini ke.

Sesiapa yang nak balik beraya di kampung, berhati2 di dalam perjalanan. Ingat... kalau mengantuk tidur dulu sekejap.

Wassalam. Jumpa lagi lepas raya.

Thursday, October 12, 2006

Yang Ke 13 Tahun

Happy Birthday To You
Happy Birthday To You
Happyy Birthday To Baby... Ayah Su
Happy Birthday To You.

Ada nak request hadiah ke...??? Janji tak mahal... insyallah boleh ditunaikan. Hehehe.

Nak celoteh skit...

Minggu ni aku dah 24 minggu. Perut kecik jer... ramai gak orang yang tegur perut aku kecik. Tak macam orang mengandung 6 bulan. Masa mengandungkan Adib pun perut aku kecik jer. Time dah sarat cam perut orang mengandung 7bulan. Dengan perut keciklah... ramai orang tak bagi aku tempat duduk dalam LRT. Maybe dorang ingat perut aku buncit je kot.

Ramai lagi orang Malaysia yang kurang keprihatinan. Memang betullah iklan yang Adlin berlakon tu. Kadang2 kita duk depan dia pun... dia boleh buat tak nampak. Kadang2 langsung tak palingkan muka ke arah kita ni. Sabar jelah.

Tapi tak semualah orang Malaysia yang tak prihatin. Ada gak yang prihatin. Alhamdulillah. Kita sedepa dari dia pun sanggup bangun bagi tempat duduk.

Adakah anda prihatin...????


Thursday, October 05, 2006

Ahli Baru

Sorang lagi kawan aku telah mengakhiri zaman buyung. Y telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Oktober 4, 2006, pukul 9.36mlm seberat 3.4kg. Huhuhuh semangat gak baby. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Inilah Qaisarah Annur binti Farid. Geram tengok. Pipi set'to orang ckp. Rambut plak kemain lebat. Sekali tengok cam ada iras muka Iman the Abang Long.

InsyaAllah wiken ni boleh buat lawatan jenguk Qaisarah dan mamanya.



 

Blog Template by YummyLolly.com