Pages

Thursday, January 08, 2009

Rutin Harian Adib Irfan

6.30am baru kejutkan Adib bangun tido. Boleh dikatakan senang jugaklah nak kejutkan dia. Papa dia lagi susah nak bangun pagi.

By 7am dah bersiap keluar dari rumah. Time ni lah kadang2 mama dia nak menensionkan diri. Lebih2 lagi kalau cik mek molek buat hal tanak jalan or tido. Saya pulak jenis yang kalau anak tido kesian nak kejutkan doang. Adib dulu pun masa umur 4thn lebih pun masih berdukung time pagi nak hantar dia pegi rumah babysitter. Mau tak patah tangan dibuatnya. Adib bawak 3 beg semuanya - 1 beg sekolah agama, 1 beg sek kebangsaan dan 1 beg nursery. 2 beg dia bawak seniri. 1 lagi beg mama dialah tukang bawak. Bukan itu saja yang perlu dikendong oleh saya. Wajib ada di badan saya ialah 1 beg nursery cik mek, handbag mama, uniform sekolah kebangsaan Adib yang dah siap bergosok. Time cik mek nak berdukung abang ditugaskan untuk bawak selipar adiknya. Ala2 kereta berhiaslah saya jadinya.

B4 7.30am Adib dah sampai depan pagar sekolah. Kadang2 dia mengada2 gak nak suruh hantarkan adik dia dulu kat nursery. Kalau awal keluar rumah bolehlah hantar Au.ni D.amia dulu pastu patah balik hantar Adib. Macam2lah ko ni abang. Sesi persekolahan sekolah agama start pukul 7.45am - 10.30am. Balik dari sekolah ke nursery Adib naik bas sekolah Uncle Chee. Lepak2 kejap kat nursery, makan tengahari pastu bersiap nak ke sek kebangsaan pulak. Sek kebangsaan pulak start pukul 1.20pm - 6.30pm setiap hari kecuali Jumaat. Jumaat kelas start lambat... pukul 2.30pm - 6.20pm. Dari nursery ke sek pun dengan Uncle Chee gak. Balik dari sek ke nursery pun sepatutnya dengan bas sekolah. Tapi semalam aku sempat sampai depan sekolah dia b4 6.30pm. Mengamuk gak mamat tu sebab dia dah berangan2 nak balik dari sekolah dengan bas sekolah. Alih2 mama yang ambik.

Sampai rumah dalam pukul 7-7.15pm. Paksa dia mandi. Kalau tak dipaksa macam2 hal lain yang dia nak buat. Makan malam dan bersiap nak turun belajar Iqra' pulak. Ngalahkan orang yang bekerjakan. Nasib baiklah kelas Iqra' dia kat tingkat 5 jer. 2 tingkat bawah rumah kitoang. Kelas start pukul 7.30pm - 9pm untuk 3 kali seminggu (isnin - rabu). Selalunya around 9.30pm baru dia balik sebab lepas belajar Iqra' doang akan sembahyang isyak berjemaah dengan ustaz yang mengajar doang.

Balik jer rumah... susu satu botol dah tersedia atas meja makan. Jangan tatau, Ad.ib Irf.an masih hisap susu dalam botol. Aritu sekejap jer dia stop minum pakai botol. Pastu dia request balik nak pakai botol. Layan jelah. Nanti ajar balik dia minum susu dengan gelas. Settled minum susu maka bersedialah dia untuk tido.

Kesian budak zaman sekarang. Dari pagi sampai ke malam belajar. Tapi inilah yang terpaksa ditanggung oleh generasi masa sekarang. Cabaran dan persaingan kat luar tu sangat2lah tough. Belum lagi masuk bab nak pergi tuition ke apa. Takpelah bang... ini semua untuk kebaikan abang... demi masa depan abang gak.

9 comments:

Maya said...

uh.. memang sangat pack kan..
nak buat cemane...

Wan A. Rafar said...

Semoga Adib rajin belajar dan berjaya. Itulah doa Opah dan Sidi.

iamja said...

fuh.. packnya!! tapi takpe.. adib buat kuat. belajar pandai2 semoga sejuk perut mama bila tgk adib berjaya nanti.. dunia dan akhirat. mama pun kerja kuat tuh pagi2. mesti kelam kabut setiap hari ekk..

rina said...

maya : memang pn. tu psl mlm2 senang jer dia tido. takde nak bebel2 atas katil dulu. letih.

sidi : insyaallah. pagi tadi dia start smayang subuh.

ja : mudah2an anak2 kita semua berjaya di dunia dan akhirat. kdg2 rasa nak tercirit dibuatnya... hahaha

azie said...

xpe....kita sebagai ibu sure tau apa yg terbaik utk anak kita...mmg la nampak tough kan, tp sume utk kebaikan anak.

nana pun masih isap botol lg. Kat day care jek dia minum dlm cawan. Kt rumah masih berbotol.

- tety - said...

huhu salut aku tang pepagi tuh mu handle sorang diri wif 2 askar wataniah... huhuh aku yg kuar umh ngn pogy pun kekadang kalut gak... huhu tu pun dah kira x yah bwk stok baju hari2 sbb baju mmg dah ada stok kt umh nenek... tp tu la, tiap2 hr ada jek brg2 nk bwk g umh nenek/opis...

budak2 pack skang mmg pack schedule.. tp tu la cabaran zaman skang...

rina said...

azie : adib kt nursery x minum susu sbb seme geng2 dia x minum susu. malulah tu.

tety : what to do... hehehe. berbondong2 aku dibuatnya.

yati said...

tu dia aihh rina..pack sungguh jadual hero hang ni.sampai 9pm..

anak2 aku nanti xtau la camna..depa spesies tidur awai....b4 9pm pasti dah carik bantal

Wan said...

pack mmg pack, tapi gitulah rutin budak2 zaman sekarang, tak boleh elak.. utk diorang jugak nanti... odz mu beli troley tok se ke.. untuk letak bermacam beg masa pagi tu... troley cam nyonya pi pasar tu... ke kecik sgt.. tp kalau gitu senangkan... blh adib je tukang tolak masuk lif...

 

Blog Template by YummyLolly.com