Pages

Thursday, January 22, 2009

Betul ke?

Tadi masa lunch saya merayap ke Sogo. Misi mencari baju putih untuk anak dara mesti diteruskan. Masa dah suntuk dah ni. Semalam dah berjaya mencari baju untuk saya dan tok laki. Untuk anak teruna dah settled. Eh bukan baju yang ingin saya ceritakan di sini.

Dah ler nak pergi Sogo bukan main susah dapat taxi. Hampir berputus asa saya dibuatnya. Yelah dekat 15min menunggu takde pun kelibat taxi yang nak berhenti. Ada kosong tapi hampeh tanak berhenti. Tension.

Hampir nak melintas jalan balik semula ke ofis sementara tunggu traffic light pejalan kaki berwarna hijau... tiba2 nampak taxi kosong. Try jelah tahan. Alhamdulillah berhenti.

Tup tap tup tap kat Sogo... masa untuk balik. Dalam masa tak sampai setengah jam saya di Sogo.

Bukak pintu taxi... "Ro.has Perka.sa, Jln P.Ramlee?" Driver angguk... naiklah saya. Peramah ler pulak mamat driver ni. Saya layan jelah. "Umur awak berapa?". Saya bab2 umur ni suka terus terang jer. I bukannya artis nak main sorok2 umur u.. "33". "Heh biar betul!!" "Dah kahwin?" "Dah... anak 2 dah... yang sulung darjah 1". "Kalau awak cakap umur 25 pun saya caya".

Tataulah samada dia betul2 ikhlas atau main semata2. Tapi apa pun seronok jugak saya kalau orang ingat saya ni muda belia.

10 comments:

Maya said...

yer lah..
24 pun i percaya..
:D

iamja said...

23 pun i percaya gak...

rina said...

auwww... u all ni mendera hati dan perasaan i tau...

Mrs Amri said...

cop, carik baju putih utk gedering MJ ke utk agenda lain?

Biru tuh, biru laut ke biru lain2? sebabnya biru kan ke byk jenis biru kann..

Tlg sorang konfemkan blh? Nak pi Sogo gak cam rina..untung2 ada gak taxi driver nk cakap umur saya 17 tahun...kekekeke

jgn mare rina...

iamja said...

tula aku baru nak tanya tadi terlupa pasal baju putih. alih2 nampak komen maya.. aku terus tulis 23. Kakakka...

hampeh azie.. nak gak tuh. 17 ker?? amri boleh la.. kakkaka.

Maya said...

rasenye untuk ps kot...
oppss...

- tety - said...

aku pun sependapat ngn mu maya.... opssss! :p

rina said...

azie : bkn mu tahun ni amik upsr ke... biru yg aku nk pakai on 14feb nanti biru = biru jeans.

maya & tety : opppssss

Mama 3H said...

auwww..muda belia tu hehehe. drebar teksi tu nak ngorat rina la tu...sib baik kata dah ada anak..tu la dia kensel kekeke.

Anonymous said...

i pon 25 eeyewwwww..

g-

 

Blog Template by YummyLolly.com