Saturday, January 31, 2009
Bunga-Bunga Matahari
Biras aku... tok laki adik ipar aku pun pernah cakap gak... makna pn lebih kurang ayat Sidi. "Baju Da.mia ni cantik2 tapi seme jenis takde tangan".
Mana ada camtu... Bukan semua baju cik mek jenis nampak tiyok... ada gak baju yang sopan santun gitu.
Tapi baju untuk pakai kat umah memang lenjan kasi dia pakai jenis yang sleeveless. Yelah panaskan. Nampak lagi selesa dia pakai camtu.
Friday, January 30, 2009
Ada ke patut
"Eh kurus K.Na skang... diet ke?"
Tadak makna Na.zif oiiii.
Petang semalam di ofis...
Statment tipu paling terhebat abad ini... terpacul dari mulut our COO dari Spore...
"You look skinny, In.tan, are you on diet?" ... bla bla bla.
Adoiii melampau tau cakap camtu...
Tiap2 hari cakap nak diet... tapi hari2 dinner makan nasi. Apa kes camtu... Lagilah kalau masak sendiri. Tapi ada gak kawan2 saya kalau dia masak dia tak makan apa yang dia makan tu. Syoklah camtu... boleh ler masak hari2kan.
Tapi... umur dah meningkat ni... kadar metabolisme pun makin menurun. Susah giler nak turunkan berat walaupun hanya 1kg.
Tapi semalam saya try petua dari G... makan tembikai. Tok laki saya dah belikan sebijik buah tembikai untuk saya. Malam tadi saya hanya dinner dengan sepiring buah tembikai sambil menahan nafsu melihat tok laki dan anak2 saya makan nasi ayam yang di beli di Tmn Melawati.
Tak salah mencubakan...
3 Ceritera
Thursday, January 29, 2009
Cutie Pie
1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda
2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda
Mrs Noba... yang mana saya tidak tahu nama sebenarnya tapi saya sangat suka menjenguk 'rumahnya'.
3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya...
Fakta lagi. Hari tu dah berfakta fakti dah. Layan...
1. saya merupakan anak ke 3 dari 7 orang adik beradik di mana saya ada sorang kakak dan sorang abang yang mana abang saya itu orang duk panggil dia 'Adik' walaupun beza umur antara kami hanyalah 4 tahun.
2. masa zaman remaja dulu kala... saya sangat suka lelaki yang nama dia huruf A. antara selebriti yang nama dia start dengan huruf A saya minat ialah Azhar Sulaiman, Andre Agassi, Aaron Kwok... ini jer yang saya boleh ingat balik.
3. 1st time saya tengok wayang masa saya form 5... tengok cerita Abang 92 yang mana heronya adalah Azhar Sulaiman.
4. berkisar lagi pada fakta no. 2... sebab itulah masa tok laki saya nak mengusha saya di zaman sekolah menengah dulu saya bolayan. yup... tok laki saya adalah senior saya 1 tahun. yelah sebab nama dia bukan bermula dengan huruf A kan. poyo sepoyo2nyakan.
5. kalau korang perasaan... sebab itulah 2 orang anak2 saya nama doang bermula dengan huruf A.
6. saya pernah membuat practical trainning di NSTP kat Jalan Riong tu. saya ditempatkan di Advertising Dept. 6 bulan saya duk ke hulu ke hilir dengan staf BH, HM dan NST membuatkan saya sedikit sebanyak mahir tentang selok belok kolumpo ni.
7. saya hanya bekerja di 3 buah company sahaja buat masa sekarang. saya tak suka melompat ke sana sini dan saya juga takut untuk menghadiri interview. seram sejuk dibuatnya.
8. manual dan automatik... dua2 saya boleh bawak. vrooommm.
9. bab2 caj pasal hp i.e caj utk sms, buat call, mms or video call memang saya kurang arif sebab hp saya dibiayai sepenuhnya oleh company tempat saya bekerja. jadi buat apa saya nak ambik potkan. bil hp saya pun tak pernah saya tengok.
10. cerita yang boleh membuatkan saya berjaga malam hanyalah Desperate Housewive.
dan pemenang seterusnya untuk award cute ni adalah...
- geng2 MJ,
- Syamimi,
- KV,
- ZZ,
- dan sapa2 yang baca blog ini.
'Ngeri'
pastu takde...
Mengamuk2 tanak pakai balik swim suit dia tu. Nasib baiklah orang tak berapa ramai. Kalau tak sogan jer... apa ler anak dara sorang ni telanjang bulat.
Dua Dunia
Mulut bukan main becok... pot pet pot pet.
Kadang2 dia jadi 'burung kakak tua'... mau taknya apa yang abang cakap dia akan ikut satu persatu tapi sudah tentulah dengan pelat jermannya.
Menangis meraung memang menjadi favorite dialah sekarang.
A.uni Dam.ia di nursery
Senyap seribu bahasa.
Langsung tanak bercakap.
Senyum pun dia seboleh2nya tanak... masam mencuka.
Sekarang ada habit baru... masukkan jari dalam mulut.
Persoalannya...
Kenapa dia berperangai camtu ek...???
Pagi masa hantar, dia takde buat perangai pun...
Dah takde drama nangis2 ni.
Tapi dari riak muka dia nampaklah dia macam redha terpaksa jer pergi nursery.
Kadang2 sedih jer hati ini memikirkannya.
Wednesday, January 28, 2009
Merah Itu Saga
Ambik feel Gong Xi Fa Cai walaupun tak pergi beraya kat mana2 pun.
Main kat playground bawah rumah jer.
3 Destinasi
Destinasi 1 : Pantai Morib
2 beranak (geng2 laki) duk giler main layang2. Sekali sekala tengok orang main layang2 memang seronok. Saya memang tak pernah ada pengalaman main layang2. Seingat sayalah.
Destinasi 2 : Beringin
Hujung minggu ni dah janji dengan A.dib Irf.an nak main layang2 kat Kepong lagi.
Destinasi 3 : Kepong
Masa kat Kepong semalam... layang2 putus talinya. Berkejaran tok laki saya mengejar layang2 itu. Sampai ke luar pagar. Kat luar pagar... dah ada penunggu layang2 yang terputus tali. Siap paw tok laki saya RM2 kalau nak layang2 tu balik. Kena tengking ngan tok laki saya terus doang cabut lari. Budak2 zaman sekarang.
Tapi memang meriah taman tu dengan orang ramai dan layang2.
2 plus 2
jumlahnya 4 hari.
tapi rasa sekejap giler jer. tengok2 arini dah start kerja. adoiii sungguhlah menensionkan jiwa dan raga.
maklumlah dah 4 hari bangun lambat pagi2. bermalas2an di rumah. rasa nak keluar kitoang keluar.
tapi hidup mesti diteruskan jua. hehehe.
p/s gambar mek da.mia dalam kereta on the way ke pantai morib.
Friday, January 23, 2009
Panjang Betul
Agak2 cam Kak Ama.lin dan Abg Amee.r ke budak bolat ni nanti. Mintak2 ler dia jenis yang senang dengan mak2 sedara dia.
Aksesori Tambahan
Disebabkan baju saya nanti putih seputih dan sekosong2nya... saya pun rasa elok gak kalu digayakan dengan rantai.
Beli jelah... pakai tak pakai nanti belakang kira. Saya ada banyak koleksi rantai murahan ni. Tengok berkenan... ditambah pula dengan harga yang sungguhlah murah... rembatlah apalagikan. Tapi rasanya ada yang saya tak pakai pun. Rimas satu hal... cam sogan 2 hal plak. Last2... pakai... pastu bukak.
Yang colourful tu pulak untuk anak gadis saya. Dia ok kot pakai benda2 cantik camni. Yelah... anak perempuankan...
Apa mau...
Bestfriend saya ada kat London skang. Ikut tok laki dia ada keje kat sana. Semalam saya usha2 dia. Saya nak mintak dia belikan ehem2 untuk saya. Tapi bajet saya sungguhlah ciput.
Tapi problemnya sampai skang saya tatau nak apa...
Yelah... kalau bajet gedebuk banyak bolehlah... banyaklah jugak pilihannya. Dia cakap Burberry tengah sale giler babas. Saya dah browse website buah berry tu... yang saya kenan melampau mahal. Kenan seme yang nak dekat dengan seribu pound. Meroyan ke apa...
Last2 saya rasa tak kirim apa2 kot... letih nak membuat pilihan.
Takpe... esok masih ada.
Thursday, January 22, 2009
Putih itu Suci
Mudah2an semua dapat berikan kerjasama yang baik.
Setelah 1-2x duk re-scheduled... akhirnya ke Tugu Negara kita Sabtu ni.
Nantikan update dari saya.
Betul ke?
Tadi masa lunch saya merayap ke Sogo. Misi mencari baju putih untuk anak dara mesti diteruskan. Masa dah suntuk dah ni. Semalam dah berjaya mencari baju untuk saya dan tok laki. Untuk anak teruna dah settled. Eh bukan baju yang ingin saya ceritakan di sini.
Dah ler nak pergi Sogo bukan main susah dapat taxi. Hampir berputus asa saya dibuatnya. Yelah dekat 15min menunggu takde pun kelibat taxi yang nak berhenti. Ada kosong tapi hampeh tanak berhenti. Tension.
Hampir nak melintas jalan balik semula ke ofis sementara tunggu traffic light pejalan kaki berwarna hijau... tiba2 nampak taxi kosong. Try jelah tahan. Alhamdulillah berhenti.
Tup tap tup tap kat Sogo... masa untuk balik. Dalam masa tak sampai setengah jam saya di Sogo.
Bukak pintu taxi... "Ro.has Perka.sa, Jln P.Ramlee?" Driver angguk... naiklah saya. Peramah ler pulak mamat driver ni. Saya layan jelah. "Umur awak berapa?". Saya bab2 umur ni suka terus terang jer. I bukannya artis nak main sorok2 umur u.. "33". "Heh biar betul!!" "Dah kahwin?" "Dah... anak 2 dah... yang sulung darjah 1". "Kalau awak cakap umur 25 pun saya caya".
Tataulah samada dia betul2 ikhlas atau main semata2. Tapi apa pun seronok jugak saya kalau orang ingat saya ni muda belia.
Lekukan Cinta
Komen dari Datin Fuza "jap nak tambah lagi.. comel plak nasrun senyum.. :D" buat saya tersenyum
Kalau awak nak tau... saya memang terpikat dengan senyuman tok laki saya itu. Lebih2 kalau dia senyum akan keluarlah apa orang panggil tu ek... lesung pipit gak ek. Sebab setau saya lesung pipit kat pipikan. Tapi lekuk yang tok laki saya ada kat tepi kiri kanan bibir dia.
Dan lekuk ini juga diwarisi oleh kedua2 anak saya. Eeeiii geram jer saya tengok.
p/s sudah lupa apa yang menyebabkan cik mek molek itu bermasam muka.
Wednesday, January 21, 2009
Keluarga Saya
Ntah angin apa... tok laki saya mengajak ambil gambar dalam kotak ni.
Dah siap pilih design... kita pun dikehendakilah masuk dalam kotak2 yang sepatutnya.
Klik sana klik sini... acara mendesign gambar pulak berlangsung.
Akhir sekali masa untuk mencetak mengikut size yang kita kehendaki.
Cenonet2 jer size gambar. Lepaslah letak dalam purse.
Dalam purse saya tak pernah ada satu pun gambar keluarga saya.
Semasa duk berpacaran dengan tok laki dulu pun tak pernah gak saya selit gambar dia dalam purse saya. Tatau kenapa.
p/s gambar telah dicropkan oleh si tukang jahit. 2 lagi mana ek...
Tuesday, January 20, 2009
Bukti
Kebanyakannya ada riben...
Ni kasut yang ada kat ofis. Besok saya upload yang kat rumah plak.
*updated*
lagi kasut/selipar saya yang ada riben.
Kasut yang hampir nazak (kiri sekali) tu kasut hantaran kahwin saya. Umur dia hampir 7thn. Walaupun belah dalam dia buruk giler... tapi bahagian luar memang tip top lg. Brand Hush Puppies.dan yang ini saya rasa... kalau 'anak sedara cyber' saya tengok... confirmed dia pun minat gak ni.
... selipar jepun beriben.
Pernahkah...
Padahal ramuan dan cara masak sama seperti yang selalu saya buat. Magic.
Esok kalau saya cuba untuk masak daging goreng kicap lagi... kemungkinan rasa daging itu tak sama dengan daging sesedap malam td. Magic.
Inilah dinamakan resepi campak2. Datang hari bertuah... sedaplah masakan itu. Tiba hari yang malang... masin sanalah... manis sinilah... apa tawar semacam ni... macam2lah yang tak kena.
Jurumasak amatur macam saya ni macam ni lah. Belajar dari kesilapan. Start masak pun lepas kahwin. Setakat lepas tekak saya anak beranak dah kira oklah.
Nasib baik jugak saya dapat tok laki yang agak cerewet (tapi tak banyak sangatlah peratus cerewetnya itu) dan tak hipokrit. Kalau sedap masakan saya... dia pujilah. Kalau tak puji pun... tengok dia makan banyak... saya assumed sendirilah sedaplah tu saya masak. Tapi kalau
Inilah saya... yang belajar dari kesilapan.
Monday, January 19, 2009
Kesian Mama
Hari jumaat lepas setelah 2 kali percubaan menelefon tok laki saya menemui kegagalan. Terus anak lelaki saya membuat andaian.
"Papa dah putus tunang dengan mama kot."
Apa mau jawab... tergelak ler saya mendengarnya.
Lagi sorang
Saya dapat sorang lagi anak sedara.
SMS from my abe "Alhamdulillah, kul 0458am @ 19.01.09 @ 3.6kg... boy"
Agak2 apalah nama adik Amalin & Ameer ni...
Tak sabar nak tunggu mms gambar anak sedara baru ni...
Baru malam tadi duk borak2 dengan mak saya pasal K.Wanie. Due date dia akhir bulan ni.
Senang nak ingat sebab selang 2 hari dari birthday Aun.i Dam.ia.
** Baru jer nak tekan publish post... dapat mms dari K.Wanie. Japlah saya upload gambar.
Saturday, January 17, 2009
Kecil-Kecilan
Memang buat kecil2an. Last minute punya plan. Jamuan untuk adik beradik. 3 family... klong, tety & mimi.
Menu pun hanyalah bihun goreng dan sate samuri jer.
Bday girl pun seronok orang nyanyi lagu Happy Birthday untuk dia. Tak sabar dia nak tiup lilin.
Lagi dia seronok dapat jumpa dengan sepupu2. Mama2 pun seronok gak sebab dapat bergosip sesama sendiri.
17-January-2007 = 2 tahun
Mama doakan segala yang terbaik untuk anak perempuan mama.
Beria mama buat nak kata banner bukan banner ni untuk Au.ni Dami.a. Padahal takde party pun tahun ni. Tapi layan jelah. Ambik feel semata2. Lagi pun semua bahan2 dah ada dalam simpanan.
Seperti biasa birthday girl banyak
Happy 2nd birthday my dear daughter!!!
Friday, January 16, 2009
Kompius
In Advance
Thursday, January 15, 2009
Teringinlah
Copy paste camni pun jadilah...
Sekali tengok cam bapuk pun ada... cam hantu pun ada.
Oh ya... Tety yang bagi link untuk buat gambar meroyan ini.
Persis Model
Tak jalan kaki dari ofis ke lrt station boleh ler nak melawa dengan selipar tumit tinggi ni. Nanti dah naik lrt balik... back to normallah. Pakai selipar yang takde tapak tu jelah.
Satu yang saya perasaan... kebanyakan selipar/kasut yang saya berkenan mesti ada riben. Tak kisah ler riben camana pesen tapi mesti ada riben. Patut kena masuk dalam entry ni.
Share sikit
Wednesday, January 14, 2009
Saya ditag oleh Elin
1. Saya dah boleh cool down bila sekali sekala anak teruna terkencing atas katil. Yes dia masih kencing atas katil tapi jarang2 sangatlah. Setahun tu adalah 1-2kali jer. Kalau awal2 dulu giler mengamuk macam singa saya dibuatnya. Tension ooo. Last2 tok laki jadi mangsa jirus tilam ngan air panas... tukar cadar dan setelkan anak teruna.
2. Saya tak kisah untuk makan makanan yang sama berulang2 kali dan setiap hari tanpa jemu. Contohnya breakfast kat ofis saya suka makan bihun sup dan milo o ais. Nak order pun tak payah susah2 nak bukak mulut. Kat kedai air saya lalu jer & sambil angguk dia dah tau apa yang saya nak. Kat kedai bihun sup pulak cukup sekadar berdiri depan kedai dia dah tau saya nk bihun sup tanak lemak dan cili lebih skit.
3. Saya suka basuh baju. Tapi semestinya dengan mesin basuhlah. Kadang2 saya akan buat aktiviti membasuh sampai takde pakaian kotor dalam laundry basket saya.
4. Saya pandai memboloskan diri sambil mengecikkan badan dalam LRT yang penuh sesak.
5. Saya tak suka pinggan mangkuk berlonggok dalam sink. Kalau saya masak... selesai saya 'campak' bahan mentah dalam periuk or kuali saya akan terus basuh mangkuk, besen or pinggan yang digunakan itu.
6. Saya suka color biru tapi baju2 dalam almari saya terutamanya baju2 kurung saya berwarna pink.
7. Jiwa saya kacau kalau anak2 buat bising semasa saya memandu kereta. Saya suka keadaan yang tenang semasa bawak kereta.
8. Satu2nya kawan saya yang panggil nama saya 'Cha' adalah Ayu. Ceritanya camni. Satu hari semasa belajar kat Politeknik si Ayu ni pakai baju kurung kaler kuning keorenan. Saya bagitau dia... "Kalu kat Kelate orang panggil color ni kuning tok cha". Tok Cha tu tok sami budhha. Tapi yang peliknya "Cha' itu lekat pulak pada saya. Ampeh ko Ayu.
9. Penyangkut baju dalam almari saya, tok laki dan anak2 adalah dari color yang sama dan sedondon. Hanger saya color blue black. Hanger tok laki saya hitam dan kuning. Hanger anak teruna berwarna kuning, hijau dan biru. Hanger anak gadis sudah semestinya color pink.
10. Saya bukanlah orang yang bercita2 tinggi. Hahaha. Sadis jer bunyi. Dan sebab itulah saya rasa selesa bekerja di tempat kerja saya sekarang ni. Since September 2001 lagi saya kerja kat sini. Increment dan bonus ada tiap2 tahun. Kerja pun bukan sentiasa busy. Balik on time kecuali ada kerja2 yang perlu dibereskan. Apalagi yang saya nak. Hehehe.
11. Saya ada simpan banyak stok sikat memandangkan sikat rambut kat rumah saya selalu patah. Ini semua pasal anak gadis ler. Pagi2 rambut dia... masyaallah kusut yang amat. Time tergesa2 kita sikat... pap kelepap patah sikat.
12. Lauk mentah yang wajib saya beli di pasar malam hari sabtu hanyalah 1kg daging batang pinang dan 1 ekor ayam. Beli daging batang pinang tu bukannya apa... lembut dan senang nak kunyah.
13. Kalau keluar merayap time lunch saya lagi suka pergi sorang diri. Kira tadak hallah lone ranger ni. Sebabnya cepat dan pantas bergerak.
14. Nak selit fakta 18SX sikit. Poyo jer. Salah satu bulu yang takde di badan saya adalah bulu 'tiyok'. Muahahaha. Statement berani mati ni. Tapikan... masa saya pregnant anak teruna muncul gak helaian bulu di tiyok saya. Tapi tok laki saya cakap itu bukan bulu... itu rerambut namanya. Sebab kalau bulu dia semakin panjangkan. Ini umur anak teruna dah 6yo+ masih tak panjang2... yelah kot rerambut tiyoklah tu.
15. Saya suka beli beg kecil atau pouch untuk letak hp. Nak kata belambak tu nampak cam riak plak. Tapi banyaklah gak ada. Bolehlah nak belambak sebab semuanya murah jer saya beli. Kalau dah beli baru yang lama saya tak pakai lagilah.
16. Saya suka hantar sms kat tok laki lebih2 time nak protest ke apa. Tapi cara itu tidak disukai oleh tok laki saya. Saya tak boleh nk direct cakap dengan dia kadang2 sebab kalau cakap depan2 ni saya senang nak nangis.
Adoiii penat saya perah otak nak selesaikan 16 fakta yang
Saya tanak tag sapa2. Sapa ada masa dan fikiran yang tenang... bolehlah buat.
Jalan mana harus ku tuju
Tuesday, January 13, 2009
Mana dia tau ekk
Suatu hari... teman tok laki saya ambik dokumen kat ofis dia. Saya terpaksa tunggu dalam kereta sebab Aun.i Dami.a tido. Cik mek ni pantang naik kereta... mesti tido keje dia. Jadi hanya Ad.ib I.rfan soranglah yang membontoti papa dia naik ofis.
Ni papa dia ceritalah.
Masa nak naik lif... tiba2 anak teruna dia bersuara. "Menteri... ofis dia tingkat berapa, papa?" Terkejut papa dia dibuatnya.
Persoalannya... mana dia tau nama big bos papa dia 'Menteri' dan mana dia tau perkataan 'Menteri' itu.
Inilah budak zaman sekarangkan.
Basah Kuyup
Si adik yang tengah selsema pun layan mandi kolam jugak. Bak kata papa doang, cepat sembuh selsema kalau mandi kolam.
Monday, January 12, 2009
Kadang-kadang
Akalkan makin panjang. Mau tak panjang sebab Sabtu ni genaplah umur dia 2 tahun. Cepat jer rasa.
Baru Tapi Lama
Link cute miut ni saya dapat dari Azie.
Oklah sempena tahun baru tukar baju baru.