Pages

Thursday, March 26, 2009

Pagi-Pagi Lagi Dah Jadi Singa

aummm... aummm...



macam2lah perangai anak dara nan sorang ni. tapi pagi tadi memang paling kritikal.

kalau duk mengamuk dari rumah tak henti2 sampailah ke nursery... mana mungkin saya tak jadi singa yang garang. sepanjang lebih kurang 8km duk dengar tangisan dia jer... adoiii naik bingit dan tak selesa betul nak bawak kereta.

kesnya... lupa bawak turun 'baby' dia.

"nak baby mama" ntah berapa kali dia duk ulang kata2 itu. kalau dia cakap awal2... depan grill rumah... bolehlah bukak pintu ambik baby dia. ini dah start enjin kereta baru teringat ketiadaan baby dia. Mintak maaflah nak oiii.

kalau rumah kita rumah teres ok lagi. kalau mama boleh naik rumah sorang2 ambik baby ok jugak... ini nak kena angkut naik 2 beradik tu semula...

hari isnin dia mengamuk gak... kereta dah sampai kat guard house... tiba2

"mama nak uchu"

kat rumah time kita tanya nak susu ke tak... siap geleng kepala cakap tanak. mak dia pun lurus bendullah tak buat susu sebab minah ni kalau dia cakap tanak... memang dia tanaklah.

tangisan dia berhenti apabila dia cakap...

"nak beli uih"

berhenti beli kuih... dia intai2 takde pulak kuih yang dia nak. dia cari apam yang berkaler2 tu. masuk kereta nak hantar dia kat nursery. eh ada lagi suara berkata2.

"nak beli uih... nak beli uih"

ishh budak ni... tadi tanya semua kuih lansung takde yang berkenan di hati. turun lagi sekali... dia intai2 lagi. last2 dia ambik kuih yang seakan2 apam. baru dia puashati.

hari selasa pulak, tanak pisang berbuah 2 kali... sebelum keluar rumah dia dah habiskan 6oz susu siap2.

sampai depan pintu nursery dia mengamuk tanak masuk pulak. Apahal pulak minah ni.

"nak beli uih"

tadi lalu depan macik jual kuih tak cakap pulak nak beli. nasib baiklah gerai macik tu kat simpang nursery jer. dan nasib baik jugaklah kuih apam pujaan hati dia pun ada.

mencabar kesabaran mama dia betullah.

malam tadi pulak... ngamuk jugak. kitorang dah bersiap nak masuk tido tapi dia tanak tido. nak tengok kartun kat ch613. minah ni baru start pandai tengok kartun. baringlah dia sorang kat luar sambil tengok tv. Pukul 11+ mama dia tersedar tengok dia dah tido dengan lenanya. barulah diangkat masuk tido dalam bilik.




woweerina : kata2 yang berupa ngauman mama dia tidak dapat dipaparkan di sini... sebab jatuh dalam kategori 18SG.






10 comments:

Hana said...

sama cam anak bujang i pagi ni. buat pasal tak nak pakai seatbelt. kalau umur 18 thn tu ok ler, tak pakai seatbelt sendiri bayar la kan! pepagi i dah jadi singa dah. sib baik mattel menjadi pengubatnya hehehehehe

Mama Adib said...

he he ku pun dah biasa jadi singa pagi2, tak mengaum tak sah ;-)

wan said...

ahh mek persetankan cerita mama ni, mek tetap berjurus ok..

ari tu aku sempat tanya mek ni sapa sambil tunjuk anak patung dia la "ni baby" tapi tak kedekut lah, org dok pegang dia tak kisah pun.. tapi bila nak balik dia ingat tu baby dia tetinggal .. "baby lam umah" mas ako masuk amek baby tu

jauh la beza mulut dia ni dgn bahasa perduyu (perancis urdu melayu) anak aku tu..

rina said...

hana : bagus gak anas nk pakai seatbelt... adib jgn harap. satu hari kalau tak jadi singa memang tak sahkan... adoiii bilalah nk singa-free ek.

mama yg ada anak nama adib gak : hi5 sikit.

wan : ooo ko ajar bahasa 18SG kat anak aku yer... tp setan dia tatau lagi... hantu dia taulah. skang ni dh kureng skit kelek baby dia. tp tulah xleh berenggang. tension.

syirah tetap cute & cun wpun dengan bahasa perduyu dia.

Yan said...

kekeke.. tu la.. time dia geleng tu ntah ye ntah idak kan.. stress kadang2 nak paham budak2 ni..

mak ni, msuk 4 esok.. jadik dinasour terus kot.. yg T-Rex tu..

Anonymous said...

irsyad skang pon terlebih mengada. asik la nk ajak kuar jln. tak ikut kehendak mula melalak2. ni tgh type ni pon dia tgh nangis mama mama mamaaaaa...... tu blom kes rebut bantal ngan dina, seme bantal dpn tv dia nak konker. tak dpt dia cubit la, tarik rambut kakak laaa... eee pening lah jadi singa...

-g

rina said...

yan : jap nk bayangkan CY jadi T-Rex... agak2 ada ekor tak...

g : abang n kakaklah terpaksa mengalah ngan adik. tension jer doangkan... betul tu, kadang2 ntah apa yg dia nak pun kita tatau. aummmm aummmmm

mamalong said...

bkpo perangai come sangat tu loni mek tu?

rina said...

klong : rindu papa kot. papa tadok dr senin lg

ummizz said...

biasalah perangai anak bongsu, cuma sambut baton tu... hehe

 

Blog Template by YummyLolly.com