Tuesday, March 31, 2009
Kekal Sehingga Anak Cucu
setuju dengan kata2 keramat dari si dia. Semoga ikatan persahabatan yang terjalin antara mak dorang akan berkekalan sampailah ke anak dorang pulak.
siapa sangkakan... perkenalan dari 'Hai' "Hello" "Salam" "Wassup2" dari alam cyber boleh mengeratkan suatu ikatan yang sungguh kukuh sekali.
saya sangat menghargai korang semua.
Monday, March 30, 2009
Sampai sekarang masih terasa kekesalan di dada dan sayang yang amat
Panjang betul tajuknya. Tapi memang betul. Semalam belek2 gambar dalam folder kat computer... rasa nak nangis jer
tapi kita pegang dengan kata2 ini "Patah Tumbuh Hilang Berganti"
Setelah mendapat keizinan dari papa tersayang... dan dipersetujui oleh empunya badan... inilah imej terbaru Au.ni Dam.ia.

woweerina : papa beria nak rambut yang berfesyen tapi amoi gunting cakap... nak potong straight camni pun macik kecik ni tak duduk diam. tunggu dia besar sikitlah baru boleh nak fesyen itu feseyn ini.
Sunday, March 29, 2009
Saya Daftar... dan Saya Tutup
Saturday, March 28, 2009
Satu Transformasi Bakal Berlaku
Friday, March 27, 2009
Benda Yang Sama Tapi Berlainan Nama
Thursday, March 26, 2009
Pagi-Pagi Lagi Dah Jadi Singa
aummm... aummm...
macam2lah perangai anak dara nan sorang ni. tapi pagi tadi memang paling kritikal.
kalau duk mengamuk dari rumah tak henti2 sampailah ke nursery... mana mungkin saya tak jadi singa yang garang. sepanjang lebih kurang 8km duk dengar tangisan dia jer... adoiii naik bingit dan tak selesa betul nak bawak kereta.
kesnya... lupa bawak turun 'baby' dia.
"nak baby mama" ntah berapa kali dia duk ulang kata2 itu. kalau dia cakap awal2... depan grill rumah... bolehlah bukak pintu ambik baby dia. ini dah start enjin kereta baru teringat ketiadaan baby dia. Mintak maaflah nak oiii.
kalau rumah kita rumah teres ok lagi. kalau mama boleh naik rumah sorang2 ambik baby ok jugak... ini nak kena angkut naik 2 beradik tu semula...
hari isnin dia mengamuk gak... kereta dah sampai kat guard house... tiba2
"mama nak uchu"
kat rumah time kita tanya nak susu ke tak... siap geleng kepala cakap tanak. mak dia pun lurus bendullah tak buat susu sebab minah ni kalau dia cakap tanak... memang dia tanaklah.
tangisan dia berhenti apabila dia cakap...
"nak beli uih"
berhenti beli kuih... dia intai2 takde pulak kuih yang dia nak. dia cari apam yang berkaler2 tu. masuk kereta nak hantar dia kat nursery. eh ada lagi suara berkata2.
"nak beli uih... nak beli uih"
ishh budak ni... tadi tanya semua kuih lansung takde yang berkenan di hati. turun lagi sekali... dia intai2 lagi. last2 dia ambik kuih yang seakan2 apam. baru dia puashati.
hari selasa pulak, tanak pisang berbuah 2 kali... sebelum keluar rumah dia dah habiskan 6oz susu siap2.
sampai depan pintu nursery dia mengamuk tanak masuk pulak. Apahal pulak minah ni.
"nak beli uih"
tadi lalu depan macik jual kuih tak cakap pulak nak beli. nasib baiklah gerai macik tu kat simpang nursery jer. dan nasib baik jugaklah kuih apam pujaan hati dia pun ada.
mencabar kesabaran mama dia betullah.
malam tadi pulak... ngamuk jugak. kitorang dah bersiap nak masuk tido tapi dia tanak tido. nak tengok kartun kat ch613. minah ni baru start pandai tengok kartun. baringlah dia sorang kat luar sambil tengok tv. Pukul 11+ mama dia tersedar tengok dia dah tido dengan lenanya. barulah diangkat masuk tido dalam bilik.
woweerina : kata2 yang berupa ngauman mama dia tidak dapat dipaparkan di sini... sebab jatuh dalam kategori 18SG.

Rahsia Di Sebaliknya
Terasa nak buat tag yang diberikan oleh Hajjah kita nan sorang ni.
1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Ya Saya. Yup... saya akan ceritakan semua kisah yang berkaitan dengan saya tak kira apa benda sekali pun.
2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
rina-san.blogspot.com. sempena saya bekerja dengan co jepun walaupun sepatah haram saya tak pandai cakap. rugi betulkan. nak belajarlah.
3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
bebas sebebasnya.
4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
buat masa sekarang tak pernah terlintas di fikiran nak tutup blog ini. lagi sayang adalah.
5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
Elin ni seorang yang giler. Giler handbag, giler shopping, giler berjalan, giler membaca, giler kasut, giler BF anak dia, gilerkan anak2 dia, giler mkn dan memang gilerlah minah ni.
6) Next tag?
tanak tag sapa2 boleh.
Bukan lama pun
sejam jer... dari pukul 8.30 malam sampai 9.30 malam, hari sabtu ni.
woweerina : switching off for earth hour
Wednesday, March 25, 2009
Serangan Raksasa Ke Atas Putra Bertam
Agenda utama ke Penang selain dari aktiviti menggemukkan badan... adalah membuat serangan ke atas tokey cupcake di Putra Bertam. Disebabkan kesibukan tuan rumah yang melampau... kami terpaksa extend percutian kami. Plan asalnya... hari Jumaat dah nak balik Beringinlah. Lepas ni wajib ada serangan balas tau... Saya tak kira.
Dapat sms dari tokey.
"jgn mai awal, aku kena hantar kapkek ikut janji asal pulak dah. Mai 1pm ke atas ok...ko nk datang kemas rumah aku dulu pun boleh gak".
Jadi terpaksalah kami bersiar2 di sekitar Pantai Bersih sambil menghirup udara yang segar dan nyaman. Poyo jer lebih sebab duk dalam kereta jer... panas weiii kat luar.
"Eh ko kat mana ni... Yati dah sampai.. aaa dh dekat dah tu... depan lagi ada MRSM... straight lagi ko jumpa ILP... pastu ko belok kanan... bla... bla... bla... depan umah aku ada Viva putih. Dalam pagar ada BMW 5 series seketoi, Wish 2 ketoi".
Wah glamour gak tempat ni... adastudio Geli Mat Jelly Mart lagi. Eh saya nampak jugak Resepi Rahsia yang menjadi pujaan hati awak.
Dari luar pagar dah dengar riuh rendah suara pemilik Viva putih itu.
Seronoknya dapat jumpa tokey. Last jumpa tahun 2005 kat rumah Iza. Lagi seronok dapat jumpa Syirah yang amatlah montel dan semangat. Giler aktif minah kecik ni. Suka betul dengar dia cakap. Pot pet pot pet mulut kecik dia berkata2. Persis anak orang Perancis. Dah ler kulit putih gebus...
Nama lagi tokey cupcakeskan... antara hidangan tengahari itu mestilah ada cupcakes yang yummy dan cute. Paling aku suka creampuff. Adoiii sebijik macam kat kedai. Bihun goreng, nasi ayam dan ayam KFC tu pun sungguh sedap sekali. Burppp kenyang untuk 2-3 jam.
Sempat jugak saya meneroka ke seluruh pelusuk rumah tokey. Bilik yang dia terkunci di dalamnya pun sempat saya jenguk, beg DIY sempat saya peragakan... Tapi yang paling menarik perhatian saya sudah semestinya benda yang terletak rapi di atas peti aisnya. Aummmm.
Tak lama lepas saya sampai... G dan family pun sampai selepas berpusing2 di Sungai Dua. Orang cakap mee udang Sungai Dua pun sedap gakkan...
Dari pukul 3 tok laki saya ajak balik... kejaplah... kejaplah... last2 pukul 4 barulah berjaya melangkah kaki keluar dari rumah tokey.
Terima kasih daun keladi yer tuan rumah... layanan anda satu family sungguh superb.
Time ni Yati dan Syafia dah balik.
Abis colouring book Luqman kena conteng ngan Au.ni Da.mia. Tengoklah perbezaan ketara kemontelan Syirah dengan Damia.
Budak laki apalagi... main ala2 power rangerslah.
Kecoh dibuatnya... ni baru 4 orang berkumpul.
Minyak2 muka ngalahkan tuan rumah.
Rasa cam tanak balik jer lagi...
Orang kata Aun.i Dam.ia banyak ikut muka papa dia. Betul ke?
Sesi menapau cupcakes yang sedap dan lazat itu.
Kemas, teratur dan bersih jer rumah tokey ni.
Rasa macam nak bawak balik jer budak perancis ni.
Dapat sms dari tokey.
"jgn mai awal, aku kena hantar kapkek ikut janji asal pulak dah. Mai 1pm ke atas ok...
Jadi terpaksalah kami bersiar2 di sekitar Pantai Bersih sambil menghirup udara yang segar dan nyaman. Poyo jer lebih sebab duk dalam kereta jer... panas weiii kat luar.
"Eh ko kat mana ni... Yati dah sampai.. aaa dh dekat dah tu... depan lagi ada MRSM... straight lagi ko jumpa ILP... pastu ko belok kanan... bla... bla... bla... depan umah aku ada Viva putih. Dalam pagar ada BMW 5 series seketoi, Wish 2 ketoi".
Wah glamour gak tempat ni... ada
Dari luar pagar dah dengar riuh rendah suara pemilik Viva putih itu.
Seronoknya dapat jumpa tokey. Last jumpa tahun 2005 kat rumah Iza. Lagi seronok dapat jumpa Syirah yang amatlah montel dan semangat. Giler aktif minah kecik ni. Suka betul dengar dia cakap. Pot pet pot pet mulut kecik dia berkata2. Persis anak orang Perancis. Dah ler kulit putih gebus...
Nama lagi tokey cupcakeskan... antara hidangan tengahari itu mestilah ada cupcakes yang yummy dan cute. Paling aku suka creampuff. Adoiii sebijik macam kat kedai. Bihun goreng, nasi ayam dan ayam KFC tu pun sungguh sedap sekali. Burppp kenyang untuk 2-3 jam.
Sempat jugak saya meneroka ke seluruh pelusuk rumah tokey. Bilik yang dia terkunci di dalamnya pun sempat saya jenguk, beg DIY sempat saya peragakan... Tapi yang paling menarik perhatian saya sudah semestinya benda yang terletak rapi di atas peti aisnya. Aummmm.
Tak lama lepas saya sampai... G dan family pun sampai selepas berpusing2 di Sungai Dua. Orang cakap mee udang Sungai Dua pun sedap gakkan...
Dari pukul 3 tok laki saya ajak balik... kejaplah... kejaplah... last2 pukul 4 barulah berjaya melangkah kaki keluar dari rumah tokey.
Terima kasih daun keladi yer tuan rumah... layanan anda satu family sungguh superb.
Time ni Yati dan Syafia dah balik.
Abis colouring book Luqman kena conteng ngan Au.ni Da.mia. Tengoklah perbezaan ketara kemontelan Syirah dengan Damia.
Budak laki apalagi... main ala2 power rangerslah.
Kecoh dibuatnya... ni baru 4 orang berkumpul.
Minyak2 muka ngalahkan tuan rumah.
Rasa cam tanak balik jer lagi...
Orang kata Aun.i Dam.ia banyak ikut muka papa dia. Betul ke?
Sesi menapau cupcakes yang sedap dan lazat itu.
Kemas, teratur dan bersih jer rumah tokey ni.
Rasa macam nak bawak balik jer budak perancis ni.
Woweerina : Tok laki saya ingatkan tok laki awak orang Penang sejati sebab loghatnya menyerupai warga negeri Penang.Dia gak kata... kot2 dia ngan awak sedara. Maklumlah 2-2 'one'. Gambar2 tu semua hasil cilokan dari tokey dan G.
Subscribe to:
Posts (Atom)