Pages

Friday, August 28, 2009

undur masa sekejap

ini pula antara menu 5 ramadhan kami sekeluarga. kebanyakannya hasil tapau dari ba.ndar ba.ru sent.ul. ini syok ada kakak rajin masak ni. kenyang perut adik2.

sayur lemak labu. antara fav saya. tapi bukan fav inci suami. jadi agak malas untuk saya menyediakannya.

popia basah dari param ban.dar bar.u sentul.


sira pisang. tak sangka anak teruna begitu menggemarinya.


aar2 hijau. senang hidup si mak.

Thursday, August 27, 2009

menu lengkap 6 ramadhan

hujan di petang hari memang tak syak lagi akan jem ler kl dan kawasan yang sewaktu dengannya. lagi2 di bulan puasa. maka lambatlah jugak saya sampai di rumah.

tetapi dengan berbekalkan semangat yang waja dan kecekalan di hati... saya berjaya menyediakan menu lengkap untuk keluarga saya berbuka puasa.

dah siap semua... penatnya seperti baru selesai jogging satu taman. rasa nak tidur jer lepas masak dan hidang.

tapi dalam penat-rasa nak tidur sempat lagi lauk pauk saya berposing untuk saya. 3 hidangan berjaya saya buat dalam masa kurang dari 45min.

sayur goreng kacang buncis bersama telur hancur

saya nak buat daging masak merah tapi incik suami nak daging goreng kunyit jer.

ini pula lauk tambahan yang ditapaukan oleh ex-babysitter. ikan masak kicap ni memang masakan wajib bagi setiap masyarakat di malaysiakan. ;)

tak lengkap hidup blog tanpa gambar

sekarang versi bergambar pulak...


memang terangkat.

resepi tomyam putih

perancangan semalam berkubur begitu sahaja. ini disebabkan terlalu banyak lauk dah terhidang di atas meja. balik dari kerja semalam sungguh tension sekali sebab jalan jem giler, hujan lebat dan lagi seksa naik sang kancil manual. kalau tau jadi camni confirmed naik lrt jer singgah tapau lauk kat rumah klong. dapatlah serba sikit masak lemak nangka, gulai darat ayam, sira pisang dan popia basah. dah ler kat rumah dah ada balance sahur... ikan goreng kicap dan sup ayam.

jadi perancangan semalam akan dibawa ke hari ini. ini resepi yang saya baru perolehi dari kawan saya. mari kita mulakan yer puan2.anggaran langsung minah kawan saya tak kasi. pandai2lah ko agak. bertuah punya chef

tumis bawang putih hingga agak2 garing.
masukkan ayam.
tambah sedikit garam. ini petua yer untuk mengelakkan ayam dari melekat di periuk.
perah asam limau banyak2.
masukkan serai yang diketuk2.
biar mereneh seketika.
nanti ayam itu akan mengeluarkan air sedikitkan.
nampak cam ayam hampir2 nak masak.
masukkan air panas (lagi satu petua... kalau letak air paip dia rasa rasa 'lecah'... x reti nak describe rasa 'lecah' camana)
masukkan daun limau purut.
kalau nk pedas masukkan cili.
pastu tambahkan garam dan gula secukup rasa.
kalau nak letak cendawan 'hidup' pun sedap jugak.
masaklah TOMYAM PUTIH puan2.



woweerina : insyallah kami akan balik kampung besok lepas berbuka puasa. last minute punya plan. jadi kalau ada kawan2 nak kirim donut segera bolehlah. ini terbuka kepada kawan2 yang berada di kawasan yang sewaktu dengan rumah atau pejabat saya sahaja.

melangkah setapak lagi

walaupun si dia bukan tinggal di setapak... tapi dia tetap mengembangkan lagi bakat semulajadi yang saja dia sorok2 selama ini. tangan si dia memang ada magiclah. awak ni adik beradik dav.id bl.aine ke.

setiap apa yang dibuat menggunakan tangan dia... pasti akan mendatangkan hasil yang sungguh menakjubkan. betul saya tak tipu dan bukan juga niat saya untuk mengipas awak supaya awak kasi saya hasil terbaru awak itu secara percuma

dulu mulut saya dah ternganga dengan hasil
ini... sekarang, mulut saya lagi sekali ternganga disebabkan ini pulak.

awak ada anak darakan... raya pun dah nak dekat ni... jadi apa tunggu lagi... orderlah cepat. siap boleh pilih2 color yang sesuai dengan tema baju raya nanti. pasti ayu nanti anak dara awak nanti... percayalah cakap saya.

Wednesday, August 26, 2009

kita hanya merancang

perancangan mesti ada... jadi ke tak belakang kira.
menu sahur pagi besok

tomyam ayam dan fishball
ayam goreng sos tiram resepi mrs noba dah tak boleh nak linkkan kat entry empunya bodi sebab dah masuk dlm wardrobe

buka puasa hari ni dengan lauk sahur pagi tadilah... ikan goreng masak kicap. cuma tambah telur dadar jelah nanti. rajin lagi... macam nak goreng kacang buncis dengan telur hancur.

menu bukak semalam dan sahur pagi tadi

inilah lauk untuk bukak dan sahur saya semalam dan pagi tadi. sup ayam dan telur dadar dimasak petang semalam. kelam kabut jugak sebab sampai rumah dah agak lambat... dalam pukul 6.45pm. kesudahannya... 10min lepas azan baru dapat makan nasi.

pagi tadi bangun pukul 4.45am... buat ikan goreng masak kicap pulak sebab malas nak buat telur dadar. 1st time saya bangun sahur memasak. selalunya hanya hangatkan lauk2 yang mana ada jer.

malam tadi jugak saya buat agar2 colour hijau untuk anak teruna. nasib baiklah dia hanya minta agar2 yang plaing simple sekali. bila2 masa jer boleh layan. tapi dia sibuk musykil... mama pandai ke buat. sahur tadi siap makan nasi berlaukkan agar2. sedapnya mama buat. nanti buat colour merah pulak.



woweerina : gambar ikan goreng masak kicap pinjam dari rumah mama fam.i

Tuesday, August 25, 2009

dah 4 harikan kita berpuasa

incik suami request sambal telur... sebab kekeringan idea. aikk baru 2 hari puasa dah kering idea padahal malas dan tak teror masak. rasa sedaplah pulak. biasalah kalau resepi main campak2 ni... hari ni sedap yg amat... tapi nk buat 2 hari kemudian... aikk naper tak sedap giler. selalu jadi camtu.

alhamdulillah adi.b ir.fan masih bertahan puasa sampai ke hari ini. rengekan manja pun dah berkurangan. bukan seperti 1st day puasalah... sikit2 tanya dh azan belum... dah boleh bukak ke... makan sikit jer tak boleh ke... alah lambatlah pukul 7.... macam2 lagilah. bikin mama dia jadi tension.

next week ni tataulah macamana sebab dah start sekolahkan. mudah2an dia berjaya jugak berpuasa. paling seronok tengok dia masa berbukalah... berselera betul dia makan nasi. kuih kegemaran dia agar2 colour merah. air cukup 1 gelas jer... tak macam mak dia zaman budak2 dulu. mau bergelen2 air masuk dalam perut. last2... kenyang dengan air jer.

Monday, August 24, 2009

'hadiah' yang saya dapat sebab mc 5 hari

sebab monitor lama dah tak boleh menjalankan tugas yang sepatutnya.

Sunday, August 23, 2009

kuih2 telur bak kata mama

all time favorite lagi2 bila tiba bulan ramadhan. walaupun manis... tapi suka sangat2. malam tadi papa (yang dalam perjalanan ke m.ekah dan madin.ah) bawak dari kelate... sebekas sorang untuk anak2 yang berada di kl.



jala mas, buah tanjung dan dalam plastik adalah kuih ta*k itik. saya pun tatau camana kuih itu dipanggil sedemikian rupa. sedap sangat2.

Saturday, August 22, 2009

salam ramadhan

"sahaja aku berpuasa sebulan di bulan ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala"

sahur pagi tadi dengan ikan goreng kicap dan ayam goreng... bukak puasa nanti belum dipastikan lagi apa menunya malas nak masak sebenarnya. cuma yang pasti ayam dah diperap untuk dibakar nanti.

adib masih bertahan walaupun letih dengar rengekan dia. sabar jelah nak oiii... kejap jer lagi.

tau dah terlambat... tapi saya tetap nak ucapkan selamat berpuasa untuk anda semua.

Thursday, August 20, 2009

dalam proses

tak puas skodeng dari jauh... jadi telah membuat keputusan muktamad untuk berbaik2 dengannya dengan lebih dekat lagi. sangat puashati... lebih2 kat lengan dia. macam tisu yang beralun lembut jer rupanya. suka sangat2.

jadi proses membling2kan dia sedang berjalan dengan rancak. yelah waktu terluang tak baik dibiarkan begitu sahaja. walaupun senak dan kabur bijik mata jadinya.

Tuesday, August 18, 2009

sambungan cerita raya

saya telah merajinkan diri lagi... dalam senak2 mata saya habiskan kerja2 menjahit manik di pergelangan tangan baju kurung cik mek. demi anak cinta. padahal boring tahap gaban sayang sebab manik2 yang saya gunakan untuk jahit kat leher baju aritu masih banyak lagi bakinya.

Sunday, August 16, 2009

saya tak sihat cikgu...

jangkit sakit mata dengan cik mek. jumaat lepas 3 orang geng nursery dia sakit mata. sabtu pagi start dengan senak2 bijik mata... bertukar kepada mata berair dan berta*k. petang terus bertukar jadi mata 'maya ka.rin'. sebelah kiri jer yang dapat infection.

time sujud nak sembahyang paling sakit saya rasakan. macam nak terkeluar bijik mata jer rasa. 1st time sejak dah besar panjang dapat sakit mata yang macam ni.

mudah2an adib tak berjangkit dan mata cik mek tak seteruk saya. kesian dorang...



woweerina : sorry iza tak dapat join birthday party delia.

menu saya hari ini

laksa 'kelate'...



jemput makan...

Friday, August 14, 2009

saya mengidam...

walaupun saya tidak mengandung, tapi saya tetap mengidam jugak. kali ni saya mengidam nak makan laksa kelanta.n. kadang2 beli kat pasar malam kurang berpuasa hati. tak kena dengan selera macamlah buat sendiri sedap gilerkan.

tak silap saya pernah sekali saya buat laksa kelan.tan ni. kalau kerajinan lagi... saya nak try buat laksam pulak. orang cakap senang jer nak buat laksam tu. tapi... kalau takde tutup periuk saya nak kukus dalam apa ek... hrmmm. itu kalau rajinlah. tak rajin... rebus laksa jelah.

mudah2an cita2 saya ini terlaksana dengan jayanya.

woweerina : gambar laksa credit to buah ciku

terkial2 di pagi hari

"nyar nak ata pen dak"

3 kali saya suruh dia ulang. 2-3 kali jugaklah dia duk ulang ayat2 di atas.
masih tak dapat faham apa yang dia cakap.
nak selipar color pink ke... tak
color merah... tak
kalau dia bukak mata time kitorang nak keluar dari rumah.
macamnilah perangai dia.
pilih selipar yang dia berkenan.
pilih jer... tapi pakai tanak.
terpaksalah si abang yang tolong bawakkan.
membebel cerita lainlah pulak.

mulalah si ibu nak bertukar jadi singa sebab masih tak dapat tangkap apa yang dihajati oleh si anak.
si anak pun hampir2 menjadi anak singa jugak sebab si ibu masih tak faham2 lagi apa yang dia minta.
minah ni kalau tak dapat apa yang dia nak... confirmed akan 'menyanyi' dengan suara yang lunak merdulah.

tiba2 si ibu terlihat si abang yang pakai topeng sebab H1.N1 banyak kat sekolah si abang cakap. ooo nak pakai topeng jugak ke... hrmm. lainkali cakaplah bahasa melayu. ni cakap bahasa orang dayak. manalah nak faham.

Thursday, August 13, 2009

saya dah gemuk

tengoklah gara2 makan nasi lemak pagi semalam... dan separuh nasi ayam malam tadi... badan saya dah jadi gemuk.

tolong... tolong... apa harus saya lakukan. saya tanak gemuk...



woweerina : sewaktu saya sedang mengandungkan si cek mek molek saya. dah lupa berapa bulan. kejadian di hotel mana ntah di Kuan.tan, Pah.ang. Saya dan anak teruna mengekor incik suami yang berkursus ke meeting kat sana.

Wednesday, August 12, 2009

lunch saya hari ini

memandangkan body saya semakin membesar... dan juga rasa bersalah yang sangat menebal dalam diri saya. maka saya rasa adalah patut untuk saya tidak makan nasi untuk tengahari ini. pagi tadi saya dah menghabiskan satu bungkus nasi lemak bersama telur goreng dan sambal kerang dengan jayanya

Tuesday, August 11, 2009

superman in action

balik sekolah semalam... dia bagitau kaki boy benjol. boy jatuh longkang. pasal nak lompat2 longkang... selalu tak jatuh dia cakap. dah... dah... pasni jangan lalu ikut longkang lagi.

memang benjol pun... lebam tak payah cakaplah. rasanya awal2 kena mau sebesar telur ayam kot. dia cakap ustazah dah sapu ubat dan urut2 kaki abang. kawan abang bagitau ustazah sebab abang nangis.

eleh... tak macholah bang superman nangis. dalam hati jelah mak dia berkata2.

nak tido malam tadi... anak teruna nangis. sakit dia cakap. yolah bang oiii. tadi lepas habis iqra... siap main kejar2 tak pulak sakit ek. siap bangga diri lagi... tadi boy hampir2 nak menang dengan budak darjah 4.

abang... abang...

Monday, August 10, 2009

sejuk mata memandang

kejadian berlaku pada hari khamis malam. saya mendapat jemputan ke majlis doa selamat, tahlil dan menyambut tetamu dari kawan saya. kebetulan rumah kawan saya ni di taman tepi rumah saya. jadi pergi jelah. pulak tu dah lama tak jumpa dia. ada kot 7-8tahun. masa saya sibuk nak bersiap2... cik mek ni pun sibuk nak pakai tudung jugak. nasib baik ada tudung size kecik yang muat dipakai... tersengih2 ler dia. pulak tu warna kegemaran dia... pin colour.

saya start betul2 bertudung pada pertengahan tahun 1994. masa sekolah menengah memang pakai. sebab diwajibkan bertudung. tapi kalau ada aktiviti sebelah petang memang tudung dah melayanglah. ampeh betul bila ingat2 balik.



woweerina : gambar gunung evere.st terpaksa diblurkan atas sebab2 keselamatan sejagat.

pujiankritikan ikhlas dari anak teruna

di hening pagi tadi...

mama pakai baju macam orang miskinlah.

terkedu maknya dikritik sedemikian rupa. lasernya mulut ko bang.

naper macam orang miskin plak. cantik apa baju ni.
macam orang miskinlah ma...

inilah baju orang miskin yang diperkatakan oleh anak teruna saya.
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


woweerina : perangai anak teruna saya ni sebijik macam perangai bapaknya. kalau kasi kritikan memang takde bertapis. awal2 dulu memang mau cari gaduh ler. tapi sekarang... dah bersedia terima kritikan yang pedas dengan hati yang ikhlas.

Sunday, August 09, 2009

skodeng dari jauh

malas nak singgah ambik lagi padahal takde duit nak pegi ambik dan takde kenduri nak dihadiri maka... biar jelah dia dipamerkan di situ buat sementara waktu. kedai jahit tu betul2 depan rumah saya.



kalau kerajinan mengizinkan... saya akan jahit manik di lengan dan leher baju tersebut.

Saturday, August 08, 2009

pagi dan tengahari menu yang sama

almaklumlah... terbangun agak lambat pagi tadi. incik suami yang selalu keluar beli breakfast untuk kami sekeluarga pun bangun lambat jugak... jadi si isteri yang tanak incik suami dan anak2 kelaparan bila bangun nanti... bergegas masuk dapur. alang2 dah bangun pukul 10... terus masak nasi jelah.

tung tang tung tang kat dapur... siaplah sayur masak lemak, ayam goreng dan sambal bilis. inilah menu brunch kami



jemput makan semua...

Friday, August 07, 2009

lintas lansung bersama ma.rfuza inti.p

tak sabar nak tunggu liputan keseluruhan berserta gambar2 dari wartawan buyung. masa dapat mms dia... ni may.a ka.rin... saya tak berapa jeles. jul.ita ais.yah yang suara slow giler macam nak keluar tanak keluar jer dari anak tekak pun ada... pun tak jeles sangat. ramai artis ada... saya buat2 tak baca mms/sms dia. tapi bila dapat sms... ma.wi dan e.kin pun ada. hati saya giler jeles. tatau kenapa sejak 2 menjak ni saya giler suka tengok laki bini glamour ni. suka sangat2.

selamat pengantin baru untuk...



siapa sangkakan... 2 sepupu mak buyung bertemu jodoh dengan adik beradik skru driver kru.

bulan puasa makin hampir...

maka... jomlah kita bertukar langsir. asyik duk mengecat rumah orang jer... nak jugak mengecat rumah sendirikan...

dengan bantuan interior designer tersohor eri.c leon.g maya... berjaya jugak akhirnya. sambil2 tu saya turut belajar coding mencoding. oh ya... cik maya kita ni ada buat program art attack untuk kanak2 yang berumur 2-7 tahun... untuk mengasuh bakat seni dalam jiwa anak2. jangan lupa daftarkan anak2 anda dengan kadar segera. lambat nanti takut habis ditempah.

seakan luruh jantung mendengarnya...

dia kawan sekolah menengah saya yang mana saya langsung lupa akan dia. hari ini baru terdetik nak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. 2-3 hari lepas saya terbaca status seorang kawan saya mengenai kematian dan ucapan takziah tapi tak pulak diberitahu secara terperinci siapakah yang meninggal.

saya sms salah seorang kawan saya yang saya nampak ada memberitahu ucapan takziah di status kawan saya yang seorang lagi... "siapa c.ik pa.dli... siapa yang meninggal". dan dalam masa menunggu jawapan dari kawan saya... saya menyelinap masuk ke f.b empunya diri itu. Ya Allah... Innalillah... "baby dia" reply kawan saya. "bini dialah yang meninggal..." balas saya kepada kawan saya itu.

rupa2nya arwah isteri kawan sekolah menengah saya itu baru sahaja melahirkan seorang bayi pre-matured pada 25 julai 7.50pm. berat baby 2kg. di mana baby itu sekarang masih di bawah pengawasan doktor.

saya petik kata2 arwah di dalam f.b dia pada 31july09 "Alhamdulillah hari ni dah hampir ok sepenuhnya... Our newborn baby boy pun sihat even though kecik. Hopefully esok dah bole menyusu... Thx 4 all the wishes and doas".
lagi... "Huhu... Sian kat baby tu... Dah nak seminggu tp xde nama lagi... Dah umminya dok tlentang je kat wad lain . InsyaAllah gambar n nama akan diupdate".
dan lagi... "akak bsalin sabtu lps 25 julai 7.50pm. Baby 2kg je. Tu yg dia tak bole menyusu tu. Akak plak ada complications sikit".

arwah meninggalkan suami bersama 3 orang anak lelaki pada 2 Aug 09. walaupun saya tidak pernah mengenali arwah... tapi perasaan sebak dan sedih menghantui saya... kesian baby yang baru dilahirkan itu... tak sempat kenal erti kasih sayang seorang ibu yang sebenar. saya harap kawan saya itu akan tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan bersama anak2.

perkara2 ini membuatkan fikiran saya terus melayang... macamana kalau ini terjadi kepada saya. macamana nanti anak2 saya. kacau daunlah bos saya ni... baru jer nk feeling2 sedih. tiba2 terjojol dia kat cubicle saya ni ajak discuss.

tapi itulah... kejadian2 macam ini boleh membuatkan saya jadi tidak keruan... sampaikan saya ada terfikir... kalau saya tiada... siapa akan prepare baju2 raya untuk anak2 saya. macamana itu... macamana ini...

orang lain dah berkeping...

... saya baru keping yang pertama. alhamdulillah, walaupun jumlahnya hanyalah ciput tapi siapa nak kasi duit freekan. jadi sama2lah kita berblogging. dan tidak lupa untuk mengklik iklan pakcik n.nang itu.


woweerina : terima kasih jugak pada rakan klik nn saya. jasamu sangat daku hargai.

Thursday, August 06, 2009

duk diam2 kat ofis jelah

melampau betul taxi fare sekarang ni. tengahari tadi 1st time naik taxi lepas tambang dinaikkan on Aug 3 aritu. Naik jer taxi... dah rm3. pastu every 115m naik lagi 10second. kalau time jem... janganlah duk beria2 nak naik taxi. mau sakit jantung nanti tengok tambangnya. tapi kalau dah terpaksa dan terdesak nak buat macamanakan.

tadi saya ke am.pang park... nak cari glue untuk lekat anak buaya kat felt. selalunya... dalam lebih kurang rm2.50 jer tambang taxi. tapi tadi...

balik memang jarang saya ambik taxi... selalunya akan naik lrt jer. rm1 tiket. nampak gaya lepas ni... during lunch hour saya berkeliaran di ofis atau k.lcc jelah.

halwa telinga di pagi hari

walaupun lagu yang diminati si ibu itu agak slow... tapi sangat menarik di dengar walaupun di pagi hari. takdelah sampai mendayu2 hingga membuatkan si ibu mengantuk semasa memandu kereta.

mana boleh si ibu jer melayan perasaan dengan lagu favorite si ibu... si anak lelaki pun request sama lagu pujaan hati dia. lagu fara ma... lagu fara. fara fau.zana jugak dapat nama. tapi betul pun suara garau yang masa intro lagu bu.kan super.man ni sebijik suara fa.fau.

bagaimana dengan si adik pulak... apa lagu kegemaran si adik....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

si adik x layan lagu2 ni semua... baik tido si adik cakap.


woweerina : terima kasih kat si putet sebab bagi cd lagu2 ini kat saya.

Wednesday, August 05, 2009

wahai cermin ajaib... kuruskanlah aku

pling... pling...

betul2 memjalankan tugas yang baguslah cermin ajaib saya ini. body yang umpama anak gajah pun boleh jadi macam anak keldai.

kepada sesiapa yang menginginkan impak kurus 4x ganda dari badan asal... bolehlah berkunjung ke beringin. anda pasti tidak akan menyesal dengan hasilnya. malah akan tersenyum kambing dan tak henti2 menatapnya.



woweerina : ini adalah salah satu baju raya saya. corak macam ini selalu dikomen dengan komen yang negatif oleh incik suami. bunga besar camni sesuai utk orang kuruslah. darling gemuk, mana sesuai pakai corak camni

anak buaya dah berada di dalam genggaman

this weekend bolehlah saya meneruskan kerja2 yang terbengkalai itupun kalau mood saya berada dalam keadaan yang sihat walafiat

woweerina : anak2 buaya ini hasil pembelian di ladang cikgu jijah.

Tuesday, August 04, 2009

tolonglah percaya...

anak angkat mak saya telah mengetag saya. untuk tidak mengecikkan hatinya yang sediakala kecik sebab diakan anak angkat... saya berbesar hati membuat tugasan ini. tapi dia masih tanak percaya yang dia anak angkat... sahih2 anak angkat sebab nama dia sorang jer yang lain... muahahaha.

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini
1.final year student kat u.sm

2.fanatik giler terbabas colour pink
3.hanya pandai masak maggi dengan air panas
4.sedang berpacaran dengan beruang dari kutub utara eh ke gunung sahara ek... sebab beruang itu kurus.
5.anak kelate yang berpaling tadah... kononnya dia anak perak.

Nyatakan 5 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
1.cantik mengalahkan ang.gelina jol.ie
2.berjurus... maklumlah perempuan melayu terakhir
3.body persis nas.ha a.ziz
4.suara lunak merdu seakan suara dato sit.i nurhali.za
5.pandai memasak... ch.ef wa.n pun kalah

Nyatakan 5 hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
1.tido
2.makan
3.berfb
4.berblogging
5.sebenarnya saya suka shopping tapi poket selalu kempis... jadi saya abaikan jelah sekejap

Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
1. warga2 mj yang sungguh marvelous dan vass kebabom
2. kc yang mempunyai jari jemari yang ajaib sebab hasil klikan dia mampu membuatkan mata terpukau.
3. cik yan yang mampu memaintainkan bodynya walaupun dah masuk 6mths pregnant
4. mimie lola yang baru terjumpa dengan buah hatinya kedai 99 speedmart
5.munie yang terpaksa memanjangkan tempoh pembelajaran dia di ladang kelapa sawit pts.s

sudah lama saya tidak pedulikan dia

betul... memang dah agak lama saya tak menyarungkan baju kurung ke badan saya ni. asyiklah dengan seluar panjang dan blouse.

jadi minggu ni... untuk tidak menghancurkan perasaan baju2 kurung dalam almari. akan saya pakai 4 hari berturut2 baju kurung datang ofis. hari jumaat terkecuali sebab jeans dan tshirt sudah menanti. memang tak pernah sekalipun saya berbaju kurung di hari jumaat nan mulia itu.

Monday, August 03, 2009

aku dan dia...

tajuk tak boleh blah...

Kena tag dengan mak buyung

1. Bila kali terakhir anda cuci toilet?
Semalam. 2 toilet lagi berjaya disental. Itu yang beria dan pantas jawab tag sebab baru buat kerjakan

2. Pencuci apa yg anda guna?
Zip yang colour kuning. Rasa nak tidur baring jer dalam toilet bila terbau keharuman zip itu.

3. Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? kenapa?
Seminggu sekali... time rajinlah. xpelah kita cerita time rajin jelah ek.

4. Apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
Sumbat kain2 kotor dalam mesin basuh.

5. Apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
Nasi putih bersama telur mata dicicah dengan cili kicap.

6. Minuman yg anda buat setiap pagi?
Susu untuk anak teruna. Supaya cergas dan bersemangat ke sekolah.

7. Sebelum tido apa yg anda lakukan?
Salin jadual anak teruna untuk 2 sekolah dan masukkan baju anak2 untuk dibawa ke nursery.

kena tag 8 bloggers,
1. semua MJ
2. budak usm yang sedang bercuti di kampung
3. cikgu kat st ma.ry
4. tokey durian kat pdg mo.kkan
5. mrs noba
6. maknya damia sr
7. zz nun jauh di perlis
8. hana mak amani

jom raya...

auni dami.a dah boleh raya... walaupun nanti dia tak puasa. baju dan manik-manik adalah hasil kerastangan maknya. walaupun dalam keadaan terketar2 dan masih belajar perlahan2, berjaya jugak menghasilkannya walaupun hasilnya masih kurang memberangsangkan.

 

Blog Template by YummyLolly.com