saya sms salah seorang kawan saya yang saya nampak ada memberitahu ucapan takziah di status kawan saya yang seorang lagi... "siapa c.ik pa.dli... siapa yang meninggal". dan dalam masa menunggu jawapan dari kawan saya... saya menyelinap masuk ke f.b empunya diri itu. Ya Allah... Innalillah... "baby dia" reply kawan saya. "bini dialah yang meninggal..." balas saya kepada kawan saya itu.
rupa2nya arwah isteri kawan sekolah menengah saya itu baru sahaja melahirkan seorang bayi pre-matured pada 25 julai 7.50pm. berat baby 2kg. di mana baby itu sekarang masih di bawah pengawasan doktor.
saya petik kata2 arwah di dalam f.b dia pada 31july09 "Alhamdulillah hari ni dah hampir ok sepenuhnya... Our newborn baby boy pun sihat even though kecik. Hopefully esok dah bole menyusu... Thx 4 all the wishes and doas".
lagi... "Huhu... Sian kat baby tu... Dah nak seminggu tp xde nama lagi... Dah umminya dok tlentang je kat wad lain . InsyaAllah gambar n nama akan diupdate".
dan lagi... "akak bsalin sabtu lps 25 julai 7.50pm. Baby 2kg je. Tu yg dia tak bole menyusu tu. Akak plak ada complications sikit".
arwah meninggalkan suami bersama 3 orang anak lelaki pada 2 Aug 09. walaupun saya tidak pernah mengenali arwah... tapi perasaan sebak dan sedih menghantui saya... kesian baby yang baru dilahirkan itu... tak sempat kenal erti kasih sayang seorang ibu yang sebenar. saya harap kawan saya itu akan tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan bersama anak2.
perkara2 ini membuatkan fikiran saya terus melayang... macamana kalau ini terjadi kepada saya. macamana nanti anak2 saya.
tapi itulah... kejadian2 macam ini boleh membuatkan saya jadi tidak keruan... sampaikan saya ada terfikir... kalau saya tiada... siapa akan prepare baju2 raya untuk anak2 saya. macamana itu... macamana ini...
7 comments:
ku lak tolong bergenang air mata
cukup ke amalan kita nak mengadap yg Esa
Alfatihah
Innalillah....
sangat menginsafkan..
innalillah...
anna : kan... kalu pikir2... adoiii.
wan, maya & elin : kawan aku mesti ckp... terima kasih kt korang
I sedih...
yelah.. sedih aku baca. innalillah..
Post a Comment