Pages

Thursday, August 27, 2009

menu lengkap 6 ramadhan

hujan di petang hari memang tak syak lagi akan jem ler kl dan kawasan yang sewaktu dengannya. lagi2 di bulan puasa. maka lambatlah jugak saya sampai di rumah.

tetapi dengan berbekalkan semangat yang waja dan kecekalan di hati... saya berjaya menyediakan menu lengkap untuk keluarga saya berbuka puasa.

dah siap semua... penatnya seperti baru selesai jogging satu taman. rasa nak tidur jer lepas masak dan hidang.

tapi dalam penat-rasa nak tidur sempat lagi lauk pauk saya berposing untuk saya. 3 hidangan berjaya saya buat dalam masa kurang dari 45min.

sayur goreng kacang buncis bersama telur hancur

saya nak buat daging masak merah tapi incik suami nak daging goreng kunyit jer.

ini pula lauk tambahan yang ditapaukan oleh ex-babysitter. ikan masak kicap ni memang masakan wajib bagi setiap masyarakat di malaysiakan. ;)

2 comments:

miesyamomei said...

sedapnyoh napok..wlpon simple..simple ke???hahaha

rina said...

yolah simple... maklumlah tadok lauk daging maso meroh... sotong grg celup tepung. hehehe

 

Blog Template by YummyLolly.com