Pages

Friday, July 31, 2009

kontrak kontra

minggu ni memang kekurangan mood untuk berblogging.
sepanjang minggu ni jugak... by 9 dah kerah askar2 wataniah masuk bilik. kalau takde aral melintang... sebelum 9.30 semua selamat berlayar di lautan mimpi termasuklah si maknya sebab... si bapaknya tiada di kawasan liputan. malam ni sampailah bapaknya dari pulau lagenda mahsuri.

tak boleh nak selalu bersiaran dari to*let ofis... nanti mak buyung perli. jadi sekali sekala kenalah tukar lokasi penggambaran.

oh tajuk entry pasal tudung kontra dengan color baju. kesnya saya tiada stok tudung color kuning. adakah... adakah...

selamat berhari minggu.


woweerina : ada formula saya gunapakai formula dari mak buyung lagi sorang.

Wednesday, July 29, 2009

siapa yang bersalah

dari semalam petang sampailah hari ini... tak boleh masuk blogger. tatau kenapa. server punya problem kot.


dengan berbekalkan duit rm50... saya berjaya membeli bermacam2 jenis makanan. kenyang perut suka hati betul.

memang melampau2 nafsu membeli... lebih2 kat kedai kuih muih. kalau boleh macam2 lagi nak beli tapi sempat sedar diri. mau tak nafsu tak sampai ke puncak sebab 1 plastik rm1 jer yang mana dalam tu ada 5-6 biji kuih. kuih cucur tu pulak rm0.50 1 plastik. mau tak meroyankan...

Tuesday, July 28, 2009

putih gebus macam kapas

geram giler tengok si gebus adam mi.khail ni. dah ler mata bulat. nak2 lagi bila terkena flash camera. mata kak wanie incik suami cakap. baik jer kalau nak banding dengan kakak dan abang dia yang mana langsung tak boleh dipegang oleh orang lain. nak dengar dia nangis pun susah.

1st time alang tengok dia secara live. muka memang sebijik muka kak amalin.

balik kampung pun nak ada tema jugak

dan temanya sudah semestinya kain pelikat lalalala
sungguh poyo sekalikan.



Monday, July 27, 2009

lagi syok kalau dapat cuti lagi

belum ada mood nak menulis...

gambar2 lain akan menyusul kemudian...

Wednesday, July 22, 2009

kampung halaman menggamit jiwa

tuan tanah kedaung blog akan bercuti bermula dari besok sampailah jumaat. dan sudah tentu bersambung sampai hari ahad.

maka episod membuncitkan perut dan body akan bermula.

tik tok tik tok... on your mark get set.............

Tuesday, July 21, 2009

adakah man b.elon yang punya...

kalau berjanji mesti ditepatikan...

Monday, July 20, 2009

pok amai2 belalang kupu2

tepuk biar pandai...
mama upah susu...

tapi kenapa semenjak 2 menjak ni au.ni dam.ia kurang hisap susu
adakah sebab dia dah makin besar...
atau adakah sebab bertukar susu...

kadang2 dalam sehari waktu siang
sebotol susu jer dia minum iaitu 6 to 8oz.
nak kata dia makan banyak benda2 lain... tak jugak.

sekarang ni makin panjang akal dia... makin banyak celoteh dia.
dah tak boleh nak suruh dia makan banyak2.
nanti dia cakap... nyar atan itit2 jer... atit eyut atan anyak2

Sunday, July 19, 2009

doa kami hanya yang terbaik untuk...

... mama



selamat ulangtahun, mama.

Friday, July 17, 2009

cukup-cukuplah

ingatkan dah cukuplah 5 pasang... tapi semalam dia mintak tapak colour merah pulak. bila tanya nak buat apa kasut banyak2... saje. senangnya jawapan anak teruna. abang... orang lain tu ada yang pakai sepasang kasut jer. takde tukar2 dah. kan tak pasal2 kena khutbah dengan maknya.

permintaan anak teruna terpaksa direject. tunggu masuk darjah 2 lah baru kita beli kasut sekolah tapak merah ek.

tiba2... terdengar suara halus bersuara... nyar nak aler pin

memang jadi...

pulut dimasak + santan dimasak sekejap dan campur dengan sedikit garam + gula sesedap rasa + durian seberapa banyak ulas yang termampu = kenikmatan yang tidak terkata.

Thursday, July 16, 2009

kalau jadilah...

dinner malam ni dengan pulut durian. requested by cik mek a.uni dam.ia. hari2 time balik akan lalu depan khemah orang jual durian. hari2lah dia jugak dia cakap nak durian. mama dia pun terliur jugak sebab semalam dapat sms dari orang b.b.sen.tul ajak makan pulut durian.

perbualan petang semalam.

AD : nyar nak uyan.
M : nanti mama suruh papa beli.
AD : naper uyuh papa eli. mama elilah.
M : durian tu berat. papa kuat. nanti papa belikan.
AD : nyar nak atan itit2 jer. tanak anyak2. atit eyut atan anyak2.

macam2 dah celoteh anak dara nan sorang ni. kadang2 letih nak melayan.

tadaaaa...

tidak... tidak...
tahap kerajinan saya masih belum sampai ke tahap maksimum lagi.
manik2 itu hanya disusun untuk mendapatkan idea yang sebenarnya.

Wednesday, July 15, 2009

ntah jadi ntah tidak... ataupun akan berkubur

saya nak try jahit yang simple2 jer. ala2 fesyen berteraburan di leher baju kurung anak dara.

siapa yang bersalah...

bajukah... atau empunya bodi yang semakin membesar bagai johan...???

agaknya kena perut kempis giler baru sesuai pakai baju ala2 camnikan. kalau tidak... bersedia untuk tadah telinga dengar soalan2 mulia dari orang2 di sekelilinglah... r u pregnant???

tapi baju2 fesyen camni memang berlambak dijual. yang jenis berkedut bawah te.tek. nasib baik baju yang saya beli ni takde tali kat belakang. kalau tak... dalam l.rt pun orang akan offer saya tempat duduk kot. kalau ada yang simpatilah.






woweerina : sahsiah diri macam baru balik bershopping-sopingkan... padahal itu gambar pagi tadi. dalam toilet ofis. baru sampai ofis. dalam plastik putih ada sepeket biskut tawar hu.p se.ng dan setin kacang ko.h k.ae yang dibeli di gol.d stora.ge, k.lcc dan satu lagi beg seakan putih itu berisi kain baju kurung cik mek untuk dijadikan panduan colour sepadan pada saya untuk membeli kain baju melayu anak teruna tengahari nanti.

Tuesday, July 14, 2009

kain pelikat memang banyak kegunaan

boleh digayakan dengan tudung biru...

atau tudung pepel...

rasa2 lepas ni kita gayakan dengan kaler lain pulak. memang syok beli baju yang berkalerful ni. sebab tak boring untuk dimix and matchkan. saya nak try dengan kaler kuning... pastu hijau terkois.

hasil tuaian saya

akhirnya setelah berhempas pulas... dan beberapa kali aktiviti menetas dijalankan. akhirnya siaplah baju kurung raya untuk anak dara saya.

sayakan tak pernah terfikir yang mana suatu hari saya akan buat baju kurung untuk dipakai oleh anak saya. sedikit pun tak pernah terdetik.

next project... baju melayu anak teruna saya pulak.

Monday, July 13, 2009

saya pun nak...

dah lama saya simpan gambar dia yang kat atas ni. sebab suka tengok. yelah orang kalau dah cantik, buat macamana pun tetap cantik jugakkan. nampak kemas jer rambut pendek macam ni.

pastu tengok pulak dia dalam kontrak cinta dengan rambut fesyen ni... lagilah membuatkan saya rasa nak potong rambut macam dia.

eh eh baru saya perasan... cincin yang dia kecoh cakap cincin tunang tu sama macam cincin tunang dia dengan harris dalam cerita kontrak cinta.

Sunday, July 12, 2009

anak dayak berkeliaran di beringin



jumaat lepas terkejut tengok dua2 lengan dia bertatoo. adoiii. kawan nursery yang sekolah tadika berjaya mengeluarkan magic pen tanpa disedari oleh cikgu. seronoklah diorang berart attack sesama sendiri. siap ada yang berconteng sampai ke muka. nasib baik cik mek hanya di lengan... boleh sembunyikan dengan baju lengan panjang.






Saturday, July 11, 2009

mencari sedikit ketenangan

pening kepala, loya2, rasa nak muntah, buntang biji mata... segala2nya bercampur baur. ini semua disebabkan oleh pembawakan budak sepasang kurung raya.



dalam masa hampir 3 jam kot... usaha saya hanya dicurahkan untuk menjadikan leher baju kurung menjadi sesuatu yang realiti. gilerrr. kalau orang lain kot2 dah 4 pasang baju kurung berjaya disiapkan kot.

Friday, July 10, 2009

t.g.i.f

kenapa sekarang ni rasa cepat jer masa berlalu.
pejam celik pejam celik dah hari jumaat.


cik mek selsema dan batuk2.
maka episod merengek malam2 bermulalah.


si abang pulak besok ada kem solat bestari.
dari pagi sampai tengahari.
nasib baik projek makan doyan kat tangkak tak jadi.
kalau tak... kalau tak...
projek makan doyan di kebun kena kensellah kem solat bestarilah kita kenselkan. sanggup pontengkan anak tu.

duit duit di mana kau duit

kat internet ni macam2 cara boleh dapat duitkan...

kat sini salah satu caranya...

Thursday, July 09, 2009

mentang-mentang perempuan...

semua benda dia nak colour pin

mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar

sungguh besar cita2 saya.
nak buat baju kurung raya untuk anak dara
nak buat baju melayu raya untuk anak teruna
juga nak buat baju kurung raya untuk anak sedara perempuan
juga nak buat baju melayu raya untuk anak sedara lelaki

tapi saya ada sedikit mengelat...

malam tadi dah mintak tolong mak mentua potong siap2 kain baju kurung untuk anak dara dan anak sedara perempuan.

tapi saya nak lagi mengelat...

saya 'paksa' incik suami hantar mesin jahit kat rumah adik ipar saya
nak mintak tolong mak metua saya jahitkan leher baju kurung

sebab yang menjadi masalah paling besar kepada saya ialah menjahit leher baju kurung
bikin hati jadi kacau bilau.

nasib baik malam ni mak mentua dah nak balik kampung.
kalau tak... mami jahit jelah semua

confirmed

apa yang confirmed...
.
.
.
.
bukan lagu yang sama saya dengar dalam c.inta untu.k ai.n.
lagu dalam cerita itu nyanyian ra.ma : sa.at-saa.t terind.ah

Wednesday, July 08, 2009

buah cempedak di luar pagar

tadi lepas balik hantar anak teruna kat sekolah... nampak lori jual cempedak. teringin pulak nak makan cempedak goreng. beli sebijik cempedak, tepung goreng cap ad.abi... balik teruslah goreng. saya campur 2 bijik telur dalam adunan tu. sebab apa... tatau sebab apa. main belasah jer letak telur.



lepas tu buat pulak teh susu panas... sedap giler.

uwaaaa...

pagi2 buta benda ni buat saya menangis... sangat touching.



cantikkan anak dara m.j ni.


woweerina : saya EL hari in. takde air kat rumah. dah ler tak kasi notis. stok air dalam bekas air tu pun hanya ada 10L ke berapa tu ek... cukup untuk buat benda2 penting jer. tension.

Tuesday, July 07, 2009

tangkap leleh weiiii

sama itu fah.rin ah.mad. tak sedar diri betul awak tu isteri orang. hahaha

sabtu lepas tengok cerekerama kontr.ak cint.a dah separuh jalan. tatau pun ada cerita best. rugi2...

nasib baiklah ada cik haz.el2.k sudi mengupload cerita itu kat u-tube.

dan lagi tangkap leleh sama lagu latar cerita itu. hari tu sempat tengok lagu tu nyanyian re.publik... tajuk sudah lupa. kena cari nanti. kot2 pogy ada cd re.publik kot.

yeayyy dah jumpa... hanya ingin kau tau by re.publik. tak silap lagu ni pernah muncul dalam c.inta unt.uk a.in.

Monday, July 06, 2009

saya tak bawak kamera...

jadi saya terpaksa pinjam gambar dari orang yang belajar dari kesilapan dan mak buyung. sangat seronok dapat jumpa sahabat handai walaupun kami tiba agak lambat. maklumlah semua nak kena setelkan sendiri. dari siapkan anak2... sampailah bawak kereta.



terima kasih pada tuan rumah yang sungguh gorjes dengan gaun ala2 model... party pack pun ikut gorjes seperti tuan rumah. seronok anak2 dapat jam tangan trans.formers dan b.arbie kaler pin.

untuk sapa2 yang tak datang... dan saya tau dorang rindukan dengan bear busuk berselotep... yup, mr bear tu masih lagi berkhidmat di sana. dia kirim salam sama kamu semua.

nikmat sekali rasanya

lagi2 dapat makan dengan pulut + santan + gula. terasa kenikmatannya. tapi gambar pulut durian boleh pulak lupa nak ambik.

cik mek sorang ni jenis berani mencuba. dia akan cuba apa saja yang kita pelawa. kalau abang pulak takut nak mencuba. benda2 baru memang jaranglah dia berani untuk mencubanya.

tengah kusyuk makan... tiba2 mama ada ulang. apakah dia...

Saturday, July 04, 2009

warung kopi bandar lama



sementara incik suami masing2 tengah berlegar2 di luar kawasan liputan... maka si isteri telah menjalankan tanggungjawab membawa anak2 bersarapan di luar sambil menghirup udara yang sihat dan nyaman.


nasib baiklah cik mek bangun awal pagi tadi... kalau tak, tak pukul 10 memang dia takkan turun dari katil. memang bangun lambat anak dara nan sorang itu.






sekali sekala berhu ha hu ha adik beradik memang syok... next time klong & co mesti join sama. lagi havoc dibuatnya. tapi abang... jangan 'paksa' makan kt maji.d corner plak ek.

 

Blog Template by YummyLolly.com