Tuesday, June 30, 2009
teruskan usaha
sekolah agama pulak dapat no. 10 (kelas no. 1). jumaat ni baru pergi ambik report card kat sekolah.
dah cukup bagus dah tu abang. nanti abang buat lagi bagus yer.
woweerina : gambar2 kat atas tu di gi.ant bt ca.ves. lepas beli barang2 dapur... kasi can anak2 main kat playground. tiba2 doang buat contest tiup belon paling besar. mula2 tak kasi a.dib irf.an masuk sebab tak pernah tengok dia tiup belon. selalu dia suruh mak atau bapaknya tiup. tapi dia berkeras nak join jugak. masa peringkat semi final dia dapat no. 1. masuk peringat final... ada 5 peserta terpilih. dia dapat no. 5. sedih dia tak dapat hadiah. just dapat gula2 & makanan ringan.
apa ada atas peti es
2. cerek letrik untuk merebus air untuk buat air mandian adi.b ir.fan di waktu pagi. toilet rumah saya tak ada water heater. so pakai jelah cara lama. kegunaannya jugak untuk buat air teh o panas, kopi panas, teh panas, milo panas dan minuman panas yang lainlah. air panas untuk buat susu anak2 ambik dari thermo pot jer.
3. bakul buluh bertudung yang dihiasi dengan bunga2an itu hasil dari bekas hamper. dalam tu saya isi dengan sabun2 dan syampu2 cilokan dari hotel.
4. dulang bujur tu pun hasil hamper jugak. tahun lepas rasanya. saya ada 2 ketul. yang lagi seketul telah disedekahkan kepada tety.
5. 4 bijik bekas kaca mini tu of courselah dari i.kea. beli jer tapi tatau nak letak apa. last2 incik suami telah mengisi rempah ratus dalam itu bekas.
6. peti es tu 1 pintu jer. dah lama berjasa kat kitorang. actually incik suami beli zaman dia bujang trang tang2 lagi. sebab masih elokkan... pakai jelah daripada membazir.
close up benda2 mengarut yang dicampak di dalam tray.
Monday, June 29, 2009
happy birthday to you...
setiap ahad ada jer birthday party yang dihadiri oleh kami sekeluarga
start dari ahad 2 minggu lepas, armand sampai sekarang duk meroyan tunggu gambar2
ahad semalam elman
ahad minggu depan dhia dan danish.
woweerina : gaun cik mek hasil kreatif dari orang tu... ala2 dah nak merajuk dah orang tu sebab tak pernah nampak cik mek bergaun hitam putih di tepek di mana2. bunga sebesar alam atas kepala cik mek sudah semestinya hasil kerastangan mak dia.
Friday, June 26, 2009
dia buat perangai lagi...
MJ dalam kenangan
lepas tu barulah tahu... ohhh mati rupanya king of pop kita ni. tribute to MJlah semua stesen2 radio kt malay.sia hari ni. tapi saya rasa dia dah cukup sengsara kot mandai jer saya ni. yelah badan dia tu dah tak macam badan manusia dah. dah jadi ala2 robot kot. eh cop... dia dah masuk islam ke. hari tu macam dengar dah... tapi wallahuallam.
tapi lagu2 MJ memang best. saya kenal MJ dari dia hitam zaman dengar lagu ikut piring hitam sebab ayah saya dulu pun minat dengar lagu MJ sampailah dia bertukar jadi putih. dengar lagu2 arwah huhuhu tadi saya rasa sebak. poyo sungguh saya ni.
jadi lepas ni MJ hanya akan muncul di food court cik yan jelah.... siapa2 yang rasa rindu dengan MJ, bolehlah singgah di sana.
dan yang paling penting... MJ di bawah akan tetap bersemadi di hati dan sanubari saya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
gambar tahun 2004 ek ni. ambik dari fb cik cuppies.
Thursday, June 25, 2009
Wednesday, June 24, 2009
merahnya mak ngah
kaler merah ni memang ceriakan dalam gambar.
terima kasih moon sebab upload gambar saya dan anak dara saya ni. ada orang tu jeles sebab gambar dia belum kelihatan di mana2 lagi. tulah... kalau ko offer nak masukkan garmin dalam hp moon... kompem moon akan letak gambar ko hari ahad malam lagi.
abang adib
suka dengar au.ni dami.a panggil abang ad.ib. cute jer dengar.
dalam kereta... tiba2...abang adib : jin go.mbak
mama : mana abang tengok
abang adib : tadi tulis. hah kat depan pun ada tulis jin gom.bak
mama : banggg... tu Jln Gomb.aklah bukan jin g.ombak
di lobi beringin
abang adib : naper gelap ni... mesti orang tak bayar mentol
Tuesday, June 23, 2009
merah dari atas kepala sampailah ke kaki
dah tak sabar nak tengok gambar2 masa
tema birthday party adalah MERAH. yang sadisnya... konon ingat gaun anak dara masih ngam dan ok lagi dengan dia walaupun tau gaun itu dah lama berada dalam simpanan. masa nak bersiap2 tu... adoiiii. dah kecik ke. walaupun ada lagi 2-3 helai gaun dan tshirt berkaler MERAH tapi mama dia tetap berkeras nak pakaikan anak dara dengan gaun tu jugak. mama dia dengan cepatnya mendapat idea... apa kata pakai dengan legging jelah. selongkar punya selongkat... tak jumpa legging yang bersesuaian. tapi tiba2 terlihat seluar tido yang ala2 legging yang boleh disuaipadankan dengan gaun itu. apalagi... masalah selesai.
dan yang paling penting hairband atas kepala anak dara saya itu adalah hasil kerastangan yang kurang kreatif dari saya. hairband itu menarik minat cik puan photographer untuk bertanyakan kepada saya... "ini dari chomelcraft ke?"... sebab menurut dia tak pernah nampak pun dalam blog cikgu jijah benda alah seperti ini. kot2 ler product terbaru dari cikgu jijah. azza... hasil anda memang dah terkenal seantero duniakan. keep it up babe... memang kagum betul dengan anda.
konon nak amalkan cara hidup sihat
Bulan ALLAH SWT
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin,20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapatkemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-haripuasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
sama2lah kita rebut peluang keemasan ini...
Monday, June 22, 2009
inilah dia mangsa yang terlibat
tebolah sungguh saya
dah berzaman saya minum air milo 'o' ais bungkus. letak pulak dalam gelas milo mulut besar.
tapi hari ini sungguh malang nasib saya.
ntah camana letak jer atas meja... tiba2 plastik air milo saya memuntahkan isi perut dia.habis meja, kertas2 atas meja dan paling haru turut terkena baju saya. double haru hari ini saya pakai baju kaler putih. dan triple haru baju putih itu plain... kosong sekosong2nya.
nak nangis saya dibuatnya.
tapi nasib baik masih berpihak pada saya... cari2 bawah meja... dalam drawer...
adalah sehelai cardigan kaler hitam saya jumpa. kalau tidak memang saya kena balik rumah salin bajulah nampaknya.
tebolahlah kamu wahai i.... su....
Saturday, June 20, 2009
saya sudah berpaling tadah
Friday, June 19, 2009
Wednesday, June 17, 2009
pagi boleh... petang pun boleh
kuih favorite mu ni Tety... kuih cucur nama kuih ni. kat tepi2 tu garing dan tengah2 dia tu lembut2 jer.
pulut bakar. ada bentuk bulat... ada bentuk kon. aritu beli depan restoran hoover (camana eja ntah). giler besar... tapi sedap giler. menurut kata my sil... dah berzaman makcik tu jual pulut kat depan kedai makan tu.jala mas yang macam bihun tu dan buah tanjung yang bentuknya macam berudu. kuih yang ni memang terbukti manis leting. favorite klong ni... time puasa mesti dia kirim kat sapa2 yang nak datang kl.
salah satu favorite saya. tupat sotong. berpuluh2 ekor pun saya boleh
tepung pasung. cik mek kecik suka kuih ni. sekali ngap jer dia masukkan dalam mulut. kuih ni lembik2.
tepung bungkus nama kuih ni. saya lagi suka makan sejuk2. kat tengah2 dia ada kelapa bergula melaka.
ketupat daun palas. lagi syok ketupat yang ada kacang atau serunding daging. salah satu kuih wajib masa hari raya.
kuih cik mek molek. kena makan berhati2, lagi2 baru masak. takut nanti melecur lidah dek gula panas.
ada lagi 2-3-4-5 kuih yang menjadi kegemaran saya.
kalau tak nak... memang takkan layan
kalau saya dah tak suka...
saya akan abaikan kehadirannya.
selalunya yang jadi bertuah adik ipar saya.
kes ini hanyalah untuk baju2
masa beli kain... teruja gilerlah... tangkap cintan habislah orang cakap.
tapi bila dah siap jadi baju... tiba2 citarasa berubah sekelip mata.
ada 2 kes yang saya ingat...
satu... kebaya
dua... kurung dari kain batik angkasawan yang ada bling2. saya pakai sekali jer datang ofis. rimas dengan bling2 dia. terus tersadai dalam almari. last2 hantar balik kampung jugak.
terbaru... baju kurung raya tahun lepas pun dah selamat sampai ke tangan adik ipar saya. dalam 5 kali jer kot saya pakai baju kurung tu. kain chiffon dari gula.tis. masih elok sangat2. tapi itulah daripada hidup dia tersisih... lebih baik saya boloskan diri baju itu ke tangan orang yang sanggup menerima kehadirannya.
tapikan... tapikan...
tatau pulak ada orang lain yang nak jugak menerima pemberian percuma dari saya ni. lagi2 kalau baju yang saya nak let go tu dari kain chiffon or kain mahal2
Tuesday, June 16, 2009
fasa mengidam datang lagi
nak2 petang camni. perut yang diisi time lunch tadi pun dah mula bergegar2 kelaparan. kali ini dengan kuih pulak. kalau kat sini jarang or memang tak pernah jumpa.
kuih apa panggil pun sudah lupa. inti dia cam inti creampuff tapi kaler pink.
adoiii sedap weiii.i fall in love with...
sekarang baru episod 3. tapi saya tatau hari apa pukul berapa cerita ini kat tv.3.
cuma satu jer saya tak suka... ayah dia pinangkan nu.r amin.a untuk a.dam walaupun dia tau a.idil yang sukakan n.ur am.ina. konon nak 'luruskan' a.dam yang hanyut itu... tapi dalam masa yang sama dia telah menghancurkan hati dan perasaan ai.dil.
satu garapan yang sungguh indah dari kha.bir bhat.ia dan mi.ra musta.ffa.
Monday, June 15, 2009
tak sedar diri betullah
Sunday, June 14, 2009
Bling Bling Blink Blink
dari ofis di jalan p.ram.lee nak keluar ke jalan t.un raza.k melalui jalan yap k.wan se.ng sahaja memakan masa selama 1 jam.
walaupun kalau dikira dengan km hanyalah tak sampai 2km.
setiap masa saya duk jeling dengan lampu aladdin tu.
setiap saat jugak saya rasa nak tutup enjin bila kereta tak bergerak.
setiap detik jugak saya rasa nak offkan aircond, tapi tak boleh sebab kat luar hujan lebatlah pulak.
kononnya nak kasi minyak tak habislah.walaupun incik suami bagitau boleh lagi untuk 50km.
dalam masa terperangkap dalam jem tu... konon nak berhenti isi minyak di pet.ronas jalan kg bar.u. tapi bila dapat memboloskan diri masuk jalan t.un ra.zak
aikkk
jalan sungguh lengang sekali.
teruskan jelah perjalanan.
sebelum berhenti isi minyak di sh.ell jalan p.ahang
singgah dulu beli bi.gmac dan valuemea.l untuk anak2 di mc.d sebelah stesen minyak
ni gara2 terliur entry ML alah dah tak boleh nak linkkan. dia dah masukkan entry tu dalam wardrobe
memang kecut perut kalau lampu aladdin duk bernyala tak henti2 ni.
Friday, June 12, 2009
menu breakfast pagi besok
maka saya telah merajinkan diri untuk memasak sambal bilis in advance.
dah siap pun sambal bilis saya.
tiba2 terasa nak makan nasi lemak malam ni jugak.
tapi kena tahan nafsu.
apa kes nak makan nasi lemak malam2 buta.
kelapa dan daun pandan dah siap beli... besok cuma masak nasi, rebus telur dan kalau terajin sikit goreng ayam yang hanya ada sedada dalam peti ais.
kalau breakfast dah nasi lemak...
jadinya... sampai lunch ler kami sekeluarga akan makan nasi lemak.
takpun... dinner juga.
* updated : nasi lemak saya mentah. uwaaaaa. ni lah gara2 4 tahun sekali baru masak nasi lemak. nasib baiklah ada 'tok bomoh' tolong jampikan nasi lemak itu. kalau tak memang kena masak lainlah. satu kes lagi... sambal bilis yang saya masak malam tadi tu sedapppppppppppp giler. kalah sambal nasi lemak a.ntarab.angsa melampau giler dah ni puji masakan seniri.
Thursday, June 11, 2009
lambaian kaabah
kami tak pergi bercuti kat mana2 pun. duk 'sebek' kat rumah jer.
saja cuti untuk merehatkan badan.
entry yang ni sebenarnya... hantar fil kat kl.ia pergi buat umrah kat mekah.
Wednesday, June 10, 2009
kuih berbulu
boy nak beli kuih bulat2 colour merah.
dia tambah lagi...
yang ada bulu2 tu.
mula2 jenuh jugak nak fikir apalah kuih idaman hati anak teruna.
tapi nasib baiklah mama ni mama boy...
jadi mama boleh imagine dan tau apa keinginan si anak teruna.
inilah kuih bulat2 berbulu colour merah yang my anak teruna inginkan...
.
.
.
.
.
.
woweerina : gambar cilok dari resepi.net
kalau dah nama perempuan tu perempuanlah jugak
Monday, June 08, 2009
Friday, June 05, 2009
merenung masa depan
mama : nak cuti tak dapat... ada kerja perlu dibereskan. this weekend adakah saya terpaksa 'memetis'... hrmm
abang : nak balik kampung tak dapat... nak pergi tengok wayang tak dapat... boring betul cuti sekolah.
adik : janji dapat minum susu makan ayam drumstik dah ok.
Thursday, June 04, 2009
the making of term.inator salv.atio.n
entah apa yang ada dalam fikiran
saya dengan rasa rajin datang ofis dengan kereta. nasib baik saya teringin nak parking kat dalam bangunan ofis saya walaupun rm10 kena bayar sebab saya baru basuh kereta petang semalam dan saya takut kalau parking kat depan ofis yang open space parking akan mengotorkan kereta saya itu kalau2 petang ni hujan walaupun kat situ hanyalah rm5.
konon nak beli roti sadwich telur & tuna kat kedai bawah ofis.
alamak... yenadey...
mana purse saya yang sudah kelihatan sangat usang. maklumlah dari saya belum kahwin lagi purse itu dah berkhidmat dengan jaya dan cemerlang untuk saya. saya memang amat menghargai purse cap 'kerbau koko' saya ini. alah, mesti tertinggal atas chest drawer dalam bilik saya ni sebab semalam kitoarang keluar kejap untuk membeli sesuatu.
nak makan tak risau sangat sebab saya boleh pinjam dari ofismate saya takpun kot2 linda nak belanja saya makan ke hari ini... belanjalah saya... belanjalah saya... kalau tanak ayam goreng berempah pak abu... kat pa.di pun saya tiada masalah. plan saya during lunch hour jugak terbantut konon nak terjah kl.cc takpun area2 s.g wan.g.
tapi sebab dah tau tak bawak purse ni... petang nanti mesti saya lagi cuak.
mudah2an perjalanan balik saya nanti dipermudahkan dan dipelihara oleh Allah SWT.
semoga benda2 yang tak diingini takkan berlaku. AMIN.
Wednesday, June 03, 2009
ku terbayang tilam dan bantal
Tuesday, June 02, 2009
kalau angin RAJIN datang melanda
bukak peti ais lagi sekali nak ambik cili besar... eh eh ada kobis dan fishball. masak sayurlah sikit. nak ambik bawang untuk menumis... eh eh lagi sekali. nampak plastik ikan bilis. takkan nak masak sambal gesek lagi kot. ahad lepas dah buat santapan syamimi... jadi buat resepi sendiri... bilis goreng berkicap... nak lagi terangkat goreng bersama cili padi potong dan bawang merah dimayang nipis2. tup tap tup tap... dalam masa setengah jam berjaya menghasilkan 4 menu untuk makan malam kami sekeluarga.
dia paling lambat makan. last2 memang kena suap jugak.