Pages

Tuesday, June 23, 2009

merah dari atas kepala sampailah ke kaki

gambar dicilok dari penyanyi bertali pinggang besar.



dah tak sabar nak tengok gambar2 masa kenduri kawin birthday party arman.d dubi.es. hari tu memang tak bawak camera pun sebab mak pengantin birthday boy dah upah mamarazzi cik puan photographerkan. jadi buat apa saya bersusah payah nak angkut camera lagi.

tema birthday party adalah MERAH. yang sadisnya... konon ingat gaun anak dara masih ngam dan ok lagi dengan dia walaupun tau gaun itu dah lama berada dalam simpanan. masa nak bersiap2 tu... adoiiii. dah kecik ke. walaupun ada lagi 2-3 helai gaun dan tshirt berkaler MERAH tapi mama dia tetap berkeras nak pakaikan anak dara dengan gaun tu jugak. mama dia dengan cepatnya mendapat idea... apa kata pakai dengan legging jelah. selongkar punya selongkat... tak jumpa legging yang bersesuaian. tapi tiba2 terlihat seluar tido yang ala2 legging yang boleh disuaipadankan dengan gaun itu. apalagi... masalah selesai.

dan yang paling penting hairband atas kepala anak dara saya itu adalah hasil kerastangan yang kurang kreatif dari saya. hairband itu menarik minat cik puan photographer untuk bertanyakan kepada saya... "ini dari chomelcraft ke?"... sebab menurut dia tak pernah nampak pun dalam blog cikgu jijah benda alah seperti ini. kot2 ler product terbaru dari cikgu jijah. azza... hasil anda memang dah terkenal seantero duniakan. keep it up babe... memang kagum betul dengan anda.

9 comments:

Maya said...

awat rambut tak kaler merah gak mek?
pakai lah jugak contact lense merah..
dan pipi merah..

hihi..

- tety - said...

ptt rambut wt highlight arituh... hehhehe taruk kaler merah sket2....

tp hebend tuh mmg kiut...

rina said...

maya & tety : melampau macik2 ni tau.

Anonymous said...

auni sgt cumil okey. admire betul ngan rambut lurus dia yg dipadankan ngan hairband ciptaan mamanye ittew

-antie yg ade ank poms rmbt keteng

Maya said...

e'eh.. anak auntie pun rambut kenteng tau..
tapi tu mesti auntie tu yang anaknya pakai gaun comel tu kan kan kan?

*P.u.r.p.l.e.P.l.u.m*Store* said...

Want to buy designer bags at great bargain? I have Prada & Gucci on sale now.

Do visit my blog:
http://mypurpleplum.blogspot.com/

TQ :)

rina said...

g : auntie suka ngan rambut topi keledar auni yer. hehehe

maya : yg ni auntie yang ada anak rambut kenteng tapi sekarang sangat suka menyanggul rambut anaknya itu menjadikan anaknya sungguh cute sekali.

purple plum store : huhuhu tidak berkemampuan lagi saya untuk memilikinya. tapi dah jenguk td utk cop2 dan berangan.

Miss Moon said...

hahahha nanti cek it out ....ai ada letak gambo u n anak u .

rina said...

moon : ni x sabar ni. dh tgk gmbr2 tety & armand. memang ceria sekali...

 

Blog Template by YummyLolly.com