Pages

Wednesday, September 30, 2009

inilah belakang dia

ni mesti tak belek habis 'buku muka' i ni... tali dress tu jenis cam berbelit2 gitu.

besar sikit baju ni dengan dia sebab mamanya beli size 3yo. size 2yo cam ngam2 jer. itu pasal agak terlondeh sikit dia pakai.

Tuesday, September 29, 2009

di suatu petang raya ke 4


anak dara saya ini sudah tidak mahu rambutnya diikat atau disepit... dia lagi suka rambutnya dibiar lepas tanpa sebarang gangguan.

Saturday, September 26, 2009

aidilfitri 1430

@ SL J.ias - raya ke 4... 1st time raya without papa. Papa still kt Mek.ah.

@ Kub.ang Bem.ban with in-laws

Thursday, September 17, 2009

Maaf Zahir dan Batin

dari kami sekeluarga...

Wednesday, September 16, 2009

lagi 3 hari mau raya...

tapi saya takde mood nak beraya... melainkan mood untuk balik kampung jer.

sama ke tak sama

dalam hotchat pagi di hotfm cerita pasal konflik beraya... selalunya konflik beraya ni berlaku ke atas si dia dan si dia yang dah berumahtanggalah. macam2lah cerita, petua dan taktik yang digunakan oleh pendengar2 semua. ada yang siap buat perjanjian bertulislah, semua raya balik rumah keluarga isteri tapi raya aidilfitri balik rumah suami dan macam2 lagilah.

saya yang 7 tahun kahwin ni pun masih mengalami konflik jugak.

tapi rasa sedikit insaf bila baca entry verde yang ini. sekejap jelah... lepas tu meroyan balik

atau ada di antara kawan2 di luar sana yang rasa seronok nak berhari raya di rumah in-laws. ;)



woweerina : saya sebenarnya poyo jer terlebih sebab jarak di antara rumah ibu bapa saya dengan rumah mentua saya hanyalah tak lebih dari 10minit perjalanan. tapi tetap rasa nak berada di jias dulu di pagi raya.

Tuesday, September 15, 2009

baju raya si ibu dan si ayah dah siap

... untuk di pakai di pagi raya.

merah tema untuk tahun ini.

gambar azali blurrr sebab adib ir.fan yang mensnapnya.

Monday, September 14, 2009

23 ramadhan

saya buat nasi kerabu kuning. ajak adik beradik join sama barulah meriah suasana bukak puasakan.

kelam kabut jugak nak menyiapkan hidangan sebab pukul 2 baru incik suami keluar beli barang2. nak tengok CS.I punya pasal. dia sorang jer keluar beli sebab kalau angkut semua confirmed beli nasi kerabu kat kedai jelah untuk jamu kat tetamu semua.

dekat pukul 4 baru start kelentang kelentung kat dapur. incik suami incharge untuk tumis sebab dia baru dapat petua dari mil.

takut jugak tak sempat nak siapkan semua... tapi alhamdulillah by 7 semuanya dah siap terhidang. syukur dapat incik suami yang banyak menolong saya di dapur.

woweerina : 1. nasi kuning / 2. ayam goreng ala berempah / 3. ikan masak kicap / 4. budu / 5. ulam kcg panjang / 6. ulam bunga kantan / 7. solok lada (klong 1st time buat) / 8. puding gula hangus / 9. apam kelapa (beli kat psr tani belakang the we.ld) / 10. ulam daun kesum / 11. ulam timun / 12. tumis (yang rupanya macam kuah spagetti klong ckp... tapi rasanya sedap) / tiada dalam gambar - sambal kelapa dan keropok. dinikmati pulak dengan teh tarik dan air bandung.

Friday, September 11, 2009

sampul jer bertimbun...

tapi duit raya belum ada lagi. tapi dah bagitau kat 'abe' nak tukar rm4juta nanti. hehehe. saya tak pernah beratur kat bank untuk tukar duit saya. dan saya jugak tak pernah balik kampung dengan duit berjuta2 dalam kereta. selalunya sms jer kat 'abe' mintak dia tukarkan untuk saya. balik kampung nanti dapatlah duit raya.

tahun ni macam banyaklah pulak dapat sampul duit raya. pergi pru.dential on 26aug aritu dapat sampul raya... walaupun tahun lepas punya. tahun ni belum keluar lagilah dik. tak kisah kak, janji dapat. mentang2 tahun lepas punya... berpeket2 kakak tu kasi. kalau tidak... paling banyak pun 3 peket jer.

beli barang dapur di gi.ant pun dapat berpeket2. beli shampoo di g.uardian pun dapat jugak. beli baju incik suami di sogo pun dapat jugak tapi sampulnya dari metroja.ya. semalam orang manda.rin orien.tal datang kasi dekat my colleague... si dia berbangsa cina... so sayalah dapat habuannya. sampai jeles orang tu sebab saya dapat 3 peket... dia cuma 1 peket.

dan yang paling menyumbangkan kepada ke'banyak'an sampul raya saya adalah datangnya dari bank rimau. yelah nak courier setakat 2-3 keping tak berbaloikan. baik sekaligus banyak.

rambut pun nak beraya jugak

inilah rambut raya saya.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
... dalam mimpi. tapi in reality rasa nak potong macam ni lah.

Thursday, September 10, 2009

banyak yang kena belajar ni

masih merangkak... takde ilmu pengetahuan tapi still nak 'masuk kelas lukisan'. tapi kalau tak belajar mana nak pandaikan... masih banyak yang perlu dipelajari.





woweerina : gambar bawah hasil 'contengan' kawan saya yang dah bergelar mak andam terlampau. pakkal jer dia jauh nun di bumi hang tuah... kalau tak hari2 saya masuk 'kelas lukisan' dengan dia.

Wednesday, September 09, 2009

saya rajin...

maka saya telah 'membuat' biskut ini. nama lupalah pulak tapi rasanya sungguh sedap sekali. saya memang 'mintak resepi' yang ada almond tapi tak nak almond london. ada almond yang dihancurkan bersama tepung. dicurahkan bahagian atasnya dengan coklat. dan akhir sekali ditaburkan dengan kelapa kering yang sungguh rangup. maka... akan ada 'pembakaran' biskut kali kedua.

sehari selembar benang, lama-lama jadi...

nampak tak apa yang telah saya kerjakan dengan benang berwarna merah itu...

masih dalam proses bertatih2 lagi saya ni. terima kasih pada adik ipar saya yang sudi memberi tunjuk ajar.

Tuesday, September 08, 2009

projek seterusnya...

agak2 mau dibuat apa dengan benang warna merah ini...

abang punya

... sampin untuk dipadankan dengan baju melayu berwarna merah.

konon nak beli semua merah... tapi fikir2 nanti next year kena beli sampin lain kalau tema yang bakal dipilih tak boleh nak disedondonkan dengan sampin merah.

tak dapat diselamatkan lagi

dah 7 tahun si dia berkhidmat untuk kami sekeluarga... jadi tibalah masanya si dia berehat buat selama-lamanya.

si dia adalah salah satu hadiah perkahwinan yang saya dapat dulu kala. walaupun hanyalah cap ayam... tapi dia mampu bertahan selama 7 tahun.

tapi saya perasan barang2 letrik di rumah saya ini mampu berjasa dalam jarak masa yang agak lama... maybe serasi bersama kot.

dan salah satu sebab lagi... kat rumah ni ada handy manny. selagi benda tu boleh dibaiki... incik suami akan baiki sampailah benda tu mampu bertahan lagi dan lagi dan lagi.

Sunday, September 06, 2009

sebab itulah saya malas...

... nak basuh tudung2 ni. pakai senang kalau nak banding dengan tudung bawal tapi time nak membasuh alahai... malasnya den.




proses pertama (bekas yang berisi tudung purple) - rendam dengan dynamo
proses kedua - siram dengan air
proses ketiga (bekas yang berisi tudung peach) - rendam dengan petals
proses keempat (bekas yang berisi tudung kelabu) - bersedia untuk jemur

Thursday, September 03, 2009

berlubang satu hari

sampai jer si ibu depan pintu nursery... "boy terminum air tadi kat sekolah". "terminum macamana... air apa?" "air boy beli kat kantin sekolah... air oren". nak marah pun ada jugak... tapi takpelah. dia dah puasa 12 hari turut2 dah. kira dah ok sangat2 dah. nak gelak pun ada... konon terminum. tapi dia sendiri yang beli air oren kat kantin.



dia puasa ni pun tiada sebarang perjanjian dan tiada sebarang paksaan. tidak juga dijanjikan sebarang imbuhan. cuma yang dia tahu... kalau puasa Allah sayang... dan kalau puasa... dia boleh raya lama sebanyak mana dia puasa.

Wednesday, September 02, 2009

12 ramadhan

alhamdulillah setakat ini... adi.b ir.fan masih berpuasa penuh 12 hari. walaupun semalam 1st day dia berpuasa di hari persekolahan... nampak dia ok jer. konon2 tanak duit belanja tapi si ibu kesian... kasi jelah rm1 untuk dia beli apa2 yang dia ingin beli kecuali makanan dan minuman. balik petang semalam... "boy beli bekas pensil plastik 1, pensil 4 batang, eraser 3...". meroyan sungguh mamat ni.


sorrylah bang... cerita pasal abang... tapi gambar adik. sebab abang agak malas layan bergambar2 ni sekarang.

woweerina : yer betul... baju raya sudah dirasmikan oleh cik mek. tapi tak pakai 1 setlah. dia pakai baju kurung dengan jeans. rambut depan cik mek kena cantas minggu ni. jadi raya nanti takdelah nampak gonjeng sangat.

Tuesday, September 01, 2009

tengok gambar jelah

kekurangan pak mahmood untuk 'berkata-kata'. antara juadah berbuka puasa semasa balik kampung 2-3 hari lepas.

butir nangka berinti (inti dia kacang dal yang dihancurkan)

cendol (adib's fave... siap tapau sebungkus bawak balik beringin)

akok bunga

ketupat sotong

gulai darat daging (ada campur limpa sikit, paru sikit...)

budu pembuka selera (tak cukup bahan lagi dalam budu ni... lg best letak asam limau, durian... ada jugak orang letak bawang merah potong nipis2)

 

Blog Template by YummyLolly.com