Pages

Friday, May 29, 2009

maafkan mama

pagi tadi dalam kereta saya telah menjadi seorang seekor ibu singa yang kelaparan dek kerana anak teruna dia telah melakukan sedikit kesalahan.

anak teruna telah membuat satu eksperimen baru dengan minum air sambil baring. nasib baik dalam kereta... kalau tak sudah tentu dia akan minum air sambil berlari sebab pakai kasut yang ada kuasa turbokan.

eksperimen itu berlaku disebabkan anak teruna baru mendapat tumbler baru hasil hadiah percuma dengan membeli 2 peket yoc.o dapatlah 1 tumbler.

ok berbalik pada ibu singa tadi... kemarahan membuak sebab dalam tumbler itu diisi dengan air milo. nama lagi minum sambil baring... dalam kereta yang sedang bergerak pulak... memang cari nahaslah. habislah muka dan baju sekolah agama yang berwarna putih terkena air milo itu. dah ler stok tisu dalam kereta dah habis. nasib baiklah ada sebotol kecik mineral water dalam kereta.

adoiii...

sekarang... saya rasa sangat bersalah terhadap anak teruna saya. menyesalnya saya telah memarahi dia. kalau ikutkan bukan besar sangat pun kesalahan dia. dan bukannya dia sengaja nak kotorkan muka dan baju sekolah.

adoiii...


woweerina : ala2 boleh celen r.edmum.my dah ni... banyak betul entry saya hari ni sampaikan orang tu tak habis2 perli saya.

7 comments:

Anonymous said...

sat nak kira...1...2...3...4...5
wuhuuuu!

sabirr sabirr. anak-anak mmg suka buat eksprimen. di samping melihat hasil ujikaji berjaya, mereka juga menguji ngauman ibu. kira sambil menyelam sambil minum air milo ler

Ms Lola said...

Anda sedang mengalami PMS kah?

Maia said...

nak adoi sekali baca komen hanis terus nak gelak... rasanya hanis sudah lali dengan karenah hero2nya.. hehehe.. cayok cayok..

take it easy beb.. ianya salah satu proses pembelajaran.. dan pembelajaran memerlukan pengorbanan.. takde short cut..

Maia said...

eh yang nota kat bawah tu awak perli saya ke? saya macam terasa tau..

eh.. saya sukalah update banyak2 (tapi jangan panjang2 jenuh nak bace :P)

dah habeh ke entry hari ni?

rina said...

hanis : lenkali sambil menyelam sambil minum air masak jelah...

lola : tak jugak... nak menapous dah kot. hahaha.

maya : tulahkan.. rasanya ibu2 yang ada hero2 ni jiwa doang lagi kental kot. kagum2...

terasa ke... lu pikirlah seniri.

nak pendek2 plak ek... nanti ckp saya syok seniri plak...

Maia said...

eh.. ni ok lah.. tak laa panjang pun... yg panjang tu maksudnya yang 10 meter.. kene scroll banyak kali baru nak habis... hehhee

rina said...

maya : pjg camtu masa jawab esei bm spm jer...

 

Blog Template by YummyLolly.com