Pages

Friday, May 29, 2009

yang last kot...

entry last untuk hari ini...

tiba2 saya ternampak sesuatu yang sungguh annoying. saya kurang menyukainya.




woweerina : lain kali kalau kita masuk rumah orang apa salahnya bagi salam dekat tuan rumah.

maafkan mama

pagi tadi dalam kereta saya telah menjadi seorang seekor ibu singa yang kelaparan dek kerana anak teruna dia telah melakukan sedikit kesalahan.

anak teruna telah membuat satu eksperimen baru dengan minum air sambil baring. nasib baik dalam kereta... kalau tak sudah tentu dia akan minum air sambil berlari sebab pakai kasut yang ada kuasa turbokan.

eksperimen itu berlaku disebabkan anak teruna baru mendapat tumbler baru hasil hadiah percuma dengan membeli 2 peket yoc.o dapatlah 1 tumbler.

ok berbalik pada ibu singa tadi... kemarahan membuak sebab dalam tumbler itu diisi dengan air milo. nama lagi minum sambil baring... dalam kereta yang sedang bergerak pulak... memang cari nahaslah. habislah muka dan baju sekolah agama yang berwarna putih terkena air milo itu. dah ler stok tisu dalam kereta dah habis. nasib baiklah ada sebotol kecik mineral water dalam kereta.

adoiii...

sekarang... saya rasa sangat bersalah terhadap anak teruna saya. menyesalnya saya telah memarahi dia. kalau ikutkan bukan besar sangat pun kesalahan dia. dan bukannya dia sengaja nak kotorkan muka dan baju sekolah.

adoiii...


woweerina : ala2 boleh celen r.edmum.my dah ni... banyak betul entry saya hari ni sampaikan orang tu tak habis2 perli saya.

mimpi takkan jadi kenyataan

inilah 1st time saya pakai nick name glamour itu. nama tu jer yang sempat saya tangkap dan berlegar2 di benak fikiran saya. layannnn

tak semena2 semasa berbalas email dalam facebook dengan geng2 sekolah rendah dulu... tercetus benda yang mengarut2 ni sebab semua geng2 saya pakat tukar nama jadi nama mat saleh...

ada nama sa.muel jack.son, lu.ke skywal.ker, sa.m rock.well, luk.e per.rry, sa.lma h.ayek, an.dy lam.bert dan berjenis2 lagi nama yang melalut.

dan tiba2 seorang kawan saya mengsajes saya nick name glamour itu.

A**** K*****
28 May at 09:02
Reply
Ok..Mekna..aku bg ko namo Angelina Jolie..hehehe

eh... eh... samalah pemikiran kawan sekolah saya dengan saya.

mungkin betullah kata2 penjahit terkenal itu... sebijik. tolong jangan muntah kat sini. eh ke orang yang muntah dalam lrt aritu dah dapat baca apa yang saya ingin celotehkan hari ni... hrmmm....

tolong tarik saya ke bumi semula

di awang2an saya tengok gambar ini. ni baru 2 ketul dipertontonkan oleh kc. kalau dapat cd tataulah sampai ke planet mana saya melayang. saya tau saya memang poyo.




woweerina : baby doll telah bertukar kepada adik beradik kembar upin dan ipin pulak. yang dipegang oleh cik mek ni ipin sebab kat baju dia ada huruf I.

setahun jagung

hari ini birthday si bintang arma.nd du.bies yang pertama.

vroommmmmm

*updated : mak yang ingin bersiar2 di taman yang indah pun bagi award ini jugak kat saya. tq*

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

A. Copy badge "Blogger Friendship Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.



B. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
penganugerahan award ini oleh CY3.5 ibu 3 anak dan sekarang sedang mengandungkan anak no. 4. aktif ibu muda ni. boleh dikatakan setiap hari jumaat dia akan memboloskan diri dia ke pasar tani belakang th.e wel.d tapi sayang seribu kali sayang saya tak pernah pulak 'bertembung' dengan dia.


C. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)
1. baru saja membuntalkan diri dengan nasi lemak lauk sambal sotong dan sambal paru. seminggu sekali bolehlah layan. hari2 mau... parah.

2. pagi2 lagi saya telah menjadi singa. eeeiiii sekarang dah rasa menyesal tak sudah.

3. hati saya berbunga2 sebab baru tengok seketul lagi gambar yang sungguh cantik dan cun sekali.

4. hari ini saya plan nak ke pasar tani. saya nak carilah kelibat cik yan.

5. saya sekarang tidak berapa mempunyai mood untuk mengupdate blog.

6. dah 2 minggu saya mengabaikan tudung2 ikan bawal saya. suatu jangka masa yang agak lama tu.

7. saya teringin nak makan pulut durian. dapat pulak durian yang isi lembik... nikmat beb.

8. kalau makan pisang goreng pun saya lebih suka pisang yang lembik2.

9. incik suami saya cakap saya sekarang dah agak teror memasak. terangkat i tau. ni semua hasil dari kritikan dari dialah.

10. saya masih lagi suka 'nyetok' dengan incik suami.

D. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

dengan ini saya amatlah berbesar hati untuk menganugerahkan anugerah ini kepada...

1. mak yang mempunyai seorang anak yang gelenyar
2. mak buyung 16weeks
3. mak yang pipi dia dah pink sekarang
4. mak yang mana tailor dia bernama buyong
5. mak yang telah meroyan di jakel 2 hari berturut2
6. mak yang ada share dengan johnny depp

extra
7. mak yang makan kfc semalam
8. mak yang akan berjuang di medan perang
9. mak yang ingin bersiar2 di taman yang indah
10. mak yang akan menjadi surirumah tangga tak lama lagi
11. anak dara yang nampak orang muntah dalam komuter

Thursday, May 28, 2009

5IMA

ditag oleh sepupu tinggi lampai persis seorang model gitu.

1)"5" nama timangan anda.....
a. rina
b. kna
c. cip pink
d. cha
e. angeli.na jo.lie poyo yang amat.

2) "5" sifat/tabiat buruk.....
a. tebolah
b. susah nak ingat nama orang
c. tak dengar cakap
d. tak hafal no. telefon
e. suka merajuk lebih2 dengan incik suami

3) "5" makanan peberet
a. daging masak merah
b. nasi
c. gulai darat
d. singgang ikan
e. pulut doyan

4)"5" subjek pelajaran paling suka....
a. prinsip akaun
b. advertising
c. retailing
d. pendidikan jasmani
e. kemahiran hidup

5)"5" benda wajib lam purse....
a. ic
b. duit tak kira duit kertas atau 'skeleng'
c. atm card
d. lesen memandu
e. resit aria.ni

6) "5" topik yang biasa di bual bersama pasangan/teman....
a. pasal kami auwww
b. pasal anak2 kami
c. pasal $$$
d. pasal kerja masing2
e. pasal superbike incik suami tengah kemaruk dengan benda ni

7) "5" MANGSA TAG
a. MJs
b. CY3.5
c. KV
d. tamimi
e. mrs noba

mengidam lagi...

kali ni bukan mengidam pasal makan2... tapi mengidam nak jahit baju kurung moden. tak sedar diri langsung... padahal body 4 segi. tapi apa saya kisahkan. buat dulu... pakai ke tanak pakai itu lain cerita. tanak pakai nanti saya pas jelah kat siapa2 yang berkenaan.

sepasang dah berjaya hantar kat tailor tety. kalau boleh nak jugaklah try 2-3 tailorkan untuk mendapatkan keserasian. 5june baju saya akan siap. cepatkan...

azie ada merekemen tailor dia... buyung saya tatau buyung ni puan isteri ke incik suami. tapi itulah buyung ni pulak jauh di mata dekat di hati... nun di sek.syen 18 sha.h ala.m dan upah untuk buat baju kurung moden berlining agak mahal... rm125 sepasang. bagi saya mahallah tu upah camtu.

fiza pun ada rekemen tailor dia jugak di selayang... kalau ikutkan jarak... memang dekat dengan beringinlah. tapi... tapi... upah dia pun agak mahal jugaklah untuk baju berlining... dalam rm120 ke atas jugak. ketar pala lutut nak bayar upah mahal2.

lin pun ada merekemen tailor yang direkemen oleh kawan dia... di cam.pbe.ll. upah untuk sepasang baju kurung moden berlining murah... rm80 jer. dia pun belum try jahit gak, baru jer dia dapat info. tapi... tapi... banyak kali lin telefon asyiklah tak berangkat kakak tailor tu.

eh tety ada merekemen sorang lagi tailor yang dia biasa jahit. tapi memang giler jauhlah tailor ni. nun di su.ngai pet.ani sana. upah tailor sung.ai peta.ni ni sama dengan tailor di ca.mpb.ell iaitu rm80 sepasang. tapi... tapi... saya takde baju untuk dibuat ukuran untuk dipos ke sung.ai pet.ani. baju kurung biasa berlambaklah.

masalah2...

last2... saya hantar kain2 balik kampung jelah. buat baju kurung semua. hrmmm. buat masa sekarang saya dah ada 8 pasang kain... 3 chiffon, 4 kain biasa dan 1 batik indon hadiah dari adik ipar yang suka berjoli di jaka.rta

eh awak... ada tak kenal mana2 tailor yang buat baju kurung moden yang sedap dipakai tapi saya nak upah yang murah. memang masalah...

5 bulan bersamaan dengan 5 pasang



awal sekolah januari lepas 2 pasang jer beli. memang malas nak beli banyak2 pun.

kes pertama terjadi semasa hujan dengan lebatnya hingga membasahkan kasut anak teruna. kebetulan pulak anak teruna dengan rajinnya telah merendamkan kasut yang kotor dalam baldi. jadi takde stok kasut. nak tanak kena beli lagi sepasang. kalau maknya dulu... kasut yang basah tadi diletakkan belakang peti ais. jadi esok pagi nak pergi sekolah... kasut dah hampir2 keringlah.

kes kedua terjadi sebab salah kasut yang dibeli awal persekolahan tercabut magnet. jadi dah tak boleh nak pakai. anak teruna pulak merengek nak kasut baru. kebetulan kejadian berlaku selepas ujian bulanan... jadi kasut baru as a present untuk dialah.

kes ketiga baru berlaku selasa lepas. takde kejadian yang berlaku. cuma dah lama dia bercerita kawan dia ada kasut yang ada line hitam... laju ma kalau pakai kasut tu. ko ni nak, nak jadi pelari pecut ke pelajar sekolah. hasil rengekan dia... ayahnya dengan bermurah hati telah membeli kasut line hitam itu.


semoga tiada lagi kasut baru untuk tahun ini.

Wednesday, May 27, 2009

mengidam sambal gesek

mengidam bukan hanya untuk perempuan mengandung. perempuan berperut buncit yang seakan mengandung 4bulan biasa pun akan mengalami simptom mengidam jugak.

ni semua CY3.5 punya pasallah. nasib baiklah bahan2 untuk membuat sambal gesek resepi rahsia incik suami CY3.5 boleh dibeli di kedai runcit bawah rumah saya jer. kalau tak... meleleh air liur saya dibuatnya.

saya ubah suai sikit sambal gesek ini dengan tambah 2-3 ulas bawang merah hasil komen dari mamadhea.




komen saya... sambal gesek itu memang membuka selera.

dan inilah hasilnya

debaran demi debaran akhirnya terhasillah...

ini...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




woweerina : 'pinjam' gambar dari kc

Tuesday, May 26, 2009

Monday, May 25, 2009

dam dam dum bunyi mercun

yeay... walaupun raya lambat lagi akan memunculkan diri dan puasa ganti masih berbaki 2 hari lagi... tapi kain untuk buat baju raya mana boleh tunggu saat2 akhirkan.

dengan kata sepakat dari semua adik beradik... maka tahun ini kami akan bergong xi fa cai berhari raya dengan tema berwarna merah.


kain raya cik mek molek yang akan sedondon dengan dengan sepupu2 perempuan yang lain. insyaallah akan dijahit oleh yours truly. doakan semangat saya akan kuat membara.



kain saya yang kemungkinan besar akan bertukar di saat2 akhir. biasalah selagi belum sampai bulan puasa... kedai2 kain sekitar kl akan saya terjah lagi dan lagi dan lagi.

Saturday, May 23, 2009

ku lihat hijau

mama... hijau
abang... hijau
adik... hijau

papa... tema mom's day so papa tak boleh join. sian papa.

tanpa berlengah lagi...
esok kami akan serbu ka.jang.

Friday, May 22, 2009

i'm the lucky one

giler seronok saya tadi bila tiba2 dapat mesej from kc di ym.

KC: Congratulations my dear... you are the LUCKY one! "http://littlebigshots.wordpress.com"

sungguh bertuah saya rasanya. terima kasih kepada jari jemari amelyn yang mencabut nama saya.

di awang2an dah saya ni. mau tak gumbira sebab hadiahnya merupakan... "one mini studio session" with your kids...

ni lah entrynya... dan ini pulak entry cabutan bertuah.

rombongan cik kiah...

... datang lagi.

siap mimpi2 lagi malam tadi.

phewww...

Thursday, May 21, 2009

tahun 2020 pun belum tentu jumpa

cerita ini berkisar kepada An.gelina Jol.ie nak buang border yang berlingkar di tepi gambar2 yang dipost di dalam blog. bertanyalah Angel.ina Joli.e kepada JL.o, seorang programmer terhandal.

JL.o : ko cari hat ni .post img { padding:0px; border:5px solid $bordercolor; }
JL.o : buang bhgn border:5px solid $bordercolor;

An.gelina Jo.lie : ooo ok ada jumpa td
Angel.ine Jo.lie : nk edit tp x berani
An.gelina J.olie : eh naper x jumpa plak ni

banyak kali jugaklah An.gelina Jo.lie duk scroll up and down.

Angelin.a Jol.ie : adoiiii bodoh piang
Ang.elina J.olie : aku g tgk kt layout w*w**r*n*
Ange.lina Joli.e : sampai thn 2020 pn takkan jumpa

JL.o : hahahaha
JL.o : sib baik cepat sedar sebelum 2020 eh

kesimpulan yang dapat disimpul...

adakah Angelin.a Joli.e
a. bodo piang
b. mereng
c. ampeh tahap gaban
d. semua yang di atas

dan hantarkan kepada 32123

Wednesday, May 20, 2009

selamat ulangtahun sayang...

muah... muah... muah...


Tuesday, May 19, 2009

3rd batch

ini adalah sepupu sepapat untuk 3rd batch.

cik mek paling tua.


hafiy baru sambut 1st bday bulan april lepas.


armand bakal berparti buih bulan ni.


adam jer alang xde gambar terbaru. tapi dengar cerita makin dipam2 mamat kecik tu.

Monday, May 18, 2009

jumaat lepas

tanak terkocoh2 jumpa kawan2 during lunch hour... saya buat keputusan drastik untuk mengapply halfday leave.



meja belakang saya telah membuatkan si Yati meroyan. kejap tgk orang tu makan chicken wing dia nak makan. tgk mamat botak makan pizza... dia nak order jugak.



lepas ni kita 'menyetan' yer...




my smokey eyes tak nampaklah...




happy jer muka orang tu sebab dah dapat barang yang dia inginkan.




kalau nak kelihatan jelita dan ayu... selalulah seru mentera MJ "pis pis kacang pis"

walaupun tak cukup ahli... tapi keseronokan dan kekecohan masih terasa. tety jelah kesian sebab setalah tawaf berkali2 masih tak dapat memboloskan cik kellynya... last2 dia pulang kembali ke ofis dengan kehampaan. eh eh untuk mengubat kehampaan dia telah memboloskan diri dia ke nichii.

cari gambar pastu 'tepek'

si adik pink kesayangan telah mengetag saya.

1] The Rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below..
2] Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer..
3] After that tag 12 people... ok troskan menjawab... dengan kuasa mutlak yang ada di jari saya ini... dengan ini saya tidak akan mengetag sesiapa pun.

Q.1 : THE AGE OF YOUR NEXT BIRTHDAY.. tua sudah. actually belum sampai pun lagi. jauh lagi...



Q.2 : PLACE I LIKE TO TRAVEL THE MOST.. lepas baca novel aku anak timur masa sekolah menengah dulu. terus mengidam nak pergi.



Q.3 : MY FAVOURITE FOOD.. hari2 makan pun takde hal. sampai sekarang dah tahap muak yang amat.



Q.4 : NICKNAME THAT I HAVE.. cip pink (berkali2 upload... problem melanda).
Q.5 : MY FAV COLOR.. walaupun baju2 saya tak banyak colour biru pun.



Q.6 : THE CITY I LIVE NOW..



Q.7 : THE PLACE I WAS BORN



Q.8 : MY BAD HABIT.. agak 'tebolah'. (pun mengalami nasib yang sama. problem semasa upload gambar)

Q.9 : MY HOBBY.. nikmat sekali kalau dapat tidur.



Q.10 : My WISH.. nak ada duit banyak. hahaha. (problem lagi sekali...)

Thursday, May 14, 2009

dulu dan sekarang

dulu saya boleh riba dia, timang dia dan dukung dia.




sekarang... dia dah lawan tokey nampaknya.

jom bertukar kepada...


sample




barang : tudung ala2 aria.ni. (awning & body dari material yang sama = lycra)
harga : rm40 sehelai (tunai)
pick up point : kl.cc, a.mpang pa.rk, t.he we.ld, (dari pukul 12.30 - 1.30pm), l.rt station t.mn mela.ti (dari pukul 6 - 7pm)


woweerina : berminat, boleh email saya at intan.surina[at]gmail.com

Wednesday, May 13, 2009

apalah minah tu buat...



"tak lenguh jari ke minah ni... dari tadi lagi aku tengok duk ketak ketuk ketuk ketik. bukannya nak layan aku nyanyi twinkle2 little star pun"

jom menguli 'tepung'

model dah penat... so sahsiah diri kepala elephant pun tidak jelas kelihatan. elephant tu mama yang buat.



si abang buat tig.ger kawan si poo.h. tapi sekali tengok macam si pigl.et pulak.

mari mengenal binatang

ini pulak badak sumbu...





ciptaan ad.ib irf.an. sungguh kreatif 2 beradik ni. ntah dari manalah dorang dapat darah seni ni.

Tuesday, May 12, 2009

mom's day out

syamimi terkecuali.

makan2 sempena mother's day ahad lepas... kitorang pekena j.m be.riani di tes.co am.pang.


mama... ratu hati kami semua

anak perempuan sulung

anak perempuan ke 2

anak perempuan ke 3
anak perempuan bongsu

iki moush


agak2 bahasa apakah itu...
si baju merah yang buat. gentel2 jadi bulat dibantu oleh papa si baju merah. tapi idea untuk membuat kepala mickey mouse adalah imaginasi si baju merah.
teruja giler mama si baju merah dibuatnya.

Friday, May 08, 2009

warna apa pun tatau nak cakap


cik j ni memang jeles betul dengan saya... selalu jer datang jenguk saya. kalau datang tu bukan cepat2 nak balik... lama pulak tu dia hinggap. tension tau.

jari jemari tu pulak mesti nak buat pis pis kacang pis... sebab kalau tak buat rasa macam tak cun jer. layan jelah awak...

dah cukup kot





ada persamaan tak mata kami... paling sepet antara kami mestilah jatuh kepada incik suami. kadang2 saya terpaksa telek 2-3 kali kat dia... ingatkan tidur tapi sebenarnya tidak.

woweerina : selamat hari ibu

Thursday, May 07, 2009

walaupun muka mu tidak ku kenal

tatapi... lobang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku.

title dan entry langsung takde kena mengena. sangkut paut sikit2 pun jauh sekali.



sama seperti warna tudung dan warna baju. 3 tone colour tu. nasib baik tak jadi traffic light. tapi sebab itu tudung baru... seboleh2nya saya cuba berusaha bersungguh2 untuk membuatkan penglihatan saya nampak ia seperti senada seirama.

tapi... awning saya tak membulatkan.

i believe i can fly


terbang tinggi2...

Wednesday, May 06, 2009

sh.ah ru.kh kha.n pun minat dia


atuk s.hah ru.kh kha.n mintak izin dengan aku nak ambik gambar cik mek. jangan dia buat yang bukan2 dengan gambar tu sudah.

cik mek tu plak mentang2 bukan mak ayah dia yang pegang kamera... ok jer pandang kamera. tension jer tengok. kalau kita nak ambik gambar dia... manjang jer buat2 pandang tempat lain.

si abang pun join sekaki dengan cik mek mengabadikan gambar dalam kamera atuk sha.h r.ukh kh.an.

saya punya wallpaper

benda2 macam ni lah jiwa saya. wallpaper ini saya ambil dari rumah wanita yang berjiwa kreatif.

wallpaper anda macamana pulak...

Tuesday, May 05, 2009

 

Blog Template by YummyLolly.com