Pages

Thursday, April 20, 2006

Keboringan

Mati2 aku duk ingat hari ni hari Jumaat. Boring + takde kerja punya pasal. Dah ler sejuk giler kat ofis. Sampai otak pun jadi beku. Sebab tulah duk ingat besok dah boleh bangun lambat sebab 'besok' sabtu. Ntah macaman aku boleh ingat hari ni Jumaat dan besok dah Sabtu, padahal hari ni aku pakai baju kurung. Uwaaaaaaaaaa. Aku nak cuti...

Tetylah best.... doctor bagi dia 2 hari MC. Dia sakit mata. Syoknya kalau cuti... boleh guling2 kat rumah. Main2 ngan Adib Irfan. Tengok tv ler. Pendek kata memang bestlah kalau duk rumah.

Masa lunch tadi aku pergi Sogo. Plan asal nak pergi ambik voucher. Tapi ampeh.com punya Sogo. Aku cakap surat tak dapat (tipu sunat). Dia suruh tunggu gak lagi. So, mmg tak boleh ambik lagilah voucher. Geram.... Aku memang tak plan pun nak pergi Sogo hari ni. Kalau tak memang aku dah bawak siap2 surat suruh ambik voucher.

Hari masih muda... ingatkan nak pergi ronda2 kat arked. Manalah tau kot2 ada berkenan ngan kain ela kat sana. Tapi malaslah pulak. Takkan nak balik ofis sekarang. Buat rugi bayar tambang teksi jer. So, panjangkan langkah ke Reject Shop.

Huhuhuhu.... rambang mata aku tengok baju budak2 pompuan. Lawa giler. Bilalah aku nak ada anak pompuan ni. Dah ler cun melecun... harga pun murah2 jer. Dari skirt, seluar panjang, t-shirt, dress, sweater, romper, jumper, baju tido, baju tak tido.... ya Allah... rasa cam nak beli buat advance stok jer.

Tadi aku beli seluar panjang utk Adib Irfan. Boleh pakai utk tido... takpun pakai buat jogging. Ntah zaman bilalah mama n papa dia nak pergi jogging lagi. Tak kisahlah, janji harga murah dan cantik... cute... ada gambar snail, worm, spider n bug. Dapat gaji nanti aku nak beli sweater plak. 1 suit.


0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com