Pages

Thursday, April 13, 2006

Kali Pertama

Hari Selasa lepas masa cuti Maulidur Rasul kitorang telah berjaya pergi berjogging. Dah lama kitorang simpan angan2 nak pergi jogging. Akhirnya tercapai jugak hasrat. Kol 7pagi dah turun rumah menuju ke Taman Tasik Sri Gombak... tak sampai 5min perjalanan dari rumah. Adib Irfan pun teruja bila kita cakap nak pergi jogging.

Sampai jer kat sana... dah ramai orang tengah beriadah. Mula2 buat sesi regangan dulu. Mana boleh terus nak joggingkan. Kitorang round tasik 1 pusingan. Pastu naik tangga sampai tempat paling atas. Termengah2 aku & Adib Irfan. Pastu turun balik. Jogging lagi 1 pusingan. Aku dah tak larat. So, temankan Adib Irfan tgk ikan kat tasik... Nasrun jogging lagi 1 pusingan.

Dah bersiap nak balik... hujan turun. Pagi2 lagi dah hujan. Selalunya petang2 baru hujan. Singgah makan pagi kat kedai mamak. Aku makan roti telur, Nasrun dengan capati dan Adib Irfan makan 2 biji telur separuh masak.

Best gak sekali-sekala berjogging ni. Kena jadikan rutin mingguan ni. Ni tidak... pantang hari cuti, mesti nak bangun lambat. Terutamanya aku.

Awat aku rasa ayat2 aku ni ala2 ayat2 skema jer. Hrmmmm...


1 comments:

tety said...

dulu pogy sokmo g joging sapa tangga plg ats nuh, naik turun tangga.. masa dio ektip silat... :D

 

Blog Template by YummyLolly.com