Jumaat malam lepas jumpa G & co kat rumah Tety. Kitorang keluar makan roti canai. Lepas tu terus singgah Kat Klinik Mesra. Sebab dari malam tadi Adib Irfan selsema dan batuk2.
Adib Irfan kena sedut nebulizer utk kali kedua. Perut dia dah terangkat2 masa nk bernafas. Doctor cakap sebab dia jenis yang cool dan steady... tu dia masih boleh aktif ke sana sini.
Doctor panggil dia Adib Pipi Boyot. Doctor tanya sakit apa? Tak sakit... selsema & batuk jer. Oooo. Doctor suruh dia bukak baju nk cek ngan stetoskop... dia p bukak baju betul. Doctor pelik... Aikkk naper bukak baju. Aku pun cakap dah tadi doctor suruh dia bukak baju... dia pun bukak bajulah. Patut doctor cakap angkat baju. Adeiii... Tepuk dahi doctor dengan gelagat Adib Irfan. Betul2 mengikut arahan.
Monday, April 24, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
huhu siyan kt boy. kalo ler danial yg kena tuh... menjerit + meronta + bepeluh2 nk abiskan 1 dos tuh...
Post a Comment