Pages

Wednesday, April 26, 2006

Indon Mari

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati telah letih

aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahawa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

reff :
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang ku hela kau selalu ada

hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

repeat reff [2x]

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

------xxxx------

Lagu nyanyian Once (Dewa).
Lagu dari soundtrack filem Dealova.

------xxxx------

Lagu ni aku tujukan khas utk my hubby darling. Muahhh. I love you.


Tuesday, April 25, 2006

Kesian Betul

Farhan kena kejar anjing petang semalam. Farhan & Yasmin baru balik dari masjid pergi belajar mengaji Al-Quran. Ntah camana datang sekor anjing... kejar Farhan. Yasmin tak kena kejar pulak. Maybe dia tak lari. Farhan sorang jer yang anjing kejar. Dorang cakap anjing tu terlepas dari rumah sebab nampak ada rantai kat leher anjing tu. Siapalah tuan punya anjing tu. Nasib baik takde apa2 yang buruk berlaku. Bahaya betul.

Berlarilah si Farhan sambil campak beg yang dia pegang. Nasib baik jugak anjing tu tak kejar sampai ke rumah. Kalau tak tatau apa jadi. Sampai kat depan rumah pengasuh dorang... Farhan dah menggigil satu badan sambil nangis dan terkencing dalam seluar. Mau tak terkencing... kalau kucing oklah lagi... ni anjing yang memang kita tau memang binatang yang agak ganas. Kesian aku dengar Klong duk cerita. Lutut dia berdarah sebab masa dia nak berenti dia terjatuh. Dah ler petang semalam 1st time dorang pergi mengaji Al-Quran kat Masjid Sentul tu.

Aku bgtau Adib... Abang Farhan kena kejar anjing. Jahat tak anjing tu... darah tak Abang Farhan. Boy nak pergi rumah Mama Long... nak tengok Abang. Wah... begitu ambik berat lagi anak aku kat Abang Farhan dia.

Monday, April 24, 2006

Kali Kedua

Jumaat malam lepas jumpa G & co kat rumah Tety. Kitorang keluar makan roti canai. Lepas tu terus singgah Kat Klinik Mesra. Sebab dari malam tadi Adib Irfan selsema dan batuk2.

Adib Irfan kena sedut nebulizer utk kali kedua. Perut dia dah terangkat2 masa nk bernafas. Doctor cakap sebab dia jenis yang cool dan steady... tu dia masih boleh aktif ke sana sini.

Doctor panggil dia Adib Pipi Boyot. Doctor tanya sakit apa? Tak sakit... selsema & batuk jer. Oooo. Doctor suruh dia bukak baju nk cek ngan stetoskop... dia p bukak baju betul. Doctor pelik... Aikkk naper bukak baju. Aku pun cakap dah tadi doctor suruh dia bukak baju... dia pun bukak bajulah. Patut doctor cakap angkat baju. Adeiii... Tepuk dahi doctor dengan gelagat Adib Irfan. Betul2 mengikut arahan.

Friday, April 21, 2006

Kedai Serbaneka

Kejadian pukul 6.45pm
Dalam masa tak sampai 2min nak sampai rumah... depan simpang nak masuk rumah aku... sedang aku tengah nak membelok ke kanan... tiba2 datang motosikal dari arah belakang lintas kereta aku. Gedebuk... motor tu langar kereta aku. Berhenti kat tepi... belum sempat aku nak keluar kereta... budak tu cakap kemek sikit akak. Huhuhu. Awak tak nampak ke saya bagi signal nak masuk kanan. Budak tu salahkan aku plak. Akak tu lambat bagi signal. Aikkkk. Dari jauh saya dah bagi signal. Ni pun nasib baik saya elak... kemek ni sebab kena kaki kawan saya. Tu ko punya pasal ler... sapa suruh potong (aku cakap dlm hati).

Aku telefon Nasrun. Dia tanya aku banyak ke kemek. Aku cakaplah takdelah banyak sangat tapi kemeklah. Nak suruh saya buat apa ngan budak ni. Apa awak nak buat. Kalau akak nak suruh saya bayar... saya bayar jelah. Aku malas nak cakap banyak... takpelah. Tak payah bayar... suami saya cakap tak payah bayar. Eeiiii... geramnya aku bila Nasrun cakap sikit jekan... lepas jelah budak tu. Nasrun cakap... takpelah, kita buat baik kat orang... suatu hari nanti, insyaallah orang akan buat baik kat kita pulak. Ok..Oklah.

(Sikit jer yang kemeknya)

Kejadian pukul 7.05pm
Sampai kat parking... Adib Irfan sibuk nak keluar dari kereta. Cepat bukak pintu mama. Boy nak tengok ada pecah tak. Tak pecah... kereta kita kemek jer. Dia keluar jer kereta terus pergi check lampu kereta. Tak pecah ek ma. Mamakan dah cakap tadi tak pecah. Kemek jer sambil tunjuk tempat yang kemek. Ooooo.

(Air bandung lg buat berselera makan...)

Kejadian pukul 7.10pm
Pastu singgah kedai runcit... beli daun kari dan cili merah. Jap lagi aku nak masak daging masak kicap, ayam goreng dan goreng sayur.

(Macam pakai sepit rambutkan..)
Kejadian pukul 8pm
Aku tgh sembahyang maghrib (terlewat sembahyang)... tiba2 dengar bunyi gedebuk... pastu diikuti laungan yang sungguh kuat dari Adib Irfan kat ruang tamu. Dah tak khusyuk dah aku sembahyang. Dia datang peluk aku sambil menangis2. Mesti dia sakit giler. Kalau tak dia tak meraung kuat camtu.

Sebab tau aku tengah sembahyang, dia naik baring atas katil. Dah siap sembahyang... aku tgk dia. Masa tu masih menangis tapi dah slow skitlah. Tiba2 aku terpandang darah kat pipi dia. Lemah longlai aku dibuatnya. Terus riba dia... cek kat mana sebenarnya luka. Kat kepala atas sikit dari telinga. Aku ketuk pintu toilet sambil suruh Nasrun keluar cepat.

Ambik wet tissue lap2 darah. Nasrun cakap sikit jer... ambik minyak sapu kat tempat luka. Pedih2... Adib Irfan tanak sapu minyak. Nasrun cakap lepas sapu minyak kita letak plaster. Terus OK. Plaster bagi Adib Irfan, penawar atau ubat segala benda. Dia terkena bucu rak tv masa dia melompat turun dari meja dan terpijak buku. Nasib baik tak kena mata... Alhamdulillah.

Thursday, April 20, 2006

Keboringan

Mati2 aku duk ingat hari ni hari Jumaat. Boring + takde kerja punya pasal. Dah ler sejuk giler kat ofis. Sampai otak pun jadi beku. Sebab tulah duk ingat besok dah boleh bangun lambat sebab 'besok' sabtu. Ntah macaman aku boleh ingat hari ni Jumaat dan besok dah Sabtu, padahal hari ni aku pakai baju kurung. Uwaaaaaaaaaa. Aku nak cuti...

Tetylah best.... doctor bagi dia 2 hari MC. Dia sakit mata. Syoknya kalau cuti... boleh guling2 kat rumah. Main2 ngan Adib Irfan. Tengok tv ler. Pendek kata memang bestlah kalau duk rumah.

Masa lunch tadi aku pergi Sogo. Plan asal nak pergi ambik voucher. Tapi ampeh.com punya Sogo. Aku cakap surat tak dapat (tipu sunat). Dia suruh tunggu gak lagi. So, mmg tak boleh ambik lagilah voucher. Geram.... Aku memang tak plan pun nak pergi Sogo hari ni. Kalau tak memang aku dah bawak siap2 surat suruh ambik voucher.

Hari masih muda... ingatkan nak pergi ronda2 kat arked. Manalah tau kot2 ada berkenan ngan kain ela kat sana. Tapi malaslah pulak. Takkan nak balik ofis sekarang. Buat rugi bayar tambang teksi jer. So, panjangkan langkah ke Reject Shop.

Huhuhuhu.... rambang mata aku tengok baju budak2 pompuan. Lawa giler. Bilalah aku nak ada anak pompuan ni. Dah ler cun melecun... harga pun murah2 jer. Dari skirt, seluar panjang, t-shirt, dress, sweater, romper, jumper, baju tido, baju tak tido.... ya Allah... rasa cam nak beli buat advance stok jer.

Tadi aku beli seluar panjang utk Adib Irfan. Boleh pakai utk tido... takpun pakai buat jogging. Ntah zaman bilalah mama n papa dia nak pergi jogging lagi. Tak kisahlah, janji harga murah dan cantik... cute... ada gambar snail, worm, spider n bug. Dapat gaji nanti aku nak beli sweater plak. 1 suit.


Wednesday, April 19, 2006

Moh Kita Bayar Cukai

Musim isi form income tax tiba lagi. Aku seperti tahun2 sudah... antara orang yang suka buat kerja last minute. Pagi tadi dengan semangat berkobar2 aku masuk website LHDN... print borang BE. Nasrun pun baru semalam dapat EA Form dari ofis lama.

Aku rasa cam tanak hantar form ni by postlah... nak try pakai e-Filing. Tapi nak kena antar email dulu kat LHDN mintak slip sijil digital. Ada 2-3 cara nak dapatkan slip sijil digital ni... kalau rajin dan ada masa boleh pergi sendiri kat mana2 kaunter LHDN yang berdekatan. Tapi kalau malas dan nak jimat masa... boleh hantar surat, fax atau email jer kat mana2 cawangan LHDN.

Selamat mengisi dan menghantar Borang BE.

Tuesday, April 18, 2006

Layan

Kalau dengan Papa, nak...

...makan keropok dengan kicap... boleh
...minum air coke... boleh
...makan gula2... boleh
...tukar baju banyak2 kali... boleh
...mandi sendiri... boleh
...lompat2 atas perut papa... boleh
...minum susu pekat manis... boleh
...dukung dari kaki jejak mall sampai balik... boleh
...minum susu setengah jam sekali... boleh
...pakai baju lengan panjang masa matahari tegak atas pala... boleh
...nak tgk cerita kartun time papa duk tgh syok tgk cerita papa... boleh

pendek kata kalau dengan papa... semuanya papa akan layannnn.

Friday, April 14, 2006

Pagi Buta

* Adib Irfan kena tinggal kat Sentul... rumah Klong.
* K.Nik @ Ibu balik kampung... ayah dia masuk hospital.
* Pukul 5.45am lagi aku dah bangun dan mandi. Awal giler.
* Suruh Nasrun hantar sebab aku malas nak bawak kereta. Alasan.
* Mama & Baby Ayah Su dah sampai kat KL.
* Dorang sampai pukul 5am tadi.
* Aku breakfast ngan nasi lemak Mak Anjang.
* Dah lama tak makan. Nikmat rasanya.
* Bangle silver yang tulis nama ADIB pun dah siap.
* Baju kurung kaler biru aku, KNa dah siapkan.
* Minggu depan boleh pakai baju barulah.
* Mintak Klong hantar kat stesen LRT Sentul.
* Pukul 8.15am baru turun rumah.
* Naik LRT Star pastu tukar naik Monorail.
* Singgah beli sup.
* Nak beli bihun sup perut dah kenyang.
* Sebelum 9 dah sampai ofis.
* Mata dah mengantuk.
* Gara2 baru pagi2 buta.


Thursday, April 13, 2006

Kali Pertama

Hari Selasa lepas masa cuti Maulidur Rasul kitorang telah berjaya pergi berjogging. Dah lama kitorang simpan angan2 nak pergi jogging. Akhirnya tercapai jugak hasrat. Kol 7pagi dah turun rumah menuju ke Taman Tasik Sri Gombak... tak sampai 5min perjalanan dari rumah. Adib Irfan pun teruja bila kita cakap nak pergi jogging.

Sampai jer kat sana... dah ramai orang tengah beriadah. Mula2 buat sesi regangan dulu. Mana boleh terus nak joggingkan. Kitorang round tasik 1 pusingan. Pastu naik tangga sampai tempat paling atas. Termengah2 aku & Adib Irfan. Pastu turun balik. Jogging lagi 1 pusingan. Aku dah tak larat. So, temankan Adib Irfan tgk ikan kat tasik... Nasrun jogging lagi 1 pusingan.

Dah bersiap nak balik... hujan turun. Pagi2 lagi dah hujan. Selalunya petang2 baru hujan. Singgah makan pagi kat kedai mamak. Aku makan roti telur, Nasrun dengan capati dan Adib Irfan makan 2 biji telur separuh masak.

Best gak sekali-sekala berjogging ni. Kena jadikan rutin mingguan ni. Ni tidak... pantang hari cuti, mesti nak bangun lambat. Terutamanya aku.

Awat aku rasa ayat2 aku ni ala2 ayat2 skema jer. Hrmmmm...


Monday, April 10, 2006

Takziah

Salam takziah dari aku sekeluarga utk Hanis dan Aji sekeluarga di atas pemergian mak mentua Hanis @ mak Aji pada hari Sabtu pukul 10mlm.

Al Fatihah.

Daging Dendeng


Bahan2
1kg Daging (tak kira daging import ke daging tempatan) (hiris nipis2)
3 biji Ubi Kentang
20 biji Cili Merah (A)
8 ulas Bawang Merah (B)
4 ulas Bawang Putih (C)
Halia (D)
3 labu Bawang Besar (E)
Marjerin
ABCD (dikisar)
Asam jawa (diambil air)
Jintan Manis
Gula


Cara2
Perap daging dengan jintan manis, gula dan aji (kalau tanak pakai pun takpe)
Panaskan marjerin
Masukkan daging
Goreng daging hingga kering
Masukkan kentang
Biar air kering
Masukkan bahan2 yang telah dikisar
Masak hingga kering
Masukkan air asam jawa

Kalau nak lg umphhhh... daging, kentang dan cili goreng asing2. Lepas bahan2 yang dikisar masak... barulah masukkan daging dan kentang bersama2.

Sup Kepala Ikan Kerapu

Bahan2 dan cara2 actually sama jer cam nak buat sup ayam n daging.

Bahan2
1 ketul kepala ikan kerapu (apa2 jenis ikan pun boleh) (basuh n rendam dengan air asam jawa)
Bawang Merah (hiris nipis)
Bawang Putih (hiris nipis)
Halia (ketuk)
Serai (ketuk)
Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
Jintan Manis
Ubi Kentang
1/2 peket Serbuk Sup
Sup Bunjut

Bahan2 utk Hiasan
Bawang Putih (hiris nipis)
Bawang Merah (hiris nipis)

Cara2
Rebus air dengan semua bahan2 di atas sehingga mendidih. Pastu baru masukkan kepala ikan. Biar sehingga masak. Masuk bahan2 perasa seperti gula dan garam secekup rasa. Sementara itu goreng bahan2 utk hiasan. Dah garing terus campak dalam sup yang tengah mendidih. Kacau skit. Pastu boleh dihidangkan.


Wednesday, April 05, 2006

Syoknya

Malam tadi aku tumpang Tety pegi melawat Hanis dan Adam Hafiz kat DSH. Nasrun tak join sebab dia nak keluar jumpa ngan kawan dia.

Cutenya Adam Hafiz. Putih merah gitu. Semakin berkobar2 aku nak preknen bila tengok baby cute miut ni. Tapi apa boleh buat belum ada rezeki lagi. Hanis pun aku nampak dah kurus skit padahal baru 2 hari bersalin.

Sempat gak bertemu mata ngan Mak Tok dan Tok Wan yang mana selama ni hanya tengok dalam gambar dan sebut jer. Abang Ajiq masuk2 jer... "Malu... malu"... nyorok belakang Mak Tok. Lawak jer. Dia dengan bangganya duk cakap nama dia ABANG.

Aku tanya dia sapa nama baby... dengan lancarnya dia cakap HAFIZ. Wahhh... bijak... bijak Abang Ajiq ni.

Bertambah geng... bertambah gamat bilik 215. Cam kat playground dorang buat. Main sorok2 belakang pintu ler... terpekik sana... terjerit sini. Nasib baik ler Adam Hafiz jenis tak kisah. Lena jer dia tido. Langsung tak terkejut ke apa.

Balik dari DSH sempat gak aku tengok 20min cerita Desperate Housewive. Tension cerita ni tayang kat 18TV. Kalau tayang kat Ch70 kan best... tertinggal hari ni boleh tengok ulangan di hari yang lain.

Monday, April 03, 2006

Fresh From 'Oven'

Hanis dah selamat melahirkan seorang putera pada pukul 12tghari tadi @ 3-April-2006 dengan berat 3.12kg. Seronok dengar berita gembira ini. Dah bertambah ahli keluarga. Mesti meriah nanti sebab dikelilingi oleh 2 orang putera. Agak2 apa ek nama adik Ajiq ni...????

Updated : Adam Hafiz nama adik Adam Haziq ni.



Hari Minggu

Hari Sabtu jer keluar g jalan2. Awal2 pagi dah bangun... bersemangat waja nak pegi Smart Kids Fair kat PWTC.

Pendapatan aku... tak baper syok ler pegi. Dah ler bukan main ramai lagi orang. Nak masuk Pesta Buku langsung x boleh masuk. Last2 Nasrun ajak balik. Ronda2 kejap kat The Mall... tu pun sebab parking kereta kat sana. Beli aiskrim kat McD sorang satu. Pastu turun makan kat food court The Mall. Berubah sakan The Mall sekarang. Dulu masa aku kerja kat ofis lama, Hatadi... selalu gak ler aku merayap kat sini. Boleh kata tiap2 bulan tu mesti ada datang sini.

On the way balik ingat nak singgah Giant... beli barang2 dapur. Tgk2 kat seat belakang... Adib Irfan dah tertido lepas pekena sebotol susu. Bangun awal sangat... tu mengantuk. Terus balik rumah.

Lepas isyak baru keluar pegi Giant. Kat Giant pun bukan main ramai orang. Sebelum masuk Giant... dinner kat food court dulu. Banyak betul Adib Irfan makan yong tau fu. Dia sendiri yang pilih nk mkn apa... dia hanya nak isi ketam yang pjg (3 ketul) dan 2 ketul fishball. Licin dia makan.

Nasib baik sempat balik tengok Macam2 Aznil. Set lain dah MMA. Haikal pun dah digantikan dengan budak lain.

Ahad langsung tak keluar rumah. Laki aku jelah yang keluar beli breakfast (seperti biasa menu roti canai telur) dan malam pulak dia keluar gunting rambut. Petang tu plan nak pegi Jusco. Nak pegi ambik voucher RM30 dan beli tali skipping... tapi tak jadi. Adib Irfan p bantai tido dari kol 2.30pm sampai akol 6.30pm.

Gemuk giler dah aku rasa badan aku sekarang ni... sebab tu nk beli tali skipping tu. Tali yang lama Nasrun pegi bagi kat anak K.Nik. Tak boleh jadi.... kena buat sesuatu sebelum kegemukan semakin bertambah2.


 

Blog Template by YummyLolly.com