Pages

Saturday, November 29, 2008

Mari sembahyang

Kita sembahyang dia pun sibuk nak sembahyang jugak.
Sejadah kecik dah ada...
Nanti kena cari telekung sembahyang pulak untuk dia.
Melentur buluh biar dari rebungkan...

Friday, November 28, 2008

Saya rindu sama...

... anak teruna saya.







Pagi tadi dia dah dapat jaket dan jam Ben 10. "Terima kasih Mama" dia cakap.

Thursday, November 27, 2008

Alhamdulillah semuanya selamat

Tempat kejadian : Sungai Wang Plaza
Masa kejadian : +/- 3.45pm
Mangsa kejadian : Sya.mi.mi
Kes kejadian : Curi dan c**ul
Kejadian :
Semasa Sya.mi.mi sedang memilih barang di salah sebuah kedai di dalam Sungai Wang Plaza dia didatangi seorang lelaki melayu dalam lingkungan 40an, berkemeja biru lengan panjang, seluar panjang berwarna hitam/biru gelap dan berkaca mata bingkai hitam. Lelaki itu bertanya adakah sebelum ini dia ada masuk ke kedai pakaian. Dia berkata "ada kot". Lelaki itu cakap "Saya syaki awak mencuri barang di kedai saya. Sila ikut saya ke kedai untuk diperiksa". Semasa berjalan lelaki ini ada menelefon (atau pura2 telefon) majikan tempat dia kerja. "Saya dah dapat suspek. Umur 21thn, pakai seluar jeans dan tshirt pink".

Lelaki itu membawa dia berlegar2 di tingkat 1 itu sebanyak 2kali. Lelaki itu meminta handbag dan paperbag yang dibawa oleh dia untuk diperiksa. Apalagi aktiviti menCURI pun berlakulah. Nasib baiklah takde banyak sangat cash yang dibawa oleh Sya.mi.mi sebab dah ramai orang dia tanya kedudukan ATM machine tapi tak jugak dia jumpa.

Dan akhirnya lelaki itu membawa dia ke tangga kecemasan. Pelik jugak Sya.mi.mi sebab dia ikut lelaki jer lelaki itu. Adakah dia dipukau ek... Wallahuallam. Semasa di tangga kecemasan lelaki itu memasukkan handphone Sya.mi.mi ke dalam poket seluar lelaki itu. "Pasal awak ambik handphone saya". "Saya takut awak cuba hubungi siapa2". Semasa menaiki tangga ke tingkat 4 itu jugak, lelaki tersebut memegang pung.gung dengan alasan untuk memeriksa samada barang yang dicuri disembunyikan di dalam poket belakang.

Sampai di tingkat 4... tiba2 "Alah... handbag awak jatuh pulak". "Pergi ambik". Sya.mi.mi yang ingin melarikan diri dari lelaki itu terus turun hingga ke tingkat 1 untuk mengambil handbag. Dalam hati dia hanya nak lepaskan diri dari lelaki itu jer. Tapi tiba2 dia teringat handphone dia masih ada dengan lelaki itu. Dengan berat hati dia pun naik balik hingga tingkat 4. Handphone pemberian teman tapi mesra yang belum pun berusia sebulan. Tapi takpe handphone boleh beli lagi.

Sampai2 di tingkat 4... tinggal hanya bayang2 jelah. Kalau dia kentut pun bau kentut pun mungkin dah hilang.

Terus Sya.mi.mi keluar ke foodcourt (tingkat 4) sambil mencari2 kelibat lelaki terbabit. Dia dah tatau nak buat apa. Tiba2 dia ternampak polis bantuan sedang berlegar di kawasan itu dan terus pergi dapatkan polis bantuan dan bagitau apa yang berlaku. Dengan bantuan polis bantuan itu dia dibawa ke Control Room Sungai Wang Plaza untuk diambil keterangan dan melihat rakaman CCTV. Dapatlah 3kpg gambar yang berjaya diambil oleh CCTV itu.

Report Polis pulak...

Prosedur untuk buat report polis ni pun banyak hal gakkan. Dah ler tak pernah buat police report pun. Jejak kaki ke balai polis pun 1st time.

Mula2 kami buat report di Balai Polis Dang Wangi. Dah ler aku ingat Balai Polis Dang Wangi kat tepi Campbell. Rupa2nya dah lama pindah dekat Jln Sultan Ismail ke Jalan apa ntah yang nak menghala ke Kg Baru. Ingatkan dah selesai dengan polis. Adoiii. Belum rupanya. Kena buat report lagi sekali di IPD Dang Wangi, Jalan Stadium. Kali ini siasatan lanjut oleh pegawai polis di Bahagian Jenayah. Sya.mi.mi pulak tak dapat nak ingat rupa lelaki itu. Kalau tak proses lakaran wajah turut dijalankan. Dekat pukul 12 jugaklah kitorang (aku, Te.ty & Sya.mi.mi) balik rumah.

Syamimi sedang disoalsiasat oleh Pegawai Penyiasat Jenayah

Kalau dulu hanya dengar di TV, tengok cerita, baca suratkhabar, email jer tentang kes2 jenayah. Kali ini terjadi ke atas adik sendiri pulak. Ya Allah tatau nak cakap apa2. Tapi syukur Alhamdulillah dia selamat... tak diapa2kan oleh lelaki bahalol itu. Aku harap dia akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya. Tak di dunia di akhirat nanti.

Kawan-kawan di luar sana... sama2lah kita ambil iktibar di atas kejadian ini. Ingat mengingati sesama kita. Kes ini merupakan salah satu modus operation golongon2 jahat yang di luar sana. Berhati2lah...

Wednesday, November 26, 2008

Sendirian Berhad

Lepas balik dari raya aritu... Auni Damia dah tanak duduk dalam carseat. Mula2 tension gak sebab aku kurang confident nak bawak kereta kalau dia tak duk dalam carseat. Tapi lama kelamaan dah ok skit sebab dia pun dah agak stabil untuk duduk or berdiri. Cuma dia tak dibenarkan berdiri atas seat jelah. Seriau aku dibuatnya. Yelah buatnya aku brake secara tiba2... tak ke bahaya. Tapi budak tetap budak. Ada masa dia berdiri jugak.

Nasib baiklah rumah dengan nursery tak jauh sangat. Dalam tak jauh pun adalah 16km gak. Jalan yang aku lalu bukan highwaylah. Jalan biasa. Kalau highway lagilah aku tension sebab tak boleh nk memecutkan. Hahaha. Takdelah... saya bukan minah pecut pun.


Gambar kat atas ni pagi tadi punya cerita. Selalunya dia baring jer. Pagi td nak letakkan dia dalam kereta tiba2 dia terjaga... terus duduk. Suruh dia baring tanak. Sekali toleh ke belakang masa berhenti traffic light merah... ler dah tido rupanya. Cute jer tengok. Macam budak besar.

Tuesday, November 25, 2008

Wah...!!!

Kejadian berlaku di malam Khamis.
Jeng... jeng... jeng...

"Mama ni gediklah".
Dari mana dia dengar perkataan tu pun saya kurang pasti. Tapi pandai pulak dia gunakan perkataan 'gedik' itu.
Ni semua berpunca dari saya yang over excited tengok TARA Finale on 20Nov lepaslah ni. Lebih2 masa team Geoff & Tish dan Vince & Sam duk mengorek pasir untuk cari kotak harta karun dan dorang berlarian sambil bawak kotak untuk pergi jumpa Allan. Bersorak2 saya dibuatnya.
Agak tension jugak Ida & Tania tak dapat 1st place. Gara2 kecundang dapat flight ke Phuket. Tapi overall TARA kali ini memang task dia mencabar giler. Tak sabar saya nak tunggu TARA Seasons 4 pulak.

Monday, November 24, 2008

Kau Tercipta Untukku

"ku ingin kau tau... kuslalu milikmu... yang mencintaimu... sepanjang hidupku..."

Kalaulah tok laki saya tujukan bait2 lagu ini untuk saya.... perghhh. Tak terucap dengan kata2 perasaan saya. Tapi yang pasti segala perkataan yang berkaitan dengan syukur, gembira, teruja, terharu... boleh menggambarkannya.

Tangkap leleh saya dibuatnya.

Tiba2... keluar sesuatu dari belakang saya. Semakin ia membesar dan membesar. Oh rupanya sayap.... membolehkan saya terbang diawang-awangan sambil mendengar alunan dari lirik2 lagu Ungu itu.

Syoknya mengelamun.


Benar kata2 tentang... biarkan diri kita dicintai dari kita mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati kita... lebih2 lagi kita yang bernama WANITA.

Sunday, November 23, 2008

Impak Maksima

"Auni kena konar kepala kalau nak makan kopok ni..."
"Buat macam ni".
Korang kalau rasa keropok lekor yang korang nak makan tu keras... bolehlah try 'cornerkan kepala' korang. Mudah2an korang dapat menikmati kelazatan keropok lekor itu dengan nikmat sekali.

Saturday, November 22, 2008

Abang oh Abang

Mama doang pantang betul kalau perangai doang dalam kereta macam kat playground. Nak bawak kereta pun tak aman tenteram. Mulalah mama doang nak bertukar jadi Satria Baja Hitam (adakan cerita ni zaman2 dulu kala).


"Abang dah duduk elok2... Auni jer tanak duk diam... dia duk kangkung"

Friday, November 21, 2008

Banyak ragam

Mahu hilang sabar betullah dengan anak perempuan saya ni.
Perangai manja dia makin menjadi2.
Nasib baiklah ada tok laki saya untuk menyedarkan saya dari terus menjadi ibu harimau.

Peel nak masuk umur 2tahun kot.

Thursday, November 20, 2008

Bila saya rajin...

... saya akan masak untuk makan malam keluarga saya.
Lauk pauk yang terdaya saya masak kalau hari bekerja adalah 2.
Tapi bila saya terlebih rajin... 3 lauk akan terhidang.
Itu dikira maximumlah.
Masak pelbagai jenis lauk pun bukan habis semua pun (baca : saya bukanlah pandai masak sgt pun)
Sini sikit cubit, sana sikit sentuh.
Last2 masuk peti ais dan tunggu untuk dipanaskan keesokan harinya.
Itupun kalau teringat dan kerajinan masih menebal dalam diri saya.
Kalau tak... masuklah saki baki lauk pauk itu ke dalam bakul sampah.
Sungguh membazirkan.


Ini lauk pauk kami malam tadi. Jom kita berkenalan dengan lauk pauk saya. Kita bermula ikut putaran jam. Ikan selar goreng yang digoreng rangup (requested by tok laki saya), kacang buncis digoreng dengan telur (penemuan terbaru saya), daging masak kicap (salah satu lauk yang saya suka masak), daging goreng blackpepper (sumbangan adik ipar saya), nasi beras siam dan kat tengah2 sup daging (juga sumbangan dari adik ipar saya).

Tuesday, November 18, 2008

Budak 'Jepun'



Anak siapalah ni...

"Watashi no namae ha Akane Nakamura desu".

Monday, November 17, 2008

Lagi dekat

Kalau Auni Damia lagi 61 hari.
Abangnya pulak dalam masa 26 hari jer lagi.
Baru jer genap umur 6tahun... lagi 2-3minggu dah nak masuk darjah 1.

Cam tak percaya jer kadang2.
Rasa macam baru jer habis darjah 6.
Over tau...
Tiba2 dah ada anak umur 7tahun.

Tik tok tik tok jer masa berlalu.
Semoga hari2 kita semua dipenuhi dengan sesuatu yang bermanfaat.
Dan paling penting setiap detik kita hidup ini dirahmati oleh Allah SWT.

61 hari

Tajuk H A R I lagi...

Yer... lagi 61 hari Auni Damia bakal bergelar budak umur 2 tahun.
Macam biasa... rasa sekejap jer masa berjalan.
Rasa macam baru jer buat birthday party untuk dia.
Tahun ni kalau buat lagi best gak...

Takdelah.

Sekali sorang jelah buat party secara besar2an.
Tiap2 tahun buat nanti tak pasal2 aku kena perli ngan Pak Aji.
Muahahaha.



"Birthday shout to Haziq Danial... Happy 5th Birthday si jambu Danial."

Hari-Hari Mau Baru

Gambar hiasan : Baju raya Auni damia yang lepas.

Syokkan kalau setiap hari saya dapat pakai baju baru.
Ohhh gembiranya rasa.
Takdelah hari2 saya nak kena termenung depan almari.
Untuk pilih baju nak dipakai.


Sunday, November 16, 2008

M A L A S

Saya malas nak masak.
Saya malas nak lipat kain.
Saya malas nak vakum lantai.
Saya malas nak mop lantai.
Saya malas nak kemas rumah.
Saya malas nak gosok baju.
Saya malas susun kain yang dah lipat.

Besok Isnin.
Saya malas nak pergi kerja.

Pendek kata saya M A L A S semuanya.
Aci tak...

Friday, November 14, 2008

Cuti Sekolah

Hari ni last day sekolah untuk sesi 2008.
Besok dah start cuti.
Cuti sekolah budak2lah seronok.
Saya pun tumpang seronok jugak.
Sebab tak payah nak terkejar2 nak siapkan Adib Irfan.
Jadi bolehlah saya berlenggang mak limah sikit.

Insyaallah kalau takde aral melintang.
Adib Irfan akan balik kampung.
Hantar dia tuisyen kat sana.
23Nov kelas bermula.

Mudah2an cuti sekolah kali ni dapat digunakan dengan sebaik mungkinlah. Sebab tahun depan Adib Irfan akan melangkahkan kaki ke alam sekolah kebangsaan. Huhuhu. Cepatnya masa berlalu.

Abang dan Adik

Si adik pantang jumpa sikat... teruslah jadi hairdresser.





Thursday, November 13, 2008

Anak Dara Saya

Sedang saya mandi... tiba2... "Mama, tengok anak mama ni".
Apa lagilah yang dibuat oleh 'anak mama' tu.
Tapi saya macam boleh agak jer apa yang dibuat oleh anak dara saya itu.
Kan betul apa yang saya agak.

Inilah hasilnya.

Wednesday, November 12, 2008

Rongak

Malam tadi...
Gigi yang bergoyang dah berjaya dicabut.

"Tak sakit pun".
"Doktor spray... sejuk jer Boy rasa".
"Doktor cakap... adik, tutup mata".

"Cabut kat rumah pun boleh ni".

RM10 jer doktor tu caj. Murah giler.

Tok laki cakap... doktor tu langsung tak tunjuk 'spanar' kat Adib. Pembantu doktor tu pun bagi 'spanar' tu secara sembunyi kat doktor. Maybe doang tanak kasi kezutan kat budak2 kot.

Kira berani jugaklah Adib Irfan. So takdelah dia phobia dengan KLINIK GIGI dan DOKTOR GIGI.

Bertandanglah pulak

Kali ini ke Kuala Kubu Bharulah kita.
Nasib baik dekat.
Tak payah ler nak ambik cuti.
Al maklum cuti dah habis licin.

Tuesday, November 11, 2008

First Time

Pagi tadi... time nak berus gigi Adib Irfan... aku perasan ada benda putih kat belakang gigi dia. Cek2... ayoyo... ada gigi tumbuh. Camana leh jadi camni. Rupanya ada gigi yang dah bergoyang...

Habislah berkeliaran gigi tumbuh nanti. Gigi susu dia memang tersusun rapi. Tiba gigi betul... berkeliaran.

Petang ni kena bawak jumpa dentist... cabut gigi yang tengah bergoyang tu. Tatau camanalah nanti. Meraung ke... cool ke... kita tengoklah nanti.


Friday, November 07, 2008

Yummy

Tolak kayu dan batu jelah kot... yang lain semua dia bedal
Kalau boleh setiap masa dan setiap detik dia nak makan.
Mengunyah jer kerja budak ni.
Susu pun kalau ikutkan dia... habis sebotol sebotol dia nak.
Manalah perut awak tak memboyot...

Thursday, November 06, 2008

Makan Beradap

1st time berkolaborasi dengan 'Chef Zan' buat lauk special untuk letak atas meja makan beradap pengantin. Mama aku kalau bab2 camni memang dia 'naik seh' sikit. Tak larat ke sakit ke tolak ke tepi dulu. Tu pun nasib baik buat 2 lauk jer. Ikan siakap sweet & sour dan udang goreng tepung dan tak lupa buah2an.

Tu pun sebab last minute MIL aku buat decision nak buat meja pengantin. Pukul 9.30am baru bergegas pergi pasar... Pukul 12pm rombongan pihak pengantin akan sampai. Mau tak buat keje cam lipas kudung.

Aku pun tunjuk kekreatifan aku buat cili dan tomato jadi bentuk bunga. Main2 imagine seniri jelah dan juga tunjuk ajar dari 'Chef Zan'.

Sarung kerusi tu pulak pinjam dari 'adik angkat' mama. Ada riben kaler hijau belah belakang tu. Cantik. Ala2 kerusi hotellah.

Wednesday, November 05, 2008

Bekas Pengantin Baru

Mama & papa pun tanak lepaskan peluang jugak.


Raja dan Ratu Sehari

Beria dorang nak 'bersanding' jugak...

Monday, November 03, 2008

Selamat Pengantin Baru

Dengan sekali lafaz... sahlah Razif dan Mimi jadi pasangan suami isteri.
Semoga kebahagian rumahtangga doang berdua akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan cepat2 beranak. Hehehe.
Batal air sembahyang dengan seutas gelang emas.

Saya pakai tudung 'Ariani'. Kaler baju dan kaler tudung x sedondon. Tapi disebabkan baju baru & tudung baru... kaler sipi2 pun saya hentam keromo jelah pakai.
Si pengantin request nak set bilik tidur kaler putih/silver... alih2 mak andam syok sendiri. Dihiasnya dengan kaler kuning keemasan.



bersambung...

 

Blog Template by YummyLolly.com