Pages

Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Thursday, November 27, 2008

Alhamdulillah semuanya selamat

Tempat kejadian : Sungai Wang Plaza
Masa kejadian : +/- 3.45pm
Mangsa kejadian : Sya.mi.mi
Kes kejadian : Curi dan c**ul
Kejadian :
Semasa Sya.mi.mi sedang memilih barang di salah sebuah kedai di dalam Sungai Wang Plaza dia didatangi seorang lelaki melayu dalam lingkungan 40an, berkemeja biru lengan panjang, seluar panjang berwarna hitam/biru gelap dan berkaca mata bingkai hitam. Lelaki itu bertanya adakah sebelum ini dia ada masuk ke kedai pakaian. Dia berkata "ada kot". Lelaki itu cakap "Saya syaki awak mencuri barang di kedai saya. Sila ikut saya ke kedai untuk diperiksa". Semasa berjalan lelaki ini ada menelefon (atau pura2 telefon) majikan tempat dia kerja. "Saya dah dapat suspek. Umur 21thn, pakai seluar jeans dan tshirt pink".

Lelaki itu membawa dia berlegar2 di tingkat 1 itu sebanyak 2kali. Lelaki itu meminta handbag dan paperbag yang dibawa oleh dia untuk diperiksa. Apalagi aktiviti menCURI pun berlakulah. Nasib baiklah takde banyak sangat cash yang dibawa oleh Sya.mi.mi sebab dah ramai orang dia tanya kedudukan ATM machine tapi tak jugak dia jumpa.

Dan akhirnya lelaki itu membawa dia ke tangga kecemasan. Pelik jugak Sya.mi.mi sebab dia ikut lelaki jer lelaki itu. Adakah dia dipukau ek... Wallahuallam. Semasa di tangga kecemasan lelaki itu memasukkan handphone Sya.mi.mi ke dalam poket seluar lelaki itu. "Pasal awak ambik handphone saya". "Saya takut awak cuba hubungi siapa2". Semasa menaiki tangga ke tingkat 4 itu jugak, lelaki tersebut memegang pung.gung dengan alasan untuk memeriksa samada barang yang dicuri disembunyikan di dalam poket belakang.

Sampai di tingkat 4... tiba2 "Alah... handbag awak jatuh pulak". "Pergi ambik". Sya.mi.mi yang ingin melarikan diri dari lelaki itu terus turun hingga ke tingkat 1 untuk mengambil handbag. Dalam hati dia hanya nak lepaskan diri dari lelaki itu jer. Tapi tiba2 dia teringat handphone dia masih ada dengan lelaki itu. Dengan berat hati dia pun naik balik hingga tingkat 4. Handphone pemberian teman tapi mesra yang belum pun berusia sebulan. Tapi takpe handphone boleh beli lagi.

Sampai2 di tingkat 4... tinggal hanya bayang2 jelah. Kalau dia kentut pun bau kentut pun mungkin dah hilang.

Terus Sya.mi.mi keluar ke foodcourt (tingkat 4) sambil mencari2 kelibat lelaki terbabit. Dia dah tatau nak buat apa. Tiba2 dia ternampak polis bantuan sedang berlegar di kawasan itu dan terus pergi dapatkan polis bantuan dan bagitau apa yang berlaku. Dengan bantuan polis bantuan itu dia dibawa ke Control Room Sungai Wang Plaza untuk diambil keterangan dan melihat rakaman CCTV. Dapatlah 3kpg gambar yang berjaya diambil oleh CCTV itu.

Report Polis pulak...

Prosedur untuk buat report polis ni pun banyak hal gakkan. Dah ler tak pernah buat police report pun. Jejak kaki ke balai polis pun 1st time.

Mula2 kami buat report di Balai Polis Dang Wangi. Dah ler aku ingat Balai Polis Dang Wangi kat tepi Campbell. Rupa2nya dah lama pindah dekat Jln Sultan Ismail ke Jalan apa ntah yang nak menghala ke Kg Baru. Ingatkan dah selesai dengan polis. Adoiii. Belum rupanya. Kena buat report lagi sekali di IPD Dang Wangi, Jalan Stadium. Kali ini siasatan lanjut oleh pegawai polis di Bahagian Jenayah. Sya.mi.mi pulak tak dapat nak ingat rupa lelaki itu. Kalau tak proses lakaran wajah turut dijalankan. Dekat pukul 12 jugaklah kitorang (aku, Te.ty & Sya.mi.mi) balik rumah.

Syamimi sedang disoalsiasat oleh Pegawai Penyiasat Jenayah

Kalau dulu hanya dengar di TV, tengok cerita, baca suratkhabar, email jer tentang kes2 jenayah. Kali ini terjadi ke atas adik sendiri pulak. Ya Allah tatau nak cakap apa2. Tapi syukur Alhamdulillah dia selamat... tak diapa2kan oleh lelaki bahalol itu. Aku harap dia akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya. Tak di dunia di akhirat nanti.

Kawan-kawan di luar sana... sama2lah kita ambil iktibar di atas kejadian ini. Ingat mengingati sesama kita. Kes ini merupakan salah satu modus operation golongon2 jahat yang di luar sana. Berhati2lah...
 

Blog Template by YummyLolly.com