Pages

Wednesday, February 20, 2008

Melawat Kawasan

Ahad lepas... Adib Irfan tuntut janji dengan papa. Manusia berpegang pada janjikan. Semua benda dia nak suruh kita janji. Sebab mak bapak dia pun selalu suruh dia berjanji. Mana lagi kuah tak tumpah ke nasi...

Ke Zoo Negaralah kita 4 beranak ahad lepas. 1st round, jalan kaki meredah hutan belantara sambil singgah jenguk kandang2 yang ada ketikanya tak boleh tahan dengan baunya. Huhuhu. Cuba dalam kepala setkan bau sedap... bau wangi. Mesti lama2 bau yang tak menyenangkan itu bertukar jadi wangi. Reverse psikologi bak kata sang suami. Yolah tu.

1st binatang yang Auni Damia tengok zirafah. Ala2 muka jakun, kagum dan pelik dia tengok binatang berleher panjang itu. Dalam banyak2 binatang... monyet dan yang sewaktu dengannyalah yang dia suka tengok.

Adib Irfan sempat tunggang kuda padi 1 round sambil ditemani 2 orang cowboy. Dia dah tau itu apa ini apa... lagilah dia seronok. 1st time dia datang zoo masa dia umur setahun lebih kot.

2nd round hanya aku & Adib Irfan ronda keliling zoo naik train. Seronok tengok dia seronok. Sibuk dia nak bercerita kat kawan2 dan cikgu dia datang zoo.

Ntah bila akan melawat kawasan lagi.

p/s lupa ambik gambar dalam notebook. esoklah upload gambar.

2 comments:

kasutVincci said...

kv baru sekali je sampai zoo tu. Tunggu dina besar lh baru boleh jenjalan. Hik hik

- tety - said...

danial thn 2007 jek x smpt nk jejak kaki g zoo. kalo x mmg tiap2 thn masuk dlm xtvt tahunan melawat zoo tuh... huhu papa die mmg suka melayan anak teruna tgk binatang2 nih...

 

Blog Template by YummyLolly.com