Pages

Monday, December 22, 2008

Kembali Bersatu

Anak2 dah kembali ke pangkuan mak dan ayah.
Rutin harian si mak menguruskan anak2 kembali bermula.

Dah lama si mak dihantar dan diambil dari kerja oleh si ayah.
Terasa malas untuk berebut2 di pagi dan petang hari untuk naik LRT.

Oleh kerana hanya tinggal 4 hari waktu bekerja si mak di tahun 2008.
Si mak mengambil keputusan untuk memandu kereta sampai ke ofis.
Perjalanan dari rumah ke tempat kerja si mak sebenarnya taklah jauh.
Kalau waktu cuti sekolah dalam masa setengah jam si mak dah boleh sampai ke ofis.
Waktu biasa tak payah ceritalah dengan kesesakan lalulintasnya di kawasan Zoo Negara.

Tempat parking kerete merupakan satu masalah kalau si mak bawak kereta sampai ke ofis.
Kalau parking betul2 bawah bangunan tempat si mak bekerja dikenakan bayaran sebanyak RM8.
Depan ofis si mak pulak bayaran hanya RM5 tapi kalau terlambat sikit FULL ler jawabnya.

Tak lupa juga masalah yang dihadapi oleh si mak kalau pandu kereta ke ofis ialah di waktu petang.
Kalau time jem yang tak sedar diri... mau berjanggut ler nak keluar dari kawasan liputan ofis si mak.

Apa yang si mak merepek sampai jauh camni.

Yang sebenarnya si mak sangat gembira sebab anak2 dah berada di depan mata.
Tinggalkan anak2 kat kampung bukan sebab si mak saja suka2... tak rindu kat anak2... anak2 tak rindu kat si mak... tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan... si mak dan si ayah terpaksa redha.


5 comments:

KV said...

alahai..kembali sibuk ibu adib dan damia.

maya said...

ooo.. olala pasal ni ke?
ingatkan krismas ni balik.. dah balik awal rupenye.. :D

rina said...

kv : memang sibuk

maya : plan nk balik xmas tp lupa orientasi adib 28dec.

- tety - said...

aku & pogy sib baik, x yah byr parking keta + x de tol.. yg x best kena bwk keta sdiri2 g opis wpun opis aku & opis pogy dekat jek... :(

Rina said...

yelah sebab pogy tu kelawar. mana leh balik time matahari ada lagi. hahaha

 

Blog Template by YummyLolly.com