Pages

Friday, October 24, 2008

Aktiviti Adib Irfan di Nursery

- Cikgu sekolah akan hantar balik nursery.
- Mandi (dia tengah menghafal doa masuk bilik air)
- Makan tengahari.
- Tidur (kalau kat rumah memang jarang giler dia tido siang hari sebab duk ralit tengok tv. Aku dah buat peraturan hanya hari minggu dia boleh tengok cerita2 kartun dia kecuali Isnin malam... kasi kelonggoran untuk dia tgk "Pepaya". Aku rasa semua budak minat ngan superhero baru ni.)
- Bangun tido mandi lagi sekali. (cepat jer mandian habis. maklumlah mandi sendiri dengan kawan2... kat rumah pun, kalau dibiarkan mandi sendiri... separuh botol dia pakai untuk mandi. dia sabunkan badan dia, mainan dia dan kalau terlampau rajin dia sabunkan sekali bilik air).
- Minum petang. (selalu kalau tanya... manjang makan roti).
- Buat homework. Kadang2... tak semua homework dia habiskan kat sekolah. Sebab 'termain' dengan kawan2.
- Main2 sambil tunggu mama ambik.



Nota tambahan : Pagi tadi... belum pun nampak simpang nak masuk nursery... dah terdengar alunan suara dari Auni Damia. Start nangis dah. Adoiiiilah minah. Semalam jer awak ok yer. Arini buat perangai balik.

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com