Pages

Tuesday, October 14, 2008

Adib Irfan Bikin Konsert

Ahad lepas... berlangsunglah Konsert Akhir untuk Tadika Seri Indah Jaya di Dewan San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang dengan meriahnya.

Macam2 gelagat dan keletah kanak2 tadika dapat disaksikan. Konsert ini gabungan 3 buah tadika. Aku pun baru tau ada cawangan kat Sentul dan Jalan Ipoh. Walaupun persembahan yang agak berterabur tetapi ia sangatlah menghiburkan dan mencuit hati.

Pukul 2.30 pelajar2 dikehendaki mendaftarkan diri dengan cikgu masing2. Ni tengah tunggu masa nak beredar ke belakang pentas.


Sebelum konsert dimulakan... wakil pelajar dari 3 tadika diberi peluang untuk memberi sedikit ucapan penghargaan kepada cikgu dan ibu bapa serta berazam untuk menjadi pelajar yang bijak pandai dan bla...bla... Jangan tatau aku duk sebak tak hengat dengar budak2 ni duk beri ucapan. Poyo betul.... hahaha.

Persembahan yang dinantikan oleh aku... sudah semestinya persembahan dari Adib Irfan dan kawan2.

Seronok gilerlah dia dapat buat persembahan hero pujaan hati.

Tengoklah... tersengih2 jer dia.

Dikir barat ke apa ni boy...

Selesai sudah persembahan dari Spiderboy & Spidergirl.

Auni Damia plak layan tido masa abang dia buat persembahan. Lambat tunggu turn. Plak tu memang time dia tido. Bunyi bising ya amat pun dia tadak hal... syok jer tido.

Semua pelajar yang membuat persembahan sedang menyanyikan lagu apa ek... lupalah.

Majlis dah bersurai pun cik mek ni masih lena diulit mimpi.

3 comments:

iamja said...

oooo camnie citernya... hahahha.. enjoy sungguh adib irfan berkonsert. mmg camtula budak2 buat konsert. berterabur tapi layan aje kan. tgk anak naik stage rasa bangga siot.

maya said...

ahahaha..
comelnya adib.. dan aku juga kagum dengan damia.. senang betul ye!

rina said...

ja : mmg bangga giler. tu baru tadikakan... hahaha.

maya : apa yg kagum ngan damia. dia dh puas membuas... tanak duk kat kerusi. terpaksa ler papanya bwk dia kuar main2 kat luar. naik turun tangga. tu yg last2 tertido kepenatan.

 

Blog Template by YummyLolly.com