5.45 : alarm kat HP dah bunyi. tapi bukan aku punya. tok laki punya. bingitnya. bukan dia terjaga pun.
6.15 : barulah alarm aku bunyi. tu pun bukan terus bangun. guling2 dulu.
6.30 : barulah geliat kiri kanan turun katil. time2 camni tok laki dah keluar pergi keje. aku baru nak mandi. sembahyang.
6.50 : gosok baju, tudung & uniform sekolah adib irfan. baju & seluar kejo tok laki dah siap2 gosok. kadang2 stok untuk 2 minggu terus.
* kalau malam tak sidai kain. lepas gosok baju baru sidai kain.
7.15 : kejut adib irfan bangun. nasib baik agak senang nak kejut dia.
7.30 : sediakan bekal untuk adib irfan. air jer pun yang selalu aku bekalkan.
7.35 : sementara tunggu adib irfan minum susu segelas. aku siapkan beg baju doang yang nak bawak ke rumah babysitter.
7.50 : bergegas2 keluar rumah. adib irfan dengan beg sekolahnya. aku plak dengan handbag dan beg baju budak 2 org ni. kalau auni damia masih tidur dukung dia lagi.
* ada time kita duk sibuk2 nak keluar rumah... terhidu bau yang sungguh 'harum'. arghhh.
* kalau dia dah bangun. sibuk nak jalan sendiri. dah makan masa sikit. jumpa cleaner berhenti tegur & salam dulu. aisehh, cepatlah mek.
8.10 : sampai depan sekolah adib irfan. mr chong dah tunggu kat pagar sekolah.
* ada masa adib irfan nak akan nasi lemak. berhenti beli kat warung tepi simpang depan sekolah dia. aku pun tapau bihun goreng untuk aku dan nasi lemak untuk auni damia.
8.15 : sampai depan pintu rumah babysitter. seminggu dua ni auni damia buat drama. tanak ngan baby sitter. terpaksalah pujuk rayu dulu.
8.25 : berjalanlah aku macam robot ke stesen lrt. nasib agak baik 1st lrt yang sampai dah boleh naik. nasib kurang baik terpaksa tunggu 2-3 lrt baru boleh bolos masuk. servis lrt putra ni kureng sungguh.
b4 9 or 9.05 : sampai ofis. kedung kedeng buat keje... buat bodo...surf internet...buat bodo lagi dan lagi.
5.40 : cabutlah apalagi. aku antara orang terawal angkat kaki. sogan macik. tapi apa nak buat.
6.30 : sampai depan pintu rumah babysitter.
* kadang2 singgah beli apa2 yang patut kat klcc. jadi lambat sikitlah sampai rumah babysitter.
* bukak jer pintu, berlarian anak2. seronok tgk doang.
7.05 : sampai rumah.
* petang memang ambik masa yang lama sikit nak sampai rumah. jalan jem.
7.15 : masuk dapur. kelentang kelentung masak. simple2 jer aku masak. itu yang aku pandai pun.sambil2 tu masukkan baju2 kotor dalam mesin basuh.
* time2 camni tok laki pun sampai rumah.
8.00 : dah siap mandi. sembahyang. barulah makan malam.
* mana tak gemukkan.
8.30 : time untuk maknya rehatkan minda dan badan. melanguk depan tv tengok diari AF. musim AF kita tengok AF. kalau musim xde AF... aku jarang tengok TV. adib irfan pulak buat homework. tok laki yang monitor. auni damia kejap2 pergi kacau abang. kejap2 datang kacau mama dia.
9.30 : auni damia tak nampak tanda2 nak tidur. tok laki bawak masuk dia dalam bilik. tidurkan dia. kadang2 dengan papanya skali tertidur. kalau homework adib irfan belum siap lagi. aku continue monitor.
9.45 : kalau rajin terus jemur kain. kalau tak kasi rendam jelah dulu baju2 dengan softener. bab lipat kain mimi yang buat. 2-3 menjak ni adik ipar ada kat rumah.
10.00 : dah siap segala homework adib irfan. masa untuk tidurlah.
* aku memang jarang tidur lambat. lainlah kalau ada kerja rumah yang masih belum setel atau ada cerita best yang aku follow. cam Desperate Housewive. memang akan tidur lambatlah skit.
inilah rutin harian aku...
mak aiii panjangnya.
Friday, April 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
aku gakla, susah nk tido awl... plan nk tido awl, tgk2 dah kol 12+... huhuh sbb tu la danial pn x reti nk tido awl... pa&ma mmg sokmo tido lambat....
kv pun tido awal. Mlm konsert af je tido lewat. Tu pun kenkadang af yg tgk kv.;)
jumaat & sabtu jelah time aku tido lambat. hari2 lain... mintak maaf mintak ampun nak tido lambat.
Post a Comment