Thursday, June 29, 2006
Siaran Tergendala
Adib Irfan pulak kena chicken pox.
Bergolek... berguling kat rumah jelah.
Adib Irfan dah balik kampung malam tadi.
Seminggu dua lagi aku & Nasrun balik ambik dia.
Adib Irfan bukan main seronok nak balik kampung.
Mama jelah yang meraung dan over emosional... adeii
Monday, June 26, 2006
Usaha Tangga Kejayaan
Ntah berapa puluh kali dia dah buat puzzle ni. Tanpa penat jemu... dia buat. Selesai buat... dia cabut balik... buat lagi sekali. Sebelum tidur 3-4x buat baru aku boleh simpan puzzle tu. Bangun tido... terus terkam puzzle... buat. Tak muak ke dia buat puzzle.
Lepas siap cantumkan puzzle tu... dia cakap dulu dengan Superman.
Boleh kata tidur puzzle, makan puzzle, tengok puzzle, minum puzzle... nasib baik mandi bukan ngan puzzle. Dia pantang ada mainan baru... siaplah kena mandikan dengan Adib Irfan.
Malam tadi dia buat puzzle tak pakai 'acuan' dia... dia buat atas ABC mat dia jer. Makin teror.
Friday, June 23, 2006
Kering Idea
tapi orang cakap... a picture is worth a thousand words.
Thursday, June 22, 2006
Saat Ku Idamkan
Sabtu lepas bertempat di Taman Tasik Perdana... dengan pertolongan dari adik manis, Farah Yusri kami berjaya mengabadikan gambar kami bertiga. Photoshoot ini sebenarnya untuk Adib Irfan. Alang2 tu mama & papa pun join sekalilah. Bila lagi nak dapat peluang macam ni kan.
Wednesday, June 21, 2006
Biarkan Luncai Terjun Dengan Labunya
Adib Irfan dengan kusyuknya duk bercerita kat papa. Itu ini duk bagitau papa. Mama plak kat luar... tengok Diari AF. Tiba2 terdengar papa tanya kat Adib Irfan.
Papa : Boy cakap apa ni... papa tak paham ler.
Adib Irfan : Ntah... boy pun tak paham.
Tergelak besar mama & papa dengar jawapan dari Adib Irfan.
Babak 2
Malam tadi. Adib Irfan tengok Mr. Bean. Tiba2 dia tutup tv.
Mama : Pasal tutup tv?
Adib Irfan : Boy nak kencing.
Mama : Abis tu naper tutup tv.
Adib Irfan : Pause (sambil berlari masuk toilet)
Dia ingat rancangan kat TV boleh PAUSE sama cam dia tengok VCD. Adeiii.
Friday, June 16, 2006
He Means So Much...
Thursday, June 15, 2006
Kali Pertama
7May03 - pertama kali meniarap
14May03 - pertama kali balik Pmas
15May03 - pertama kali nangis cebik mulut
10Jun03 - pertama kali demam
21Jun03 - pertama kali jatuh katil
25Jun03 - pertama kali mengensot
28Jun03 - pertama kali naik LRT (dari Sentul ke Stadium Bukit Jalil)
24Aug03 - pertama kali sebut papa
11Sept03 - pertama kali naik motor (dengan Ayah Long)
17Sept03 - pertama kali tumbuh gigi (belah kanan-bawah)
1Nov03 - pertama kali melangkah (2-3 langkah jer)
14Nov03 - pertama kali berhari raya Aidilfitri (Adib Irfan lahir 8 Syawal thn 2002)
20Dec03 - pertama kali buat parti hari jadi
14Mar04 - pertama kali pergi KLCC (walaupun mama hari2 keluar masuk KLCC)
27Mar04 - pertama kali panjat meja makan
20May04 - pertama kali terseliuh kaki
Nilah di antara perkara pertama kali yang berjaya dilakukan oleh Adib Irfan yang aku catit.
Tuesday, June 13, 2006
Menyanyi Kerana Gembira
Suka betul Adib Irfan menyanyi... macam2 lagu dia nyanyi... walaupun hanya nyanyi yang hujung2 jer... janji nyanyikan... layannnn.
Dengar intro muzik pun kadang2 dia dah tahu lagu apa... terutama sekali lagu L...O...V...E (si Ashley Simpsons punya lagu)... dengar suara pun dia boleh tahu siapakan gerangan penyanyi itu... terutama suara MAWI (padahal dia lagi minat Felix dari Mawi). Adam pun antara penyanyi yang dia minat.
Selalunya kalau petang... on the way nak balik rumah... aku dan Adib Irfan akan ber'karaoke' dalam kereta. Tak kiralah tempo lari ke... pitching ke laut ke... janji tak boring. Time lagu aku, aku nyanyi... time lagu dia... jangan harap aku boleh nyanyi... Ni lagu boylah, ma. Lagu mama kejap lagi.
Tapi kalau ada papa... lagilah hingar-bingar satu kereta. Masing2 nak tunjuk power.
Monday, June 12, 2006
Minum Milo Anda jadi Sihat Dan Kuat
Ternganga aku dibuatnya.
Mau tak ternganga. Dia belum boleh baca. ABC pun tak kenal lagi. Tapi macamana dia boleh tau itu CD Buli Balik. Kalau kat atas CD tu ada gambar... oklah. Boleh cakap dia tahu tajuk cerita dengan tengok gambar kat atas CD tu.
Tapi CD Buli Balik tu macam ni...
Tapi yang kitorang lagi teruja... bila kat atas CD tu kosong sekosongnya. Tapi dia boleh tau... itu CD apa. Lagu Mawi World dia cakap. Tak ke kepelikan melanda diri mama dan papa. Padahal bukannya tiap2 hari duk bukak CD tu. Dah berzaman pun tak tengok. Tapi tulah dia masih boleh ingat.
Kuat betul ingatan dia... Bangganya aku. Tapi memang dari dulu lagi kitorang perasan, dia mudah ingat. Sekali ajar jer... dah boleh ingat.
Kalau CD yang ada gambar... cam kacang ler dia boleh ingat.
Tapi yang aku geram... kalau aku ajar ABC... atau 123... dia boleh buat main2. Boy tak taulah, Ma. Eeiii... geram.
Sayangkan Isteri Tinggal2kan
Aku dapat 'hadiah' sempena kena tinggal kat rumah dengan Adib Irfan... 4 hari. My dearie hubby ada meeting kat KK. Syokkan kalau aku & Adib Irfan pun boleh join sekali. Pernah gak aku jejak kaki kat Negeri di Bawah Bayu tu. Itupun bertahun2 yang dulu. Masa aku kerja kat tempat lama.
Masa kerja kat tempat lama... selalu gak aku kena 'terbang' ke Malaysia Timur. Aku dah pernah pegi Labuan, Miri, KK, Bintulu dan transit selama 1 jam kat airport Kuching. Tapi sekarang, masa aku banyak dihabiskan di ofis saja. Oklah... kalau tak kena tinggalkan Adib Irfan... tak sanggup.
Wednesday, June 07, 2006
TERBEAN
Time iklan jer aku ajak dia masuk tidur. Belum habis lagilah mama. Last2 pukul 10.30... dia tutup TV... masuk bilik... tutup pintu... tidur sebelah aku. Sempat lagi dia bercerita... TERBEAN main golf... bola masuk lubang... bla-bla-bla.
Monday, June 05, 2006
Dah Demam...
Tapi seminggu dua ni aku memang tak sihat. Tapi bukan tak sihat sebab AF. Tapi memang betul2 tak sihat. Dari selsema, demam suam2 kuku, batuk, sakit belakang... sekarang dah jangkit kat Adib Irfan. Kesian dia. Malam tadi dia tidur tak lena... asyik duk terbatuk2 jer. Petang nanti kalau tak ok lagi batuk & selsema dia... kena singgah jumpa doktor. Takut dia kena attack ngan asma lagi.
Tapi memanglah AF4 ni memang masih tak dapat menarik perhatian aku... Sebelum start AF4... tak sabar2 nak tengok... tapi bila dah start... hrm.... boringnya.