Pages

Tuesday, May 02, 2006

Pepahat @ Bagan Lalang

Akhirnya dapat jugak aku menikmati pepahat. Dah lama duk mengidam pepahat ni. Duk dengar jer orang cakap pasal pepahat. So, last friday berjaya sampai ke Bagan Lalang... Makan besar kitorang bertiga malam tu.

Pepahat goreng bercili, kerapu 3 rasa, udang goreng pedas, sotong goreng tepung dan cendawan goreng. Yummy... Adib Irfan macam biasalah, makan nasi 2-3 suap... pastu duk makan udang, cendawan butang (dia panggil telur) dan sotong. Mama dan Papalah kenyang perut suka hati. Mau tak berselera makan... makanan yang sedap, makan pulak kat atas pelantar... kat bawah air, dengan angin sepoi2 bahasa, dengan deruan ombak yang memukul tebing simen, sambil menyaksikan matahari terbenam ... cewahhhh.

Sedikit info PEPAHAT :


"Pepahat mempunyai ukuran sepanjang dua inci dengan kulitnya yang agak nipis seperti udang.
Pepahat terbenam di bawah permukaan pasir.
Bahan yang diperlukan untuk mencari pepahat hanyalah sebatang lidi dan sedikit kapur simen.
Lidi yang dicelupkan dengan kapur ini kemudiannya dibenamkan dalam lubang dan pepahat akan keluar dengan segera kerana tidak tahan dengan rasa panas kapur tersebut".


4 comments:

wan said...

aku rasa cam penah tgk kat majalah tiga ke mana.. tapi tak pernah tgk dgn mata kasar.. dan tak pernah makang.. rasa macam apa rina? isis udang ke? Remis?

rina said...

x reti nk cakap rasa camana... tp bagi aku sedaplah... sungguh menyelerakan.

Poison Ivy said...

Hello! It's An Honour For Me To Visit You And Your Father's Blog. I'm Trying To Improve On My Malay.

Ya, Saya Seorang Melayu Berasal Dari Singapura. Ha-ha. Terima Kasih Kerana Kamu Memasuki Blog Saya.

Apakah Kamu Boleh Bercadang Untuk Membaiki Bahasa Melayu Saya?

Membaca?

Terima Kasih Semula.

Love,
Diyana

Anonymous said...

Assalamu'alaikum, anda mesti try seafood di ketiga-tiga restoran/gerai besar di Bagan lalang tu..baru dapat buat penilaian baik tentang yg mana lebih sedap...

Alang Bidara.

email= alkali98@yahoo.com

 

Blog Template by YummyLolly.com