Pages

Monday, May 08, 2006

Ramai-ramai kita menyanyi...

Dah agak lama kitorang tak buat sesi jumpa-jumpi ni. Sekali-sekala dapat jumpa seronok tak terkata. Walaupun tak semua geng2 kitorang yang dapat menghadirkan diri... tapi keseronokan masih dirasai.

Birthday Party Nur Dania Irdina telah berlangsung dengan meriahnya di McDonald Equine Park.

Dapat jumpa dengan Izz Hannah yang semakin terserlah ketembanan pipi dia. Aku & Nasrun sempat 'ambik berkat' dari Hannah. Masa kitorang dukung dia... sikit pun takde bunyi suara nak merengek ke menangis ke. Good girl. Dengan keriuhan dan kebisingan pun Hannah steady jer tido.

Dapat jumpa ngan Mak Buyung Senior. Kalau aku pun nak mengandung cam mu Ja... perut jer besar... tapi badan tetap maintain slim gitu. Lepas beranak takde ler pening2 kepala nak makan ubat itulah ubat inilah untuk kuruskan badan.

Dapat jumpa Iza yang dah lama 'menyepikan' diri dari dunia siber. Aku nampak Iza sedikit kuruslah. Apa rahsianya...???

Dapat jumpa ngan 'menantu' Nana yang semakin ayu dan jelita.

Adib Irfan kalah masa main musical chair. Mana nak menang... budak2 lain bawak mak masing2. :D Adib Irfan jer wakil perseorangan.

Maskot aritu... Birdie. Tapi Birdie masih tak mampu untuk mengalahkan kepopularan Mr Bear Hidung Selotep.

Adib Irfan dapat geng baru. Dia tatau nama kawan dia apa... so duk panggil 'Kawan' jelah. 'Kawan' yang dimaksudkan ialah Firman.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada Azie, Amri dan Nana sebab sudi menjemput kami sekeluarga ke Birthday Party Nana yang Ke 3.

p/s gambar2 ni ihsan dari Ja. Aku langsung tak ambik gambar. Sebab tengok dah ramai yang duk klik sana klik sini...

1 comments:

tety said...

mmg dah lama giler x bekumpul sume ramai2... rendu seh...

 

Blog Template by YummyLolly.com