Pages

Wednesday, May 17, 2006

Mengimbau Kenangan Lalu

Kejadian berlaku di dalam kelas 1KP2 di Sek Men Sultan Ibrahim (1). Cikgu Naruto (bukan nama sebenar) masuk untuk mengajar subjek Geografi. Agak boring hari tu Cikgu Naruto mengajar. Aku, Hasne, Tinta & Diana (kawan kamceng aku sejak sekolah rendah lagi) buat hal masing2. Dah ler duk barisan belakang sekali... tak dengar cikgu mengajar pulak tu.

Sok-sek-sok-sek kitorang berempat kat belakang. Betapa kusyuknya kitorang duk mencurahkan idea kat atas sekeping kertas sampai langsung tak perasan Cikgu Naruto dah berada kat belakang kitorang. "Apa awak lukis tu?" "Bagi saya tengok". Nak mampus bagi dia tengok apa yang kitorang lukis. "Saya cakap bagi saya tengok!!!". Kitorang berempat diam seribu bahasa sambil Hasne pegang dengan erat hasil kreativiti kami itu. "Tanak bagi saya yer" "Bangun...!!! berdiri atas kerusi sampai habis waktu".

Kami dengan muka menahan malu dan senyum sumbing... bangun dan naiklah berdiri atas kerusi. Tuhan saja yang tahu betapa malunya kitorang masa itu. Nasib baik ler classmate semua dah kenal dari sekolah rendah lagi. Cuma adalah 2-3 kerat dari sekolah rendah lain. Mana2 pelajar yang lalu-lalang kat luar kelas kitorang... pasti akan tertoleh 2 kali. Apahal ler budak berempat tu kena berdiri atas kerusi.

Lepas habis waktu... barulah denda berdiri atas kerusi berakhir. Lenguh jugaklah berdiri. Lepas Cikgu Naruto keluar jer... kitorang bantai gelak tak ingat dunia dan kitorang pun digelakkan oleh kawan2 yang lain. Ampeh punya kawan. 1st time kena denda dengan cikgu.

Nak tau apa yang kitorang lukis... kitorang lukis gambar Cikgu Naruto takde gigi. Tatau kenapalah Cikgu Naruto tu tanak pakai gigi palsu. 3 batang gigi belah depan pulak tu yang 'hilang'. Kan dah jadi bahan lawak oleh pelajar2 yang 'sewel' cam kami berempat ni.

Bila ingat2 kembali... memang lawak jer perangai kitorang ni. Tapi lepas tu kan... kitorang rapat ngan Cikgu Naruto. Tatau kenapa kitorang boleh rapat ngan dia.

Memang satu peristiwa yang tak dapat aku dan mungkin kawan2 aku yang 3 orang tu tak boleh lupakan sampai bila2.

Aku juga rindu dengan Hasne, Diana dan Tinta. Banyak suka dan duka yang telah kami harungi bersama2. I love and miss u guys so much.

16Mei : Selamat Hari Guru untuk Cikgu Naruto (ingat yer bukan nama sebenar) dan semua cikgu2 yang telah banyak membimbing dan mencurahkan segala ilmu kepada aku. Jasa baik cikgu tak dapat aku lupakan sampai bila2.

2 comments:

tety said...

sapakah gerangan cikgu naruto tuh?? hrmm aku x leh nk rewind sapa la cikgu yg x de pago depan umh die tuh... kekekek

rina said...

mana leh oyak... nanti kira ngumpat plak... hehehe

 

Blog Template by YummyLolly.com