Pages

Saturday, January 23, 2010

temerloh kami terjah...

gara2 teringin nak makan gulai tempoyak ikan patin. saya ni macam tulah, kalau teringin memang nak sangat2. incik suami pun dah sedia maklum perangai cik isteri dia ni. kadang2 mengalahkan pengidaman zaman mengandung.

walaupun kawan saya dah bersetuju nak masakkan 'satu periuk' gulai tempoyak ikan patin untuk saya. tapi saya dah tak sabar. sebab kawan saya pun tatau bila lagi akan balik ke kampung dia di ra.ub. katanya hanya ikan patin dari pahang sahaja yang akan dibuat gulai tempoyak. dia pun selalu jugak menjamu kawan sekerjanya dengan gulai tempoyak ni. bertuah saya dapat kawan sebaik dia.

sebab dah terhidu2 jer bau gulai tempoyak... incik suami telah bersetuju untuk membawa saya melampiaskan nafsu serakah keinginan saya terhadap gulai tempoyak ke t.emerloh. alah bukannya jauh pun. dalam masa sejam setengah dengan kadar pecutan yang tak berapa nak pecut sampailah ke temer.loh.

sebelum itu dah bertanya pakcik goo.gle kat mana gulai tempoyak yang best di temer.loh. mintak jugak pertolongan klong bertanyakan kawan dia yang bermastautin di temerl.oh. eh eh samalah tempat yang direkemenkan.

maka, pak usop... kami datang.


risau jugak takut2 sampai jer kat sana, gulai yang diidamkan habis. al maklum pukul 1.20pm baru bertolak dari beringin. tapi alhamdulillah, kalau rezeki tak ke manakan.

perghhh sedap giler. isi ikan pun lembut jer. rm7 untuk 1 keping/1 mangkuk ni.


kalau ke sana, jangan lupa order air jagung spore. memang sangat sedap dan lain dari yang lain. ada isi jagung dan buah kabung dalam tu.


kakak kedai tu cakap setiap hari 70kg ikan patin dorang masak untuk buat gulai tempoyak ni. memang satu periuk besarlah. terkejut saya tengok.


anak2 memang kalau kedai makan ada ABC... memang itulah yang dorang order. makannya bukan habis pun.

terima kasih incik suami. ailabiulah...

4 comments:

Puteri Satu said...

dah dekat kg akak dah ni...

rina said...

kt mana kg...

s.y.a.m.i.m.i.e said...

dapnye tgk.....yummy....

iamja77 said...

Cayalah Rina.. pehh nampak saaanggat SEDAP!!!

Terliur aku.. huhuh.

 

Blog Template by YummyLolly.com