Wednesday, July 30, 2008
D24
biarpun isinya kuning
dan tebal
tanak yang ni
yang aku kepingin
kampung tulen
ulas kecik2
isi nipis
smlm termakan pujuk rayu pakcik penjual
aku manalah biasa beli
rm6 satu kg
bayar rm17
2 bijik bawak balik
balik rumah kulit dikopek
5 ulas jer dapat
giler menipu raja segala buah ni
tapi tak puas hati lagi
kampung tulen yang aku nak
kacuk2 tak main
anak2 semua tak ikut jejak langkah aku
yang gilerkan durian
untung mama dia
tak payah nak berebut
Thursday, July 24, 2008
Sama tapi tak serupa
Mereka...
Berkongsi tarikh lahir yang sama.
Sorang di awal pagi.
Sorang di petang hari.
Sorang anak INTAN.
Sorang anak MERAH.
Wednesday, July 23, 2008
Hero Kecik
Cute betul tgk 2 hero kecik ni. Geram...
Lepas ni soang lagi 'makhluk kecil' akan muncul dalam our family.
Mentang2 sepupu... wajah pun hampir2 seiras.
Sekali tenung... Armand ada iras muka Hafiy.
Tengok sisi kanan... Hafiy iras muka Damia.
Tengok dari depan plak... muka Ameer kecik2 dulu pun ada gak Hafiy ni.
Suara Hafiy dengan Armand pun sekali dengar macam sama.
Armand tu kerja dia tidur jer.
Sampaikan Ayah Chik dia cakap... Armand ni 'pemalas'.
Hafiy pulak... tak kena gaya asyik nak buat konsert jer time nak tidur.
Tapi time ok... 'berjurus' giler budak kecik 2 orang ni.
Agak2 anak Abe & K.Wanie nanti geng Kakak Damia ke geng Abang Hafiy & Abang Armand...
Monday, July 21, 2008
Camana ek...
Tapi makan bedal segala benda...
Walaupun skip lunch...
Tapi malam jarangnya tak makan...
Abis tu camno tu...
Exercise memang boleh kata tak pernah...
Dulu2 rajin jugak berskipping...
Mau hari2 jiran bwh rumah merungut.
Mau taknya...
Gedebang gedebung bunyinya.
Sekarang ni...
Time teringat...
Gagahkan jua bersit-up...
Baru 20x perut dah keras kejung rasa.
Tapi sungguh tak syok...
Kalau badan dah makin berisi ni...
Nak pakai baju pun serba tak kena...
Sini benjol sana ketulan...
Apa nak buat ek...
Thursday, July 17, 2008
Sudahlah tu
Manja kededek + ngada2 + saja buat2... itulah Auni Damia sekarang bila tiba bab menangis.
Dia boleh panjangkan nangis dia sampai berminit2.
Kadang2 setitik airmata pun tak keluar.
Bingit jer telinga mendengarnya.
Sungguh berlainan sekali dengan abang.
Wednesday, July 16, 2008
Lagi 6 tahun
Smlm pergi jab untuk 18mths.
Macam biasa.
Cool & steady.
Takde drama2 swasta.
Berat naik 200g.
Tuesday, July 15, 2008
No. 1
Lama betul dia tak botak.
Kalau kecik2 dulu...
pantang rambut panjang 1inci
Terus botakkan kepala.
Dah lama dia pujuk kitoang.
Ahad lepas dia mintak lagi nak botak.
Malas lagi nak layan sebenarnya.
Tapi fikir rambut dia cepat panjang.
Orait... suruh Uncle Bob botakkan.
Seronoklah dia.
Tapi...
Isnin nak pergi sekolah.
Dia buat hal... malu.
Tanak keluar dari kereta.
Macam2...
Wednesday, July 09, 2008
Ahaiii
.
.
.
Berat dia maintain dengan 10kg.
Sibuk nak makan sendiri. 'Du' 'Du' mintak sudu.
Sangat suka dengan baby kecik. Xde pn nak kacau.
Lalu jer depan guard house... dia pun sibuk angkat tangan kat pok guard.
Tidur mesti nak dengan mama.
Sekarang tengah selsema.
Smlm makan ubat senang ya amat. Suap sambil duduk atas kerusi jer sebab dia tgk abang pn mkn ubat camtu.
Potong rambut jer melaung bagai nak rak.
Masih suka gonggong botol susu.
Dah banyak perkataan dia boleh cakap. Kebanyakan yang belakang jelah.
Suka iklan Digi kot. Iklan dalam radio. "Nanti abang cakap mak". Dia pun sibuklah... 'mak' sambil gelak2.
Oh ya... bulan ni dia kena jab yang 1thn 6bln.
Monday, July 07, 2008
060708
Adam Hakim selamat dilahirkan oleh mamanya pada pukul 10.53 pagi hari Ahad. 2 abangnya melalui proses epidural. Tapi kali ni secara semulajadi. Baru rasa sakitkan nyah... Hahaha.
Semangat gak Adam Hakim ni. 3.34kg.
Ikut abang long Haziq ke abang ngah Hafiz agak2 Hakim ni.
p/s Pertukaran baton kali ni agak slow sangat. Sehingga ke saat ini... baton belum bersambut. Agak2 siapa penyambut baton yang bertuah. Hrmmm...
Tuesday, July 01, 2008
Yer Nak...
Request hadiah dari maknya...
Mula2 cukup setakat biskut Tiger jer...
Lambat sikit maknya beli...
Hadiah di'up'kan kepada 'jiket'...
Kaler merah tau...
Bab merah ni ikut bapaknya...
Habis takkan nak ikut maknya...
Maknya ada barang suka biru...
Tapi pantang tengok pink...
Itu yang disambar dulu...
Oh ya...
Hadiah tu minta dibalut...
Walaupun sekadar biskut Tiger...
Imaginasi mamat tu kuat jugak...
Pengaruh tv pun yer jugak...
Sampai depan pintu rumah...
Tutupkan matanya...
"Olok2 pun xpe, mama.."
Pastu bawak hadiah berbalut depan dia...
Pastu pakat jerit 'Surprise'...
Kosser jer tau...
Layannn...
Ke-9
Kitorang menang tempat ke 9 dalam CuteFam 2008 Contest...
Nak menang grand prize memang tak bermimpi ler. Mana mau kejar undian yang berpuluh2 ribu tu.
Layan...