Pages

Friday, March 28, 2008

Setia Ku Korbankan

Dulu aku suka beli kuih kasturi. RM1 dapatlah 3 ketul. Amin cakap orang Singapore panggil gendang kasturi. Aku kalau dah suka... hari2 makan pun xde hal. Sampai muaklah aku makan.

Cintaku beralih arah.

Pagi2 mesti nak makan karipap inti keledek. Macam2 gak karipap yang makcik tu jual. Ada inti kentang, sardin, ayam dna daging. Tapi keledek jugak pilihan aku.

Lepas ni tataulah suka kuih apa pulak.

Dulu masa aku pregnantkan Adib. Hari2 nak makan apam balik besar tu. Tak muak ke laki aku tanya... Tak. Sedap. Dia yang tengok pun naik muak.

Breakfast untuk weekend plak... aku suka makan roti canai telur. Sampai satu tahap aku order roti canai telur... laki aku bawak balik nasi berlauk. Banyak lemak tepu dalam roti canai tu dia cakap. Yolah tu...

Macam ni lah aku... kalau dah suka sangat ngan makanan tu akan menikmatinya sampai aku betul2 dah muak.

3 comments:

azie said...

kuih kasturi kuih cemana ek? Kalau kasturi versi aku dalam dia kacang. Salut tepung n goreng. Kuih itukah maksud anda?

rina said...

100 markah utk mu azie...

- tety - said...

skang nih kalo time lunch, pas makan nasik, aku beli lak kuih 3 ketui = rm1... kt bwh jambatan byk jenis kuih ada... syok!

 

Blog Template by YummyLolly.com