Pages

Monday, March 31, 2008

Serba Salah

Malam besok balik kampung. Sorang2. Anak2 tinggal dengan tok laki. Huhuhu. 1st time pisah dengan Auni Damia. Tatau camana. Dia ok kot. Aku jer yang tak baper nak ok. Uwaaa.

Hari ni mama masuk hospital. 2hb April insyallah operate buang batu dalam hempedu. Mudah2an berjalan dengan lancar. Amin.

Weekend lepas Auni Damia demam. Badan dia pun ada naik bijik2 merah. Doc cakap kemungkinan besar alergic. Tak berapa nak sure dia alergic kat apa sebab sekarang ni semua benda dia makan. Nak kata campak... aritu dah naik. Chicken pox pun bukan.

Serba salah aku dibuatnya.

Sunday, March 30, 2008

Tambah Lagi

Akhirnya penantian Elin berakhir. Aku dapat sms dari Elin pukul 1.25am tadi cakap... dia dah selamat melahirkan seorang baby boy seberat 3.28kg dan panjang 52cm. Boleh tahan gak panjang. Auni Damia aritu 51cm.

Tahniah dan seronok aku dengar. Dengar orang dapat baby teringin jugak... Tapi, huhuhu. Insyaallah kalau takde aral melintang... esok bolehlah jenguk dia dan adik Efi kat hospital.

p/s baton seseorang telah pun disambut oleh seseorang. siapakah seseorang itu. tungguuuu.

Saturday, March 29, 2008

Afundi ...

Agak2 malam ni sapa yang keluar...

Adib Irfan suka Alif. Tatau apa yang dia suka kat Alif. Aku ingat dia akan suka Naim sebab budak ni nyanyi lagu Aspalela. Aspalela antara lagu favorite Adib Irfan.

Aku suka Nubhan kalau laki. Perempuan pulak aku suka Nadia. Aku minat jer takde sebab apa2 pun minat. Nasrun cakap aku buta muzik. 5 tahun duk follow AF pun setakat dengar jelah budak2 tu nyanyi. Suara ke laut ke sumbang ke flat ke aku memang kurang arif. Ampeh jer.

Bila tanya Nasrun dia minat siapa... katanya dia minat 'Dracula'. Tercengang2 aku fikir siapa yang dimaksudkan. Ingatkan Toi sebab gigi Toi cam pelik sikitkan. Rupa2nya orang yang dimaksudkan itu... Nabil... Lu pikirlah sendiri... Lagi ampeh. AF yang kita cerita Raja Lawak yang dia bedal.

Jom tengok konsert ke2 AF6...


*updated : Ika jadi peserta no. 2 terkeluar dari AF6. Memang tepat pun pilihan sms. Dan memang betul jugak komen Adlin... hancur Ika nyanyi. Naperlah Astro tak ambik Adlin jadi juri tetap. I like Adlin.


Friday, March 28, 2008

Setia Ku Korbankan

Dulu aku suka beli kuih kasturi. RM1 dapatlah 3 ketul. Amin cakap orang Singapore panggil gendang kasturi. Aku kalau dah suka... hari2 makan pun xde hal. Sampai muaklah aku makan.

Cintaku beralih arah.

Pagi2 mesti nak makan karipap inti keledek. Macam2 gak karipap yang makcik tu jual. Ada inti kentang, sardin, ayam dna daging. Tapi keledek jugak pilihan aku.

Lepas ni tataulah suka kuih apa pulak.

Dulu masa aku pregnantkan Adib. Hari2 nak makan apam balik besar tu. Tak muak ke laki aku tanya... Tak. Sedap. Dia yang tengok pun naik muak.

Breakfast untuk weekend plak... aku suka makan roti canai telur. Sampai satu tahap aku order roti canai telur... laki aku bawak balik nasi berlauk. Banyak lemak tepu dalam roti canai tu dia cakap. Yolah tu...

Macam ni lah aku... kalau dah suka sangat ngan makanan tu akan menikmatinya sampai aku betul2 dah muak.

Thursday, March 27, 2008

Nasib Badan

Di malam yang sepi.
Sedang enak dibuai mimpi.
Tiba2...
Prakkkkkkkk....

Sambung tidur.

Balik dari kerja.
Ketang ketung...
Berulang2 kali.

Tataulah boleh tahan sampai bila.
Janji tidur ku tidak diganggu lagi.




Tuesday, March 25, 2008

Sehati Berdansa

Pantang dengar abang nyanyi... terus tertonggek2 bontot duk menari.
Dengar jer lagu kat tv... terus satu badan berjoget.
Kadang2 mulut pun terkumat kamit ikut sama nyanyi.

Demam AF ke yang...

Saturday, March 22, 2008

Ya Insing Mata Kaji Semaringsing


Gambar hiasan : Majlis Pertunangan H dan H pada 20 March 2008. Putih merata2. Sejuk mata memandang. I likeee.

buka pintu untuk semuanya

idea, kekuatan dan of course kerajinan
banyak negatif dari positif

macamana nak jalan

baru suku jalan
enjin mati kat tengah jalan
sungguh haru biru

banyak lagi yang harus digali
sedalam mana nak digali
gali jelah setakat mana boleh gali
jangan tak tergali sudah


Thursday, March 20, 2008

Maulidur Rasul


Kawan baik aku since standard 2 selamat bertunang hari ni. Ambil berkat hari Maulidur Rasul. Tahniah aku ucapkan. Nama tunang dia sama dengan nama arwah ayah dia. Kebetulankan... So lepas ni dia akan berdebar2 menghitung hari untuk disatukan pulak.

Insyallah hari nikah dia nanti aku akan balik.

Wednesday, March 19, 2008

Terajin Sikit

Mana tau kot2 ada rezeki.
Boleh bawak anak2 tengok Disney on Ice.
Dari minggu lepas lagi duk godek buat kad.
Cetusan idea of course dari Ratu Contest MJ.
Minggu ni dah xde mood nak buat.
Malam tadi try gagahkan diri mengadap kertas2 ni.
Time2 camnilah aku berangan2 jadi sekreatif Zaza.
Yang tak pernah putus dengan idea2.
Aku ni buat sekejap... idea putus tiba2...
Camana tu...

Last2 berjaya buat 3 keping kad.
Tataulah sempat sampai ke tidak.
Closing date Ahad ni.

Angan2 mat jenin aku... kalau suatu masa nanti aku nak buat bisnes... aku nk letak nama ni lah. Hahaha. Poyo jer.

Daging Masak Merah

Terliur dengan gambar yang ditepek oleh Azza... weekend lepas aku try gak buat. Sebelum ni Ja pun dah try buat. Sedap dia cakap. Resepi2 Azza memang senang dan hasilnya tak pernah mengecewakan. Aku pernah try 2-3 resepi dari dia. Memang wallaaa...


Tuesday, March 18, 2008

Mana Nak Sama Adib Seorang

Besar nanti Boy nak tukar namalah...
Nama Dafi...

* Tak payah ler. Mama & papa dah bagi nama cantik2 dah*

Sakit perut.
Tak boleh pergi sekolah ni.
Rehat kejap hilanglah sakit perut tu.
Boy nak kentut ni.
Kentut jelah.
Nanti kentut masuk dalam hidung mama.
Takpe ke...

Friday, March 14, 2008

2 3 Kucing Berlari

Jom naik roket ma.
Dah lama Boy tak naik roket.
Bila naik???
Tak pernah naik lagi.
***
Kita tak boleh tengok Allahkan...
Sebab tu kita kena berdoakan Mama.
Aritu Boy sembahyang, pastu Boy berdoa.
Sebab tu Allah bagi orang dalam kepala Boy ni.
Dalam kepala mama pun ada orang macam mama.
* Agak pening... ni dia kaitkan dengan cerita sebelumnya. pasal dia bermimpi. so ada orang sama macam dia kat dalam kepala yang tolong dia bermimipi. lebih kurang macam tulah.
***
Peninglah Boy kat rumah Cik Ma.
Naper pulak.
Gelas kaca pecah.
Sampai kepala otak Boy ni pun nak pecah.
Awak yang jatuhkan ke...
Taklah... Kak Shida yang buat.
* Seminggu ni dia & Auni Damia duk rumah Cik Ma (jiran ibu) sbb ibu cuti balik kampung.

Thursday, March 13, 2008

Jurulatih

Aku poyo dan meroyan lagi sekali.
Kali ni dengan Coach Ergo Pebbled Leather.
Nasib baik betul berangan FOC.
Nampak cantik jer tergantung kat tepi kedai.
Macam2 kaler duk bergantungan.

Harga??? Tak usah ditanya... Hahaha.

Wednesday, March 12, 2008

Ingkar

Masa mula2 dengar ingat Misha Omar yang nyanyi.
Baru jer tau... tu pun Tety yang bagitau.
Rupa2nya gewe Asyraf Sinclair punya suara.

Suka dengar.


Cita-Cita

Cita-cita saya nak jadi posmen. Nanti saya bawak motor api. Baru boleh hantar surat dengan cepat. Kalau kawan2 nak tahu motor api tu motor yang ditampal dengan sticker berbentuk api. Vrooom.

Petang semalam cita-cita saya bertukar lagi sekali. Kali ini saya nak jadi pelakon tv pulak. Tapi saya tak berapa pasti lagi. Saya nak try jer dulu. Saya keluar tv jangan lupa tengok yer.

Kalau dulu cita-cita saya nak jadi super hero. Superman, Spiderman, Power Rangers dan segala macam super hero yang ada di muka bumi inilah.

Berlainan pula dengan cita-cita sepupu saya... Kak Amalin. Dia bercita-cita nak jadi seorang ustazah. Sungguh murni cita-cita dia. Kak Amalin ni bijak pandai tau orangnya. Setiap kali peperiksaan kat sekolah... tak pernah dapat no. lebih dari no. 2. Mudah-mudahan saya akan jadi sebijak dan sepandai Kak Amalin.

Lepas ni tatau apalagi cita-cita Adib Irfan.

Tuesday, March 11, 2008

Pesanan Khidmat Masyarakat

Sesiapa ada terjumpa seorang rakyat Selangor.
Rambut putih berlagak handsome.
Bangsa Jawa rendah2. Montel2.
Muka licin baru pakai botox.
Sila hubungi balai polis berdekatan...
kerana kunci pejabat menteri besar ada dengannya.

Thursday, March 06, 2008

Adoi Kesian

Dari sabtu auni damia demam. Malam jer suhu naik mencanak. Masuk ubat ikut bontot. Jelum satu badan. Tu pun dia mengamuk tak kasi basahkan badan dia. Merengek toksah citelah.

Selasa malam adib irfan pulak batuk. Kong keng kong keng. Sampai 3 kali dia bangun kencing. Pagi rabu startlah nafas bunyi. Apalagi terus pergi klinik. Kena nebulizer ler jawabnya.

Sekarang ni memang musim orang sakit kot. Yelah cuaca pun tak menentu. Kejap hujan... sekelip mata plak panas ya amat. Kita yang tua bangka ni pun kadang2 rasa tak selesa.

Monday, March 03, 2008

Semoga Abadi

4 tahun
bukanlah satu jangka masa yang panjang
tapi kami ibarat adik beradik
suka duka kami kongsi bersama
teman menangis dan juga teman ketawa
bersama2 kami harungi
tapi
manusia bukan insan yang sempurna
sedangkan lidah lagi tergigitkan
detik perkenalan lebih kurang 4 tahun yang sudah
masing2 dengan seorang anak
kecuali G dan Red
doang ni spesis kawin awal. hahaha
maka beranak pun awallah
umur kami boleh dikatakan sebaya
paling veteran di kalangan kami... 33 tahun
umur jer tua tapi jiwa macam jiwa remaja
paling hingusan dalam 'adik beradik' kami... 29 tahun
umur muda tapi jiwa matang ya amat
apa saje info ada di dalam genggaman dia
peristiwa paling tak dapat dilupakan
sudah semesinya marathon membuyung
sorang umumkan berita gembira
masing2 dah menggeletis nak ikut jejak
fasa kedua telah dimulakan dengan Yati
penutup marathon betul2 dipegang oleh Tety
memang betul2 habis satu pusingan
fasa ketiga muncul tanpa berlengah lagi
tapi kali ini... lariannya agak slow
weiii... cepatlah ambik baton dari Hanis
tak pasal2 dia buang dalam sungai
kini anak buah kami seramai
jeng...jeng...jeng
32 orang beb... ramai tu
dan bakal muncul lagi 3 orang
14 di sekitar KL dan Selangor
2 orang nun di utara
walaupun jarak memisahkan kami
ikatan persahabatan yang terjalin tetap di hati
YM, conference, email dan sms
talian perhubungan di antara kami
Kami sekarang semakin melangkah maju ke depan
masing2 telah mengembangkan bakat yang terpendam
alhamdulillah
mudah2an rezeki kami semakin bertambah2
Semoga ikatan kami akan tetap abadi sampai bila2
Semoga abadi
Insyallah
Itulah MJ. Tetap di hati.
 

Blog Template by YummyLolly.com