Pages

Thursday, December 27, 2007

Satu ke...

"Satu utk awak... Mama ada angka lain sebelum angka satu. Hehehe."


Hari yang ditunggu setiap tahun.
Angka pun akan bertukar setiap tahun.
Makin lama angka2 akan bertambah.
Aku harap setiap tahun akan ada perubahan.
Perubahan yang akan diberkati oleh Yang Maha Kuasa.
Semoga dilimpahi dengan keceriaan, kegembiraan dan kasih sayang yang berpanjangan.
Hidup dikelilingi orang2 yang tersayang sudah cukup bermakna buat aku.
Hadiah paling bernilai.

Selamat Hari Jadi.


Wednesday, December 26, 2007

Naik Turun

Tengok gigi Auni nak naik lagi satu kat belah atas ni.
Apa pulak naik mama. Turunlah.
Naik yang bawah tu mama. Yang atas gigi nak turun.

Betul jugakkan.

2 batang gigi belah atas akan turun. Belah bawah masih maintain dengan 2 batang. Jarang2lah gigi anak dara ni. Tak macam gigi abang yang elok tersusun.

Friday, December 21, 2007

Selamat Hari Raya Aidiladha

Tak balik kampung.
Cuti yilek.
Raya umah klong & tety jer smlm.
Sedap bihun sup utara klong buat.
Cubaan pertama menjadi.
Hari ni dah start keje.
Langsung tak rasa suasana hari raya.

Boring.


Tuesday, December 18, 2007

11 bulan

Smlm genap 11 bulan. Banyak jugaklah yang dia dah boleh buat.


  • Jalan masih lesen L. Ntah bila nak dapat lesen P.
  • Selera makan alhamdulillah. Cuma sekarang kalau dah kenyang dia akan luahkan balik apa yang ada dalam mulut.
  • Botol susu pun dah boleh pegang dengan jayanya.
  • Dah boleh faham sikit2 apa yang kita cakap.
  • Malam tadi aku batuk... tiba2 dengar dia pun batuk. Ceittt ajuk aku batuk rupanya. Sambil sengih2.
  • Panjat pun dah teror. Ngalahkan budak laki.
  • Suka main air.
  • Lambat dapat susu.. mulalah pasang gear 5. Tak nyempat2.
  • Rambut dah makin panjang tapi papa tanak kasi potong. Rimas jer nampak.
  • Pagi2 kat rumah babysitter dah xde drama. Ok jer pergi ngan babysitter.
  • Suka makan yogurt. Boleh kata apa saje nama makananlah dia suka.

Ada lagi kot. Tapi lupalah.

Monday, December 17, 2007

Angin Kus Kus

Syok gak sekali sekala merajinkan diri kat dapur. Weekend lepas memang duk masak jer manjang. Poyo.

Mufin pisang resepi Azza. Cup aku besar skit dari yang Azza punya so dapat x sampai 10 cup jer utk 1 adunan.

Kuah Kacang tercair sikit. Mama cakap sebab bawang x cukup. Dan jugak aku terlebih bubuh air.

Lebih buat mufin pisang... lenyek2 pisang mas buat cekodok.

Agar2 pandan berlapis. Resepi mama. Favorite kami adib beradik.


Friday, December 14, 2007

Malam Tadi

Untuk puaskan hati Adib Irfan.

Party tertutup untuk Klong & Farhan, Tety & Co dan babysitter & co. Dah ler papanya xde di kawasan liputan... tak larat nak handle sorang2. Sempat goreng bihun & chicken's finger jer.

Seronok dia tgk ramai kawan2 datang. Tengok anak happy kita pun jadi happy.

Nak tgk lain2 gambar... aku ada tepek kat sini.

Thursday, December 13, 2007

Dah Sampai

Hari ni genap 5tahun umur Adib Irfan.

Mama & Papa doakan yang terbaik utk anak mama.

Malam tadi dah tiup & nyanyi lagu Happy Birthday kat dia. Nampak dia happy. Bertambah happy sebab dah dapat hadiah. Lain dari yang dia listkan. Bagi peluang dia pilih sendiri... baru dia puas hati.


p/s muffin order dengan Azza. Muffin banana... sedap.

Wednesday, December 12, 2007

Nak sampai dah

Malam tadi.
Bila birthday Boy...
Besok... besok...



Pagi tadi.
Bila birthday Boy...
Besok.

Anak papa tak salah konseplah. Dia tau 2 hari tu macamana. Present yang dia mintak dah panjang berjela list.

Nanti dia nak ajak Danial, Abg Farhan, kawan mama, kawan mama, kawan mama & Haziq. Cukuplah nanti x muat rumah dia cakap.

Tunggu dan lihat.

Friday, December 07, 2007

Maya Si Tukang Jahit

Aku suka Maya jahit. Jahitan dia kemas. Design dia simple. Harga pun berpatutan. Nasib baik adik Elman perempuan. Kalau tak tak merasalah kami air tangan mu Maya. Keep up the good work my friend.


Wednesday, December 05, 2007

Zzzzz

Boring... ngantuk... xde mood... serba serbi malas. Biasalah akhir2 tahun camnikan. Xde motivasi nak wat kerje. Tapi ada jugak yang menarik akhir2 tahun. Apalagi kalau bukan bonus. Ntah baper bulan ler aku dapat bonus & increment. Tunggu dah lihat jelah. Dapat banyak Alhamdulillah. Dapat sikit pun itu dah rezeki dari tuhan. Terima jelah seadanya.

Malas nak pikir dan berangan. Ikutkan memang banyak benda nak buat. Tapi malas nak beratkan kepala dengan list yang tak berkesudahan. Tunggu bos paggil bagitau baru kita start berangan. Baru syok.

Tahun ni company bagi cuti sampai Jan. 3, 2008. Dec. 28, 2007 last day kerje utk tahun 2007. Tapi aku Jan. 8, 2008 baru start keje. Cuti2 Malaysia di KK.


Thursday, November 29, 2007

On Your Mark...

Malam tadi Auni Damia berjaya bertatih. Baru 3-4 langkah. Dia pun seronok. Asyik nak ulang alik kat papa & mama jer. Tapi cepat giler dia nak melangkah. Biasalah tengah excited.

Gigi dah ada 3 batang. 1 batang atas belah kiri dah keluar separuh. Nampak lain muka dia dah ada banyak gigi ni.


Nota Kaki : Gambar kat Umbai. Tunggu kedai ikan bakar bukak. Ada kenduri kat Tanjung Keling.

Thursday, November 22, 2007

Musim Mengawan

Kalaulah Encik Ibrahim dan Puan Zainab ada lagi... tahun depan doang akan terima 5 cicit. Ramai tu. Kompem meriah.

Bermula dengan :-

KLong - Mei 7, 2008 (anak no. 3)
Zizi - Mid Mei 2008 (anak sulung)
Tety - Jun 13, 2008 (anak no. 2)
Fiza - Jun 27, 2008 (anak no. 2)
Mc Jae - Julai 15, 2008 (anak no. 3) - due date ni aku kira seniri kat bbcenter based on info yang Fiza bagi.

Boleh kata berderet2lah.

Selamat semuanya.

Monday, November 19, 2007

Kededek

Gigi atas belah kiri tunggu masa nak munculkan diri. So far 3 gigi. Tapi semua benda dia nak makan. Apa yang kita makan... dia sibuk cakap "tap.. tap". Itu cara dia nak bgtau kita dia nak jugak makanan itu. Tatau dia nak cakap sedap ataupun mintak...

Manja kededek minah ni skang. Asyik nak melekap jer. Kadang2 dengan papa pun dia tanak. Lebih2 lagi time mama pakai tudung. Tak mesra orang dia ni. Susah orang nak ambik dia. Bab macam ni memang berlainan dengan abang.

Suka betul 'mengemas'. Memang xde peluang nak menghias rumah. Sepantas kilat tangan dia 'mengemas'. Paling dia suka 'kemas' album2 gambar. Kadang2 dia belek... kadang2 dia letak semua album atas lantai... dia naik berdiri atas album.

Macam2...

Wednesday, November 14, 2007

Satu Langkah

Nak belajar jahitlah... nak belajar masak ler. 2 benda ni memang aku teringin nak buat. Tapi masih belum berkesempatan lagi... kena cari masa yang sesuai... akan cari...


Friday, November 09, 2007

Episod Baru

Syok dengar member2 pregnant. Aku tumpang gembira jelah. Nak tambah lagi sorang... tunggu dulu. Ntah2 Damia jadi anak bongsu. Hehehe.

Bakal dapat baby tahun depan... Elin (27Mar2008), Tety (13June2008) dan ??? (empunya badan belum buat pengumuman rasmi lagi. Tunggu jelah nanti).

Sepupu aku pn bakal dapat anak gak tahun depan. (EDD 27June2008).

Tahniah untuk semua.

Thursday, November 01, 2007

Seandainya dunia tanpamu...

Adib Irfan : Papa, nanti singgah kat "Pestonas" depan tu. Nak beli McDonald.
Papa : Petronaslah.
Adib Irfan : Papa ni x reti bahasa inggeriskan ma. "Pestonas" tu kot bahasa inggeris pa.



Apa2lah Labu.

Wednesday, October 31, 2007

Sedap

"Tap... Tap". Aku andaikan Damia sebut sedap. Selalu dia akan sebut "Tap... Tap" kalau dia tengok makanan. Pantang nampak makanan... mulalah mulut ternganga. "Tap... Tap".

Dah nak bercakap dia sekarang. Maklumlah gigi dah ada 2 batang kat belah bawah... tu yang dia lagi bersemangat nak makan.

Gambar kanak2 ribena kat Taman Tasik Titiwangsa.



Monday, October 29, 2007

Abang dan Adik



Adalah 2-3 benda yang sama tentang 2 beradik ni.

Masa dalam pantang dulu... 2-2 ni suka tidur meniarap atas dada. Tak kiralah sapa punya.
Tak reti atau erti kata lain 'malas' nak pegang botol susu.
Kalau nak tido suka diusap2 belakang. Kena usap... cepatlah doang lena.
Sukakan kucing. Pantang tengok kucing. Tak dapat pegang... tengok pun jadilah.
Minum susu mesti abiskan dalam sekali hisap. Takdenya nak simpan pastu hisap sikit2.
Kalau nangis cepat jer bleh stop.
Ada lesung pipit. Tapi abang menang sebab abg ada 2-2 belah. Adik ada sebelah jer.
2-2 rambut lebat.

X ingat dah...


Wednesday, October 24, 2007

Raya ke4

Kalau tahun2 sudah... orang2 kat rumah Cik Da jadi mangsa kena jadi cameraman tak bertauliah. Siapa yang ada kat pintu... dialah jadi mangsa. Tapi tahun ni jiran sebelah dah tak jadi mangsa dah. Kitoang adik beradik sepakat nak ambik Jukie jadi cameraman untuk raya 2007. Cip ijau yang bagi info fp Jukie ni. Raya ke4 berlansungnya majlis posing memposing.

20 orang ahli keluarga berkumpul kat rumah Taman Adabi. 20 orang pun dah kelam kelibut dibuatnya. Dengan 7 orang kanak2 ribena yang tak reti nak duduk diam. Orang ni kacau orang tu. Dia toleh kanan. Dia toleh kiri. Orang suruh bersila dia nak bercangkung. Bikin kefala ana jadi fenin...

Lepas abis posing kat Taman Adabi... rombongan cik kiah berangkat ke Taman SL Jias plak. Lokasi posing beralih ke rumah baru abe & K.Wanielah pulak. Macam2 gaya dipraktikkan. Pintu rumah abe mendapat sambutan hangat. Ramai nak mengabadikan diri dengan pintu. Adoiiii. Bajet masa dalam 3jam jer. Tapi xdenya 3 jam bleh stop... berlanjutan sampai 4jam.

Keseluruhannya... semua berpuas hati dan seronok.

Thanks Jukie. Ada rezeki, panjang umur... boleh bekerjasama lagi. Maklumlah tahun depan ahli keluarga akan bertambah2 lagi. Insyaallah.

Oh ya... warna Aildilfitri 2008... kuning emas @ oren.

Thursday, October 18, 2007

Mood Raya

Mood raya masih melanda... nak buat kerje pun rasa malas 2-3macam jer.

Raya tahun ni tema 'purple'.

Monday, October 08, 2007

Cahaya Syawal Kembali Tiba

Rantaian Kasih Di Aildilfitri

Mohon Ampun Maaf Dengan Keikhlasan

Dari Kami Sekeluarga



Thursday, October 04, 2007

22 Ramadhan

Pikir dah dekat nak raya syok. Tak sabar nak balik kampung. Tapi pikir nak packing barang nak wat balik kampung langsung x syok. Dah kena start packing sikit2. Takut nanti ada yang terlupalah... tak ingatlah.

Cuti raya dah approved. Start cuti Jumaat (12Oct). Masuk kejo balik Khamis (18Oct). Rasa sekejaplah pulak balik beraya. Nak wat camana, cuti mana ada dah.




Wednesday, October 03, 2007

Resepi

Biskut Coklat Badam

Bahan2 yang diperlukan
500gm tepung (aku pakai tepung cap Blue Key)
360gm mentega
200gm gula aising (aku pakai gula kastor - x jumpa gula aising - or benda yang sama ek)
125 hirisan badam
30gm serbuk koko

Cara2 membuatnya
Pukul mentega hingga sebati.
Masukkan tepung, serbuk koko dan badam. Kacau bagi rata.
Bentukkan menjadi doh. Aku gulung2 jadi bulat panjang. Pastikan adunan tu rata dan tekan bagi padat.
Simpan dalam peti sejuk bagi dia agak2 keras.
Keluar dan potong.
Bakar dalam suhu 180 darjah celsius selama 15-20minit.

Monday, October 01, 2007

First Time

+/- 31thn aku hidup ni... ni lah pertama kali aku buat biskut raya dari A-Z. Jangan tak caya...

Walaupun percubaan pertama... boleh tahan gak hasilnya.

Memperkenalkan Biskut Coklat Badam...

Thursday, September 27, 2007

"Kembar"

Sorang keluar di awal pagi.

Sorang keluar di petang hari.


Mereka berkongsi tarikh lahir yang sama. Mak2 doang bekerja dalam ofis yang sama.

Dua2 berambut hitam pekat dan lebat. Mata bulat. Pipi yang tembam. Memang sesuai mereka dikatakan 'kembar' walaupun hakikatnya berlainan ibu dan ayah.

Tapi mereka belum pernah bertemu secara live.



Citer kembar 8bln yang lepas.

Tuesday, September 25, 2007

Banyak Akal

"Tekak Boy sakit. Spider gigit".
2-3minit lepas tu.
"Perut Boy pulak sakit. Spider gigit".
"Spider pun nak makan McDonald gak Ma. Sebab tu dia gigit perut Boy".


Ni semua gara2 aku tanak singgah beli McDonalds.

Note : LO kat atas ni Konah yang buat. Sebab tu cun gilerkan.

Monday, September 24, 2007

Hobi Baru

Pantang anak2 lebih2 Auni Damia tido... terus aku menggali kekreatifan buat scrapbook. Syok buat benda ni.

Friday, September 21, 2007

Berita Gumbira

7 minggu... EDD May 7, 2008.

Alhamdulillah.

p/s tak lupa jugak tahniah untuk KV yang dah selamat bersalinkan anak perempuan pada 12Sept lepas dengan berat 2.9kg.

Wednesday, September 19, 2007

Uwaaaa

Tik tok tik tok... dah pukul 2.39am. Aku masih kat ofis.

Tuesday, September 18, 2007

Serba Ringkas

Adib Irfan

Makin manja.
Tak dengar cakap pun boleh tahan gak. Selalu buat mama bertukar jadi ibu singa. Tangan pun cepatlah nak hinggap ke badan.
Pandai ambik hati.
Aritu sibuk nak buat kek 'birthday' utk mama. Birthday mamakan... anak mama kena buat kek utk mama. Mama kena pergi keje baru Boy boleh buat kek utk mama.

Auni Damia

Makin 'nakal'
Dah boleh duduk tanpa ada sokongan dari apa jua benda.
Tepuk tangan paling dia suka sekarang.
Suruh bye2 pun dia dah pandai walaupun gaya tangan cam nak mencangkul tanah.
Gigi masih belum ada.

Wednesday, September 12, 2007

Ramadhan Kembali

Selamat Menunaikan Ibadat Puasa untuk semua tak kira di mana berada. Semoga amalan2 yang kita lakukan di bulan yang mulia ini diberkati Allah SWT.

Tuesday, September 11, 2007

Jauh Berjalan



Smlm ibu cakap Damia dah boleh 'meniti'. Rasa2 raya ni dah boleh jalan ke... Terkedek2 ler nanti.

Monday, September 10, 2007

Nasi Dagang

1st time buat.... wallaaa.

Alhamdulillah menjadi gak. Walaupun x sepower yang mama buat. Tp oklah cubaan pertama dah berhasil.

Sasaran seterunya nak try buat nasi kerabu plak. Buat time bulan puasa best gak. Bakar ayam percik sekali. Sure terangkat.

Friday, September 07, 2007

Pengubat Rindu

Kami kini di Madinah. Sampai dari Cairo hampir subuh. Kami sihat. Hotel dekat saja dengan masjid. Salam.

Alhamdulillah.

Sms dari Papa.

Tuesday, September 04, 2007

Breeep... Breeep...

Temasya sukan 2007 telah selamat melabuhkan tirainya semalam pada pukul 4.39pm. Azie telah diumumkan sebagai peserta terakhir sampai di garisan penamat. Dalam masa tak sampai 3 hari aku dapat 2 orang 'anak sedara'. Sepasang pulak tu. Makin bertambah bilangan ahli keluarga kami.

Azie patutnya masuk OT pukul 6pm. Tapi dia request awal sebab dah tak tahan baby kat dalam asyik mengeras jer.

Tahniah aku ucapkan kepada Azie, Amri dan jugak Nana dengan kehadiran baby boy yang seberat 3.1kg

Note : Disebabkan temasya sukan 2007 mendapat sambutan yang hangat jangan tatau dah ada peserta yang telah isi borong untuk menyertai temasya sukan 2008. Huhuhu. Dalam masa terdekat akan ada lagi peserta yang akan menyusul. Tunggu dan lihat.

Monday, September 03, 2007

Rezeki



Rezeki papa & mama jejakkan kaki lagi sekali ke Tanah Suci Mekah. Kali ni doang akan transit 2 hari di Mesir.

1st time aku sampai ke LCTT. 2-3kali duk retime ... akhirnya pukul 1230am @ 1sept papa, mama & baby sampai LCTT. Baby ikut sampai KL jer. Flight doang ke Mesir pulak pukul 12.45am @ 2Sept. +/- 2minggu doang akan berada di sana. Aku doakan papa & mama selamat pergi dan selamat kembali. Aku doakan jugak mama akan sihat walafiat sepanjang di sana.

Insyaallah doang sempat menjalani ibadat puasa di sana. Walaupun cuma sehari.

Betul2 Anak Merdeka

Akhirnya... hajat Bozo nak dapat anak merdeka tercapai. Lin dah selamat bersalin anak perempuan pada pukul 10.53am dengan berat 2.7kg. Alhamdulillah.

Thursday, August 30, 2007

Lesen D

Sekarang ni dah tak boleh letak dia sorang2 atas katil. Hadang ngan bantal tinggi2 pun dah tak boleh. Dia dah pandai panjat benteng pertahanan. Sedaya upaya dia cuba melepasi halangan di hadapan...

Tuesday, August 28, 2007

Saya anak merdeka

Abang makin kecik.
Adik makin besar.



Monday, August 27, 2007

Langkah seterusnya

Damia tengah menajamkam skill merangkak. Sabtu & Ahad lepas asyiklah duk merangkak. Tapi kejap2 jelah. 2-3 langkah bergerak... dia terus buat aksi 'askar'.

p/s cubaan ke2 buat bubur nasi masih tidak berjaya. Dia masih tanak makan. Siap tutup rapat gusi dia. Geram ada... nak gelak pun ada. Dah panjang akal mek ni.

p/s Ateh yang buat frame kat atas tu.

Friday, August 24, 2007

Masa untuk makan

Dengar Has & Y duk cerita senang banget masak bubur nasi pakai slow cooker. Aku pun simpan hajat. Last week beli ler seketoi. Berialah masak. Letak beras campur ayam campur carrot. Memang senang.

Tapi Damia tak baper suka plak bubur. Tak berapa laju dia kunyah. Tak sehebat dia makan nestum. Aku tak boleh give-up. Kena cuba dan cuba. Kena kumpul resepi. Kena ubah2 menu. Has pun banyak bagi resepi kat aku. Mesti lama2 dia suka.

Berkat kesungguhan dan kesabaran... mesti akan ada hasilkan. InsyaAllah.

Thursday, August 23, 2007

Mek O Mek

Mek makin manja. Letak nangis. Ambik dukung terus senyap. Kadang2 meraung cam kena pukul. Meleleh2 airliur airmata. Kadang2 kesian tengok. Kadang2 biar jer. Layan jer perangai manja dia semua kerja tak boleh buat. Sekarang dah pandai menggapai2 tangan suruh kita dukung. Pantang lalu depan dia... terus hulur tangan. Mek... Mek...

Wednesday, August 22, 2007

Semoga semuanya selamat

Petang Khamis dapat sms dari Papa cakap Mama masuk hospital. Berdebar2 rasanya. Memang mama selalu sakit tapi tak pernah plak kena tahan kat hospital.

Memang dah plan nak balik PMas tapi Jumaat malam. Dah jadi camni cari tiket balik awal. Dapatlah flight pukul 7.50am hari Jumaat. Itu jer pun yang ada. Cuti sekolahkan... mana2 pun semua habis.

Doc cakap Mama sakit batu dalam hempedu. Sakit yang amat Mama cakap. Baju bersentuh dengan kulit pun dah rasa sakit. Hati Mama pun tak berapa elok gak. 4 hari 3 malam gak Mama kat hospital. Alhamdulillah Mama dah beransur sihat.

29Aug kena pergi scan untuk tau details sakit. 2Sept plak Mama & Papa nak pergi buat Umrah. Tataulah camana... Harap2 Mama akan sembuh dan sihat seperti sedia kala. Amin.

Wednesday, August 15, 2007

Bertambah lagi

Maya dah boleh tarik nafas lega. Sesi push-mempush dah selesai. Sabtu lepas Maya telah selamat melahirkan seorang puteri yang amat comel. Muka seiras ngan abang Elman.

Dahlia Amily
DOB : 11-August-2007 @ 1.42pagi
Berat : 2.7kg
Panjang : 48cm

Sorang lagi berjaya masuk acara lari berganti2. Alhamdulillah. Maka akan bertambah ramai lagilah ahli keluarga MJ.

Semalam plak dapat sms dari Ja... Iza pun dah dapat baby girl. Nanti boleh share barbie doll dengan kak yaya. Info tak banyak. Dia bersalin dalam pukul 10pagi.

Selamat berpantang untuk Maya & Iza.


Friday, August 10, 2007

LOVE is cinta

AI : Elisa cakap Boy bercinta ngan Izzatul.
M : Betul ke Boy bercinta ngan Izzatul.
AI : Taklah.
M : Bercinta tu camana...
AI : Bercinta tu bagi cincinlah.
M : Kenapa nak bagi cincin.
AI : Sebab dia xde cincin lagi.
M : Ooooo.

Dah ler minggu ni MJ pn ada tema. "Semarakkan Cinta". Memang bersesuaianlah ngan tema. Bila aku nak start 'bercinta' ngan tok laki ni. Dah lama rasanya tak 'bercinta sakan'. Hehehe.

 

Blog Template by YummyLolly.com