Pages

Wednesday, May 31, 2006

Aku Ada Kerana Kau Ada

Dewan Sastera Edisi Jun2006. Aku ingat nak pergi carilah kat mana2 kedai buku. Alih2 papa dah belikan untuk semua anak2. Terima kasih papa. Seronok aku baca.


Papa aku jadi Karyawan Bulan Ini. Aku sebagai anak rasa bangga yang amat. Bilalah aku nak jadi sekreatif macam papa. Nak jadi kreatif camana... baca buku pun malas. Merapu-meraban cam kat sini pandailah. Papa memang kaki buku... kaki buku ke ulat buku ek...??? Macam2 jenis buku yang dia baca. Semua genre buku telah menjadi koleksi papa.

Selain buku, papa juga suka kumpul artikel2 dari suratkhabar. Dia gunting dan simpan elok2. So, suratkhabar kat rumah tu salah satu barang yang berharga. Kalau suratkhabar tu belum diterokai sepenuhnya oleh papa, jangan harap orang lain nak gunakan sesuka hati. Suratkhabar bertarikh hari ini hanya akan boleh digunapakai... paling2 tidak 2-3bulan yang akan datang... kadang2 dah naik kuning suratkhabar tu pun belum tentu jadi suratkhabar lama. Itulah papa...

Huhuhu... terperasan sikit aku. Nama aku pun ada kat celah2 artikel yang ditulis oleh Pakcik Norhisham Mustafa.


Aku teringin jadi seperti papa...

Tuesday, May 30, 2006

Bila Hati Dah Suka

Ketupat sotong... salah satu makanan favorite aku. Aritu duk terliur jer tengok gambar ketupat sotong dalam blog HOTMAMA. Tapi ketupat sotong dia lain sikit. Dia cakap itu ketupat sotong versi Terengganu. Sebab yang selalu aku makan... kaler coklat pekat. Maybe yang membezakannya... gula melaka. Nak kena belajar masak ketupat sotong... nanti senang. Kalau rasa nak makan. Buat sendiri jer.

Semalam, mama beli 1/2kilo sotong untuk buat ketupat sotong. Balik ofis aku singgah Sentul... apalagi... menjamu selera dengan ketupat sotong ler. Bukak periuk kat dapur KLong... ada gulai darat ayam. Ni pun antara my favarite gulai. Kebetulan perut pun lapar... ambik nasi... ambik gulai darat... makan ler. Tapi aku lagi suka gulai darat daging campur ngan limpa & paru. Terangkat beb...

Aku pernah 2x try masak gulai darat. Alhamdulillah menjadi ler. Tapi sudah semestinya tak boleh lawan yang mama punya.



Friday, May 26, 2006

Buhsan

Aku nak update... tapi aku tatau nak tulis pasal apa... fikiran buntu... beku... langsung tadak idea. Tapi tangan ni meronta2 nak mengupdate. Parah... haru...

Semalam masa lunch hour aku pergi Sogo... nak beli kasut. Sampai Sogo... takde yang berkenan pulak. Padahal aku memang dah tengok & belek2 kasut kat Sogo hari Ahad lepas. Tapi sebab tak puashati gak... nak puaskan hati... semalam pergi lagi. Kan dah cakap takde yang berkenan di hati. Bukanlah takde yang berkenan di hati. Ada. Tapi yang aku suka & berkenan takde size. Pump shoes kaler pink (betul ke aku nak pakai kasut kaler pink...???) & ada butterfly lagi kat atas tu. Cute sangat. Sedih... Semalam aku duk aim nak beli kasut yang kaler turqoise & ada tali riben kat atas. Tapi bila try... awat nampak pelik pulak. Pergi Sogo pegang purse... balik Sogo pun pegang purse jugak. Langsung tak beli apa2. Melayang duit aku untuk tambang teksi RM8 jer.

Aku memang susah giler nak beli kasut. Nasrun memang surrender kalau dengar aku ajak dia temankan aku beli selipar (especially). Sebab dia tau masuk 10 kedai kasut pun belum tentu ada yang aku berkenan.

Tapi sekali aku dah berkenan... aku beli dan akan pakai sampai ke akhir hayat selipar tu. Macam selipar hitam Scholl aku. Aku beli masa aku pregnantkan Adib Irfan... selipar rayalah konon. Dan aku pakai sampailah Adib Irfan umur 3tahun lebih. Awal tahun ni baru aku ketepikan dia... bagi dia berehat. Tapak dah terbelah... dah tak boleh diubati lagi. Tapi aku masih simpan... sayang nak buang. Memang aku pakai selipar tu semaksimum yang mungkin... berpanas... berhujan...redah air lopak... debu2 di jalanan... Betul2 berpuashati dengan selipar itu.

Kalaulah design camtu masih ada lagi... confirmed aku beli tanpa was2. Tak kisah ler sama & serupa. Pakai dengan jeans boleh, baju kurung pun masuk, skirt pun nampak lawa, slack nampak ok... pendek kata boleh digayakan bila2 masa dan di mana2 saja.

Yehaa... akhirnya aku dah dapat idea nak update blog.

Selamat Berhari Minggu... Selamat Cuti Sekolah... Selamat Naik Pelamin... Selamat Bersuka Ria. Minggu depan aku akan update satu cerita yang seronok, bahagia, gembira... Insyallah.


Thursday, May 25, 2006

25-Mei-197....

Happy Birthday To You...
Happy Birthday To You...
Happy Birthday To SATINTA ARIANA
Happy Birthday To You.


Tuesday, May 23, 2006

Muhammad Ryan

Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar. Ja dan baby Ryan dua2 dah selamat. Ryan keluar dari perut mama dia pukul 4.30pm dengan berat 3.0kg. Seronok dengar. Berdebar2 kitorang tunggu berita dari Ja. Dari mula2 dapat SMS... dia dah keluar tanda2, on the way pergi hospital, dah bukak 3cm, dah get ready nak masuk labor room, bukak 5cm, kena induce dan last2 dapat sms & mms cakap semua dah selamat. Firman dah jadi Abang Long.

Baton dari Y belum ada tukang sambut lagi... kita tunggu siapa yang kena...!!!!

Untuk Ja : Selamat Menjalani Proses Berpantang. Syok ler ko dapat cuti 2bulan.


Saturday, May 20, 2006

Hari Bersejarah Utk...

You're so very special to both of us...
Hope that U like the pressie...
Luv, Mama & Boy

Thursday, May 18, 2006

Nak ke Tanak

Aku rasa cam nk cuti besok... Leave form dah siap isi... tapi belum bagi kat bos aku lagi. Berbelah bagi rasanya... separuh hati cakap nak cuti... separuh lagi cakap tak payah ler. Cuti pun bukan nak pergi mana2 pun. Baik simpan jer cuti. Tapi kalau cuti boleh gak aku ajak Syamimi & Adib Irfan keluar jalan2. Manalah tau kot2 ter'jumpa' idea apa aku nak beli present utk suami tersayang. Sabtu ni birthday dia yang ke 31. Aku langsung takde idea nak bagi apa. Nak bagi apa ek???? Nak cuti ke tanak cuti ni????

Adib Irfan dah 2 hari duk rumah ngan Umi. Nangis2 tanak pergi rumah Ibu. Syok ler dia duk rumah sebab boleh layan tengok VCD/DVD. Syamimi cakap bangun tidur jer terus pasang cerita yang dia berkenan. Bab pasang2 CD ni dah lama dia teror. Berkat tunjuk ajar dari papa dialah. Tapi dia memang cepat belajar kalau bab ala2 teknikal ni. Nak ambik gambar dari cameraphone pun dia pandai. Betul2 ikut perangai papa. Anak papalah katakan. Kalau aku... takdelah aku nak ajar semua benda ni. Kot2 dia besar skit... papa ajar dia baiki kereta pulak. :D

UPDATED : Borang cuti aku dah approved.

Wednesday, May 17, 2006

Mengimbau Kenangan Lalu

Kejadian berlaku di dalam kelas 1KP2 di Sek Men Sultan Ibrahim (1). Cikgu Naruto (bukan nama sebenar) masuk untuk mengajar subjek Geografi. Agak boring hari tu Cikgu Naruto mengajar. Aku, Hasne, Tinta & Diana (kawan kamceng aku sejak sekolah rendah lagi) buat hal masing2. Dah ler duk barisan belakang sekali... tak dengar cikgu mengajar pulak tu.

Sok-sek-sok-sek kitorang berempat kat belakang. Betapa kusyuknya kitorang duk mencurahkan idea kat atas sekeping kertas sampai langsung tak perasan Cikgu Naruto dah berada kat belakang kitorang. "Apa awak lukis tu?" "Bagi saya tengok". Nak mampus bagi dia tengok apa yang kitorang lukis. "Saya cakap bagi saya tengok!!!". Kitorang berempat diam seribu bahasa sambil Hasne pegang dengan erat hasil kreativiti kami itu. "Tanak bagi saya yer" "Bangun...!!! berdiri atas kerusi sampai habis waktu".

Kami dengan muka menahan malu dan senyum sumbing... bangun dan naiklah berdiri atas kerusi. Tuhan saja yang tahu betapa malunya kitorang masa itu. Nasib baik ler classmate semua dah kenal dari sekolah rendah lagi. Cuma adalah 2-3 kerat dari sekolah rendah lain. Mana2 pelajar yang lalu-lalang kat luar kelas kitorang... pasti akan tertoleh 2 kali. Apahal ler budak berempat tu kena berdiri atas kerusi.

Lepas habis waktu... barulah denda berdiri atas kerusi berakhir. Lenguh jugaklah berdiri. Lepas Cikgu Naruto keluar jer... kitorang bantai gelak tak ingat dunia dan kitorang pun digelakkan oleh kawan2 yang lain. Ampeh punya kawan. 1st time kena denda dengan cikgu.

Nak tau apa yang kitorang lukis... kitorang lukis gambar Cikgu Naruto takde gigi. Tatau kenapalah Cikgu Naruto tu tanak pakai gigi palsu. 3 batang gigi belah depan pulak tu yang 'hilang'. Kan dah jadi bahan lawak oleh pelajar2 yang 'sewel' cam kami berempat ni.

Bila ingat2 kembali... memang lawak jer perangai kitorang ni. Tapi lepas tu kan... kitorang rapat ngan Cikgu Naruto. Tatau kenapa kitorang boleh rapat ngan dia.

Memang satu peristiwa yang tak dapat aku dan mungkin kawan2 aku yang 3 orang tu tak boleh lupakan sampai bila2.

Aku juga rindu dengan Hasne, Diana dan Tinta. Banyak suka dan duka yang telah kami harungi bersama2. I love and miss u guys so much.

16Mei : Selamat Hari Guru untuk Cikgu Naruto (ingat yer bukan nama sebenar) dan semua cikgu2 yang telah banyak membimbing dan mencurahkan segala ilmu kepada aku. Jasa baik cikgu tak dapat aku lupakan sampai bila2.

Tuesday, May 16, 2006

Tidurlah Sayang... Tidurlah Intan

Mama... dia nyanyi kat mama. Dia suruh mama tidur. Inilah ayat yang dia akan cakap bila dia dengar iklan Pampers All Night.


Semalam babysitter tanya aku... mlm tadi pukul berapa Adib tido? Pukul 11... pastu pagi dia bangun awal. Dalam kereta langsung tak tidur. (Kalau tak dia tidur gak dari rumah - rumah babysitter). Tapi petang Ahad tu dia langsung tak tidur. Kitorang jer tidur... dia duk ralit tgk dvd. 2 DVD dia sempat tengok. Selalunya kalau hari minggu dia memang di'wajib'kan untuk tidur... selalunya lepas makan tengahari.

Nak tau berapa lama Adib tidur tadi. Dari pukul 10 pagi sampailah pukul 4 petang. Hahhh... lamanya dia tidur. Dia ganti tidur yang hari Ahad punya kot. LOL.

Sekarang ni memang kalau mama & papa tak masuk bilik... dia pun takkan tidur jugak. Sebab tulah nak tak nak kitorang pun kena tidur awal jugak. Teringat masa dia kecik2 dulu. Pukul 7-8mlm dia dah tidur. Tidur awal ni berlarutan sampailah dia berumur 2thn+. Lepas tu jarang2 sekali dia tidur awal.

Monday, May 15, 2006

Say NO to.... DIAPERS

...kecuali (1) masa tido... tak kiralah tido di siang hari atau malam hari. Aku masih tak berani nak ambik risiko. Biar jelah dia pakai diapers. Nanti tak pasal2 kena jemur tilam. Nanti bila sampai masanya... barulah boleh betul2 BYE-BYE TO DIAPERS.

Adib Irfan start tak pakai diapers sejak 2-3May 2006. Baru je lagi. Sebelum tu aku dah pernah trained dia. Tapi during weekend jelah. Masa kat rumah babysitter still pakai. Pastu aku tanak confusedkan dia... yelah 2 hari tak pakai diapers... 5 hari lagi pakai... so, aku abaikan dulu cita2 tanak pakaikan diapers. Pastu aku pun agak malas. Malas nak ulang alik masuk toilet.

Sekarang kalau pergi jalan2 pun dah tak pakaikan dia diapers. Tapi time dia nak kencing... agak kelam kabut jugaklah. Kalau tempat2 yang biasa pergi... oklah, senang sikit nak cari toiletnya. Cam aritu... kat Ampang Park. Tiba2 dia cakap dia nak kencing. Berkejar aku cari toilet. Cepatlah ma... nanti boy kencing dalam seluar...

Alhamdulillah... setakat ni tak pernah lagi kandas di tengah jalan. Dia masih boleh control. Tunggu bukak seluar dan masuk toilet... baru dia lepas semua. Tapi satu jer problem tak pakai diapers. Dia masih tak berapa OK lg kalau nak (2) uk-uk tanpa diapers. Kadang2 sampai 3-4x masuk toilet.. tak keluar jugak. Last2... mama, boy nak pakai ampesh... 2-3 saat pakai diapers... terus buat 'bisnes' juta2.

Thursday, May 11, 2006

Selamat Hari Ibu

Ibu... Ibu... Engkaulah Ratu Hatiku...



Khas untuk sesiapa saja yang bergelar IBU... (especially to Mama, Mami and Myself)

... dan untuk MAMA, terima kasih di atas segala2nya.Tiada kata2 yang dapat menggambarkan betapa... I LOVE U, MAMA.

Wednesday, May 10, 2006

Kalau mood rajin... inilah hasilnya

Ayam Goreng Kong Poh Chinese Style

Bahan A
2 ketul dada ayam (dihiris panjang)
1/2 atau 1 biji telur
3 sudu besar tepung jagung
sedikit garam

Bahan B
6 ulas bawang merah )
3 ulas bawang putih ) mayang nipis2 atau tumbuk
1/2inci halia )
10 tangkai cili kering
sos tomato /sos cili /sos tiram / kicap
tepung jagung /garam /gula

Bahan C
Cili capsicum merah & hijau dan b
awang besar ) dipotong dadu
Daun bawang

Cara-Cara
Bahan A digaul sebati. Kemudian digoreng hingga ayam masak kekuningan.
Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering hingga naik bau.
Masukkan kesemua sos2 dan kicap. Tambah sedikit air. Masukkan garam dan gula
Biarkan mendidih. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau hingga sebati.
Masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Akhir sekali masukkan cili capsicum dan bawang besar. Hiaskan dengan daun bawang.

--------------------
Malam tadi aku sedikit rajin. Mood nak masak timbul. Tapi tatau nak masak apa. Lauk kat rumah hanya ada ayam semata2. Asyik2 buat sup, masak kicap, goreng pedas, kari & kurma jarang aku masak sebab aku tak berapa suka masak pakai santan... boring kalau duk masak benda yang sama. Mula2 aku sms 'Chef' Bear... aku bagitau dia aku nak masakan yang simple dan sedap. Dia pun senaraikanlah lauk-pauk yang berasaskan ayam. Terus aku telefon nak tanyakan resepi ayam masak madu. Sebab antara banyak2 tu aku berkenan dengan Ayam Masak Madu. Dan kat rumah pun ada madu. Senang ceritakan.

Pastu aku tanya dia pulak... ayam masak kong poh ni camana plak. Senang tak nak buat. Dari A sampai Z ler dia duk bercerita. Nasib baik aku takde tersepak batu ke apa ke. Kalau tak langsung hilang semua yang aku duk ingat. Aku duk bercakap dengan dia sambil berjalan. Camanalah aku nak tuliskan. Main ingat dan hafal jelah.

Dia cakap lagi... dia ada kat KL sekarang ni. Tengah cari kerja sementara tengah cuti 3 bulan. Kalau nak belajar masakan lain... hari minggu nanti dia boleh datang rumah. Itu sudah bagus...

Nanti aku nak belajar ayam masak taucu dan ayam masak madu (mamak & chinese style).

Tuesday, May 09, 2006

Celoteh Samir

M E N G U A P

Adib Irfan : -menguap-
Mama : naper tak tutup mulut. tak good tau. kalau menguap kena tutup mulut.
Adib Irfan : boy nak tutup... tangan ni tak bangun lagilah ma. dia bangun lambat.

hari dan waktu yang berlainan

Adib Irfan : -menguap sambil tutup mulut- Boy tutup mulut... boy goodkan ma.
Mama : a'a camtulah baru good.
Adib Irfan : dia dah bangun ma.
Mama : sapa dah bangun?
Adib Irfan : tangan boylah ma. sebab tu boleh tutup mulut.

- dah pandai loyar buruk -

T A P I

Adib Irfan : mama ni gemuk.
Mama : yeker mama gemuk... kalau mama gemuk tak lawalah ek mama?
Adib Irfan : mama lawa tapi... mama gemuk.

- pujian dalam kritikan -

T E N G O K

Adib Irfan : naper mama tgk boy.
Mama : anak mama ni hensem sebab tu mama tgk anak mama.

hari dan waktu yang berlainan.

Mama : pasal boy tgk mama.
Adib Irfan : sebab mama ni lawa.

- ada ubi ada batas -

S A Y U R

Adib Irfan : sayur ada lagi tak ma kat rumah?
Mama : sayur?? pasal plak tiba2 teringat sayur.
Adib Irfan : ada sayur tak?
Mama : dah habis... naper?
Adib Irfan : nanti kita beli sayur.
Mama : nak beli kat mana?
Adib Irfan : kat kedai rumah kitalah.
Mama : boy nak beli sayur apa?
Adib Irfan : boy nak beli eskrem, bukan sayur.

- ada misi tersembunyi rupanya -

H A N I S

Papa : boy nak pakai pampers mana?
Adib Irfan : pampers hanis
Papa : hanis???
Mama : hanis tu mama haziq ler. pampers boy huggies.

- bila masalah hanis jadi tokey diapers -


Monday, May 08, 2006

Ramai-ramai kita menyanyi...

Dah agak lama kitorang tak buat sesi jumpa-jumpi ni. Sekali-sekala dapat jumpa seronok tak terkata. Walaupun tak semua geng2 kitorang yang dapat menghadirkan diri... tapi keseronokan masih dirasai.

Birthday Party Nur Dania Irdina telah berlangsung dengan meriahnya di McDonald Equine Park.

Dapat jumpa dengan Izz Hannah yang semakin terserlah ketembanan pipi dia. Aku & Nasrun sempat 'ambik berkat' dari Hannah. Masa kitorang dukung dia... sikit pun takde bunyi suara nak merengek ke menangis ke. Good girl. Dengan keriuhan dan kebisingan pun Hannah steady jer tido.

Dapat jumpa ngan Mak Buyung Senior. Kalau aku pun nak mengandung cam mu Ja... perut jer besar... tapi badan tetap maintain slim gitu. Lepas beranak takde ler pening2 kepala nak makan ubat itulah ubat inilah untuk kuruskan badan.

Dapat jumpa Iza yang dah lama 'menyepikan' diri dari dunia siber. Aku nampak Iza sedikit kuruslah. Apa rahsianya...???

Dapat jumpa ngan 'menantu' Nana yang semakin ayu dan jelita.

Adib Irfan kalah masa main musical chair. Mana nak menang... budak2 lain bawak mak masing2. :D Adib Irfan jer wakil perseorangan.

Maskot aritu... Birdie. Tapi Birdie masih tak mampu untuk mengalahkan kepopularan Mr Bear Hidung Selotep.

Adib Irfan dapat geng baru. Dia tatau nama kawan dia apa... so duk panggil 'Kawan' jelah. 'Kawan' yang dimaksudkan ialah Firman.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada Azie, Amri dan Nana sebab sudi menjemput kami sekeluarga ke Birthday Party Nana yang Ke 3.

p/s gambar2 ni ihsan dari Ja. Aku langsung tak ambik gambar. Sebab tengok dah ramai yang duk klik sana klik sini...

Friday, May 05, 2006

Aku pun dah lupa...

Malam tadi dapat sms dari Azie. Dia cakap dia nampak gambar Adib Irfan pakai kasut kat dalam The Star. Gambar Adib Irfan... pakai kasut... dalam The Star... gambar mana ni... bila masa pulak aku hantar kat The Star.

Lepas duk berbalas-balas SMS... plinggg... baru aku teringat.

Yup... aku ada hantar gambar kat The Star. Tapi dah berkurun aku hantar gambar tu. Gambar Adib Irfan pakai kasut pengantin masa kenduri kahwin Eni.

Pagi tadi tak sabar nak datang ofis... nak cari The Star hari Rabu. Cari kat ofis aku takde pun yang Clove Section. Nasib baik kat ofis Linda ada. Kalau tak, kena mintak tolong Azie scan. Hehehe.

Aku sendiri memang dah lupa pasal gambar ni.

Dapatlah voucher Sony Pictures berharga RM50. Rezeki Adib Irfan.


Tuesday, May 02, 2006

Pepahat @ Bagan Lalang

Akhirnya dapat jugak aku menikmati pepahat. Dah lama duk mengidam pepahat ni. Duk dengar jer orang cakap pasal pepahat. So, last friday berjaya sampai ke Bagan Lalang... Makan besar kitorang bertiga malam tu.

Pepahat goreng bercili, kerapu 3 rasa, udang goreng pedas, sotong goreng tepung dan cendawan goreng. Yummy... Adib Irfan macam biasalah, makan nasi 2-3 suap... pastu duk makan udang, cendawan butang (dia panggil telur) dan sotong. Mama dan Papalah kenyang perut suka hati. Mau tak berselera makan... makanan yang sedap, makan pulak kat atas pelantar... kat bawah air, dengan angin sepoi2 bahasa, dengan deruan ombak yang memukul tebing simen, sambil menyaksikan matahari terbenam ... cewahhhh.

Sedikit info PEPAHAT :


"Pepahat mempunyai ukuran sepanjang dua inci dengan kulitnya yang agak nipis seperti udang.
Pepahat terbenam di bawah permukaan pasir.
Bahan yang diperlukan untuk mencari pepahat hanyalah sebatang lidi dan sedikit kapur simen.
Lidi yang dicelupkan dengan kapur ini kemudiannya dibenamkan dalam lubang dan pepahat akan keluar dengan segera kerana tidak tahan dengan rasa panas kapur tersebut".


Tuah Ayam Nampak Di Kaki

Siapa sangka siapa menduga...
Dalam masa sehari... rezeki Razak melimpah ruah.
LABUCI menjadi perkataan keramat utk Razak.
Dengan LABUCI, yang mana Razak pun tatau apa benda LABUCI itu... hehehe... membolehkan Razak membawa pulang KIA OPTIMA dan wang tunai sebanyak RM18k (kalau tak silap akulah). Nik pun keluar TV gak aritu. Glemss gitu.


Tahniah utk Razak, Nik dan Puteri Ariana. Lepas ni boleh balik Kelate ngan KIA OPTIMAlah. Vroooommmm.

Itulah orang cakap tuah manusia siapa yang tahukan...


 

Blog Template by YummyLolly.com