Pages

Wednesday, July 04, 2007

Tentang Dia

Makin lasak dia sekarang. Letak atas toto... paling belakang... dah kat luar kawasan. Sekejap jer dia berpusing.

Makan pun banyak. 7-8 sudu kecik nestum sekali ngap jer. Kalau dah lapar sangat... ketar2 tangan sambil mulut tak berhenti2 ngomel. Kesian Damia duk makan nestum & gerber jer. Mama belum berkesempatan nak masak lagi untuk Damia.

Minum susu pun banyak gak. Sekarang 5oz sekali hisap. Time sangatlah haus boleh habiskan 6oz susu. Damia sama mcm abang. 1 botol susu sekali hisap. Takdenya nak hisap 2-3x.

Suka bergurau. Mengekek2 dia gelak. Kadang2 abang buat lawak biasa pun dia bleh layan gelak kuat2. Mama baru jer tegur... dia dah sengih sampai ke telinga. Papa cakap mama clown. Balas dendam sebab masa Adib dulu papa jadi clown.

Suka masukkan jari dalam mulut. Kadang2 tu sampai semua jari dia masukkan. Meleleh2 air liur dibuatnya. Nak tumbuh gigi dah kot.

Tak takut pun masuk dalam mesin basuh kereta. Ingatkan dia takutlah. Lagi dia ketawa adalah. Dia ingat bulu2 mesin tu duk bergurau senda dengan dia.

3 comments:

.:HalogAmora:. said...

ya allah geramnye tgk pp N mulut dia tu....montel btul la mcm roti kat talk bread kan kan

kaezrin said...

geram aku tgk damia...

nanti buleh tgk damia dtg rumah aku erkk

ummi zufayri said...

comel la rakan sebaya izzah ni :)
izzah pun suka gelak, tapi yg jadi clown nya, abang dia. he..he..

 

Blog Template by YummyLolly.com