Pages

Monday, July 23, 2007

Akhirnya

Appointment patutnya 25-June lepas tapi sebab cik mek asyik duk demamlah, batuklah, selsemalah... asyiklah duk postponed.

Sabtu lepas jab untuk 5 dan 6 bulan buat sekali harung. Next appointment 25-Jan-2008.

1st time kena jab dia nangis.

Berat dia sekarang 7.5kg. Panjang 68cm. Ukur lilit kepala 42cm.

Apa yang Auni Damia boleh buat sekarang ek... hrmmm

  • Dia dah boleh meniarap dan bergerak ke depan. Mama aku cakap 'heret dada'.
  • Dah ada kecenderungan nak merangkak sebab duk angkat bontot. Sekali tgk cara dia cam ulat beluncas.
  • Kaki sengih. Pantang orang tegur mulalah sengih tunjuk gusi.
  • Gelak pun kuat. Abang dia sukalah kalau lawak yang dia buat kat adik menjadi. Lagi kuat adik mengekek mengilai lagi kuat abang jadi pak lawak.
  • Rambut 'trojan' dah makin rebah ke bumi.
  • Dah pandai tarik dan bukak topi.
  • Manja pun yer gak skang.
  • Suka tidur meniarap.
  • Susahnya nak bagi dia makan skang. Suka nak terbalikkan badan dia. Suap sambil duduk dia kureng pandai lagi.
  • Masih minum Enfalac A+. DK suruh try tukar Enfapro. Dapat sample 1 tin kecik tapi belum try lagi.
  • 'Cakap' pun dah banyak. Pot pet pot pet

1 comments:

kasutVincci said...

kv pun dah tak sabar nak tunggu kelahiran baby. Mesti pasni kalut ribut. Hik hik
Kjp jer, dah besar pun dak damia tu.

 

Blog Template by YummyLolly.com