Pages

Monday, July 31, 2006

Sedang Ingin Bercinta

Mama : Sempitlah boy mama nak tido.
Adib : Takpe... boy ada. Mama jangan takut.

Tatau dia faham ke tak statement aku atau dia saja nak meng'auta'kan statement aku.



p/s : Happy Anniversary to Mama & Papa. Aku mendoakan kebahagian dan kesejahteraan hidup Mama & Papa.



Thursday, July 27, 2006

Beza Memang Berbeza

Dulu

Tak boleh pakai lipstik
Tak boleh bau minyak wangi

Sekarang

Boleh pakai lipstik
Boleh bau minyak wangi

Monday, July 24, 2006

Siti Situ Sana Sini

Suatu pagi...

Mama : Skang ni banyak betul dapat email pasal CT dan Dato K. Macam2 ada.
Papa : Malas nak ambik tau.

Tiba2 terdengar suara kecik mencelah.

Boy : Dia nak kawin.
Mama & Papa : Hahhh...

Kuat betul penangan Siti Nurhaliza dan Dato K ni. Sampaikan budak sebesar Adib Irfan pun tau kisah sensasi ni. Sekarang pun dia dah mula kenal muka Siti Nurhaliza.


Thursday, July 20, 2006

Pilihan Di Tangan Anda

Pagi semalam... kejut dia bangun... tanak bangun... mintak dukung... tanak jalan... nak tanak dukung jelah sampai ke kereta. Bagitau dia... malam ni tidur sorang dalam bilik sendiri. Sebab tanak jalan... dia setuju.

Malam tadi... mama tido dalam bilik mama... boy tido dalam bilik boy. Boy dah janji dengan mamakan pagi tadi. Boy nak tido dengan mama. Boy janji besok boy jalan... tak dukung.

Pagi tadi... aku bangun tido... dah pagi ek mama... tidolah dulu... mama nak mandi dulu. Nanti dah siap mama kejutlah. Dah siap semua... sekali kejut jer... dah bangun. Boy baguskan mama... boy jalan. Camnilah baru bagus. Pagi2 bangun... jalan sendiri. Mama penat tau nak dukung. Bagus anak mama.

Besok pagi tataulah macamana. Harap2 dia masih ingat dengan janji2 dia. Insyaallah. :D

Tuesday, July 18, 2006

Thursday, July 13, 2006

Kembali Bersua

Gambar masa balik ambik Adib Irfan kat kampung.

Sokmo duk ajak Sidi kait 'buoh mok tea'... dia suka makan 'buoh mok tea' ni. Takde kebun. Setakat sepohon depan rumah jelah. Kalau kat kampung dulu keliling rumah atok aku ada pokok 'mok tea' ni. Musim buah... berguni2 ler kitorang bawak balik 'mok tea'.

Mama aku cakap nama 'mok tea' depan rumah aku ni 'mok tea anok skoloh'. Macam2 jenis nama 'mok tea' ni... ada nama cik mbung, perok pok ali, tele, gulo batu dan gading. Aku langsung tak tau nak bezakan setiap jenis 'mok tea' ni. Yang aku tau... 'mok tea' kaler merah dan kaler kuning.

Thursday, July 06, 2006

Siaran Akan Tergendala Lagi...

Isnin - Selasa aku cuti. Balik kampung. Seronoknya. Yehaaaa.

1) nak jumpa buah hati pengarang jantung
2) sebab dah lama tak balik
3) nak makan nasi berlauk
4) nak merayap kat rantau panjang
5) jumpa ngan member lama

(sorang tu padahal hari2 duk chatting kat YM / sorang lagi baru bersalin anak sulung)
6) nak tgk final world cup. Itali lawan Perancis.

(Kalau korang nak tau tak penah satu game pun aku tgk. Tapi disebabkan final nanti aku kat kampung... aku betul2 teringin nak tgk. Yelahkan 4thn sekali 'Cawan Dunia' ni. Kalau Nasrun tanak temankan aku tengok... mintak2 Baby Besar tengok... boleh aku join sekali. Adik bongsu aku tu memang giler bola. Mudah2an impian aku tercapai. Hehehehe.)


Wednesday, July 05, 2006

Boring

Boring ya amat Adib Irfan takde. Sunyi sepi jadi rumah. Insyaallah, hujung minggu ni kitorang balik ambik dia. Dia pun dah rindu ngan papa & mama. Sekarang ni tiap2 kali telefon mesti tanya bila nak datang ambik dia... dia dah boring... tak best duk sana... nak balik rumah kita.

Kalau awal2 aritu alangsung tak hirau nak balik... maklumlah seronok balik kampung. Kat kampung plak ramai orang duk layan dia.

Sebenarnya Adib Irfan ni bukannya boleh berenggang lama dengan papa & mama. Tapi sebab dia jenis yang cool & steady tu dia ok jer. Awal2 dulu kalau cakap dengan dia mama yang sibuk nangis... tapi sekarang dia yang nangis... mama dah tak nangis... dah boleh kontrol.

Menghitung hari ni....


Kalau ada masa & nak tengok gambar2 Adib Irfan... bolehlah jenguk kat warung gambar ini.

Monday, July 03, 2006

Jutawan Segera

Macik kayo.... macik kayo.

Syokkan kalau ada duit seguni jatuh dari langit. Hehehe. Berangan jap.



 

Blog Template by YummyLolly.com