teringat lagu kumpulan x.pdc dulu2 kala. petang semalam dalam kereta adi.b ir.fan eja c.i.n.t.a ini. dia suruh saya teka apa yang dia ejakan.
terus dia bukak cerita, abang ada awek. adoiii baru darjah 2 dah nak ada awek ke. nama ali.a natas.ha. aku tanya macamana dia jadi awek abang. abang main baling2 barang kat dia. mama nak tau... dia kecik2 cam abang. sambung dia lagi... dia pun takde gigi macam abang.
kenapa nak kena ada awek. kena ma, nanti dah besar tak jumpa dah.
belajar jelah dulu abang. nanti dah besar baru boleh ada awek2 ni. advance betullah budak zaman sekarangkan.
Tuesday, March 30, 2010
Monday, March 29, 2010
lapis merah lapis hijau
pertama kali buat... alhamdulillah menjadi dengan jayanya. tak pernah terfikir nak buat kuih lapis ni. rupa2nya senang jer buat. bahan2 pun tak banyak. tapi rasanya sangat sedap.
lagi syok kalau makan selapis selapis. thrill habis orang cakap.
resepi kuih lapis ini dari klong.
Friday, March 26, 2010
lawatan sambil belajar
dah berbulan duk membilang hari. yelah nak pergi lawatan sambil belajar dengan kawan2, naik bas siapa tak seronokkan.
lawatan dari pagi sampai ke petang dengan kawan2 sekolah agama ke muzium negara, muzium polis, planetarium dan memorial tunku abdul rahman.
seronoklah abang besok, memang dah lama menunggu hari besok.
lawatan dari pagi sampai ke petang dengan kawan2 sekolah agama ke muzium negara, muzium polis, planetarium dan memorial tunku abdul rahman.
seronoklah abang besok, memang dah lama menunggu hari besok.
Thursday, March 25, 2010
kerana terlalu kreatif
... habis sofa dijadikan kanvas lukisan. abang dia dulu takde pun nak buat contengan di tempat yang tak sepatutnya. dah ler kat sofa tu dia 'lukis' pakai marker pen. mengucap panjang dibuatnya.
tengok jelah selama mana daya kreatif dia akan bertahan. lepas tu barulah fikir nak tukar cover sofa. selagi dia tengah gigih mengasah bakat kreatif dia... memang hanya mampu lihat dan mengucap panjang jelah.

Wednesday, March 24, 2010
siam mari jugak sedap
dulu makan beras pakcik jalal... jasmi.ne super 5. tapi dah bertahun2 bertukar kepada beras siam... tak kiralah cap serindit ke angsa mas ke. asalkan beras siam tadak hal punyalah.
kat rumah memang akan sentiasa ada stok beras siam 1 kampit. selera makan makin menjadi2 ler kalau masak dengan beras siam sebab tak muak macam pulut.
kat rumah memang akan sentiasa ada stok beras siam 1 kampit. selera makan makin menjadi2 ler kalau masak dengan beras siam sebab tak muak macam pulut.
Tuesday, March 23, 2010
dia sangat suka
menulis, mewarna dan menconteng. hari2 dia menulis, mewarna dan menconteng.
dengan ini mama dan papa kena peka lebih sikit ke atas aktiviti dia sekarang.sebab mana2 dia boleh menulis, mewarna dan menconteng.
dinding rumah boleh diibaratkan kertas lukisan pada dia sekarang.
malam tadi baru perasan kewujudan hasil seni lukis dia di sofa.
Monday, March 22, 2010
ku ingin terbang tinggi di awan
papa tanya : adik nama apa
adik menjawab : auni aw.an da.nia
memang dia suka tengok cerita a.wan dani.a. dia kenal 'awan' d.ania. dia kenal ayah 'awan' dani.a. dia kenal ehsan kawan 'awan' dan.ia.
adik menjawab : auni aw.an da.nia
memang dia suka tengok cerita a.wan dani.a. dia kenal 'awan' d.ania. dia kenal ayah 'awan' dani.a. dia kenal ehsan kawan 'awan' dan.ia.
pagar sudah tumbang
dah berhari2 jugak gigi depan sebelah kiri bergoyang. akhirnya petang semalam tumbang juga akhirnya. yang sebelah kanan pun tercabut hari selasa lepas. kira dalam seminggu 2 batang sekali tercabut.
terus muka adi.b irfa.n berubah. lain jadi muka dia tanpa 2 pagar di depan.
terus muka adi.b irfa.n berubah. lain jadi muka dia tanpa 2 pagar di depan.
Friday, March 19, 2010
rambang mata
berkenan beli... berkenan beli. last2 selalu kena sound dengan anak teruna "kan auni dah ada banyak". padahal sabtu lepas baru beli seketul cekak dari fabrik polka dot untuk cik mek. hari ni beli lagi. memang patutlah kena sound dengan anak teruna.
nak buat macamanakan... naluri perempuan. dulu lagilah time rambut cik mek panjang. macam2 hairclip dibeli. sekarang rambut dah pendek... agak terbatas sikit aksesori rambut cik mek.
nak buat macamanakan... naluri perempuan. dulu lagilah time rambut cik mek panjang. macam2 hairclip dibeli. sekarang rambut dah pendek... agak terbatas sikit aksesori rambut cik mek.
Thursday, March 18, 2010
15 Mac 2002
... masih panjang lagi perjalanan kami. semoga apa sahaja yang kami lakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Yang Maha Esa.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 8 untuk kami.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 8 untuk kami.
Tuesday, March 16, 2010
kenal tak...
kalau siapa2 tak pernah tengok gambar ini sebelum... saya rasa mesti tak sangka budak rambut pacak ini adalah auni damiakan.
saya yang duk telek dari 13jan07 pun macam tak percaya... ini adalah auni damia.
lain giler dulu dan sekarang.
woweerina : gambar dari girl-charms
saya yang duk telek dari 13jan07 pun macam tak percaya... ini adalah auni damia.
lain giler dulu dan sekarang.
woweerina : gambar dari girl-charms
Monday, March 15, 2010
memang syok
berkelah sambil makan2 di kebun buah (tapi pokok tak berbuah pun lagi), di tepi anak sungai yang airnya sangat sejuk sungguh mendamaikan.
antara menunya nasi putih berlaukkan gulai daging cincang, telur dadar, timun cicah sambal durian. bbq 5 ekor ayam, 2 ekor ikan siakap, 2 keping lamb dan 2 plastik hotdog pendek dan panjang. desertnya kuih lapis dan apam. sambil tu kunyah jajan2 yang beraneka pilihan.
memang betul2 kenyang perut suka hati.
Thursday, March 11, 2010
berpuas hati dengan apa yang ada
dalam kepala asyik terbayang2 kain kat sini jer... tadi masuk kam.dar memang mengeluh jelah kejenya.
tapi disebabkan tak nak balik dengan tangan kosong. capai jugaklah 4 helai kain cotton.
kemungkinan besar akan dibuat sundress lagi atau pun skirt kembang.
tapi disebabkan tak nak balik dengan tangan kosong. capai jugaklah 4 helai kain cotton.
kemungkinan besar akan dibuat sundress lagi atau pun skirt kembang.
Wednesday, March 10, 2010
bigge.st los.er asia
83kg tu si david berjaya menurunkan berat badan dia. dalam masa 6 bulankan. perghhhh cayalah. walaupun sekarang dia nampak macam orang sakit... tapi tabik springlah di atas kesungguhan dia dan jugak ke semua peserta. memang transformasi habislah. berlainan betul diorang semua.
minah kat bawah ni pun kena buat transformasi jugak. makin lama makin membulat. gerun tengok diri sendiri.
Tuesday, March 09, 2010
pauh mangga mempelam
yang ini pauh lemak. memang favorite sayalah pauh ni. dengan rasanya yang lemak manis. fuhhh memang sedap.
minggu lepas berbiji2 pauh lemak dikirim oleh mama. memang puashatilah kami anak beranak makan.
petang2 balik sekolah... selalulah mendapat order dari anak teruna "mama, mango satu".
minggu lepas berbiji2 pauh lemak dikirim oleh mama. memang puashatilah kami anak beranak makan.
petang2 balik sekolah... selalulah mendapat order dari anak teruna "mama, mango satu".
Monday, March 08, 2010
saya tak pergi sekolah hari ini
saya demam. nasib baiklah cik mek senang makan ubat... suap sendiri jer. cepat sembuh yer anak mama.
Saturday, March 06, 2010
si budak kecik
rais ramzi (sebutan bagi nama ganas itu) adalah anak buah sebelah incik suami.
tengok budak kecik camni... geram jer rasa.
Tuesday, March 02, 2010
a.kademi fanta.sia musim ke 8
boleh dikatakan hari2 ada jer lagu baru yang dia bawak balik ke rumah.
macam biasa kalau lagu yang biasa didengar senanglah sikit nak memahamkan apa yang dia lontarkan. kalau tak... memang berulang2 kali pun tak faham apa yang dia nyanyi.
semalam kemungkinan besar ada sambutan maulidur rasul kat 'sekolah' dia kot sebab petang ambil dia dari 'sekolah', dia start nyanyi
anak nabi kita ada 7 orang
tiga laki2
empat perempuan
kassim, abdullah, ibrahim, fatimah
zainab, umi kalthum, siti rokiah

Monday, March 01, 2010
saya berjaya ke desa kopil
... semata2 untuk mengambil sundress yang dijahit oleh si tukang jahit paling glamour di abad ini.
dapat jugak belek koleksi2 kain cotton si tukang jahit. sungguh membuatkan jiwa saya tidak tenteram sehinggalah ke saat ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)