Pages

Thursday, February 25, 2010

saya berjaya

bermula dari sini. terus membawa ke sini. terus jatuh cinta pandang pertama dengan si gaun koko. tengok macam senang jer buat. itu yang penting. terus menerawang ke seberang benua dan bertemu tutorial ini.

pakai cotton murahan saja. lepas ni boleh try dengan cotton mahal pulak. saya dah beberapa kali pengsan bila masuk sini. ini cop sana cop. cop dalam hati jelah dulu.

Wednesday, February 24, 2010

hati munga-munga

mau tak berbunga kalau tengok dress yang cantik macam ni.

bertambah berbunga bila dapat jugak sepit rambut yang sangatlah comelnya.

hasil jahitan yang sangat kemas ini sudah tentunya dari orang kopil ler.

Tuesday, February 23, 2010

manja kededek wok

lately ni memang giler2 manja budak kecik ni. tension kadang2. salah sikit nangis. salah banyak memang meraung ler. dalam sehari memang tak sah ler kalau dia tak nangis. haru biru dibuatnya.

Monday, February 22, 2010

ingat superman jer boleh terbang

aun.i damia pun join sama. dia pun syok tengok pak dan mak2 sedara duk menggila melompat.

orang lain baru pasang kuda2 nak melompat... dia dah awal2 melompat

dia dah mendarat

mau terbang lebih tinggi silalah pakai seluar aladdin.

Friday, February 19, 2010

mendirikan masjid

sepupu belah incik suami punya majlis 'bekwoh'. tengok gambar jelah ek. ada sedikit kemalasan untuk menaiplah.

kecik molek jer pengantinnya

salah masuk majlis ke apa ni. selalu orang time majlis akad nikah, bersopan santun. tapi ini budak... hrmmm. kesnya, dia tidur dari petang sampai ke pukul 8.30. bangun tu terus mengamuk tanak mandi, tanak tukar diapers, tanak tukar baju. maka, seksi pun seksi jelah. makan saman hanya tukar diapers jer. muka pun lap2 dengan wet tissue jer.


abang memang suka bab2 bergambar atas pelamin ni.


bersama isteri sepupu incik suami

gambar ini diambil oleh adi.b irfa.n.

mak dan bapak budak ini sedang menikmati nasi minyak di luar rumah. alih2... dia masuk rumah terus menonong naik bergambar dengan 'pelantan'. dia dengar orang sebut pengantin. dia keluar2 jer cakap dia tengok 'pelantan'

gambar tuan blog wajib adalah walaupun agak kabur di sini. bergaya dengan kurung moden yang baru siap dijahit. kira fresh from oven ler ni. 1st time tau beli kain yang ada unsur2 kaler 'masam'.

Thursday, February 18, 2010

alang-alang berkumpul

... maka timbullah idea buat majlis harijadi papa yang ke 63 tahun.

walaupun secara kecil-kecilan tapi keseronokan dapat dirasakan. rugilah pada siapa yang tak dapat nak join itu.

Thursday, February 11, 2010

1Malaysia

maklumlah ahad ni kan olang2 cina akan menyambut tahun baru cina... maka bercheongsamlah cik mek molek kita ini.





Wednesday, February 10, 2010

nak dibuang sayang

dah lamakan tak bergambar dalam bilik termenung.

my first tudung from aria.ni. beli masa awal2 kewujudan kedai aria.ni. hampir setahun lebih atau dua tahun kot tudung ini terperuk dalam bakul tudung.

ini semua gara2 tudung ini telah jadi sedikit compang camping hasil basuhan dengan tudung murahan. tension mak kiah saya dibuatnya.

hujung minggu yang lepas hampir2 saya masukkan tudung ini dalam plastik sampah. yelah tak pakaikan. buat apa nak simpan lagi.

pagi tadi baju yang saya nak pakai tidak dapat disuaipadankan dengan mana2 koleksi tudung saya. alasan disitu. tiba2 ternampak tudung compang camping ni. alahai awning dia memang takde bentuk awning ler. berkerepot teruk dah. cuba nasib menggosok awning itu. ada rezeki awning bertukar jadi elok... saya pakai. kalau tak, sampai di sini sajalah riwayat tudung ini menghuni beringin.

rezeki saya dan rezeki tudung merah belacan ini. alhamdulillah. maka hari ini konon2 saya memakai tudung 2 tone.

Monday, February 08, 2010

saya pergi sekolah bukan nursery


dari sehari ke sehari... macam2 lagu yang diperdendangkan oleh au.ni dami.a. ada yang biasa didengar... dan ada yang tak biasa didengar. kalau yang tak biasa memang sukarlah nak faham apa yang dia nyanyi. dah ler dengan bahasa pelat dia.

baru tadi dengar dia nyanyi lagu papaku pulang dari kota, papaku belikan kereta, kereta kecil warna merah, boleh ku bawa ke sekolah. bagus juagk nursery baru ni.

dalam beg nursery dia hari ini ada helaian kertas yang telah ditandatangani oleh 'cik ton'. ada aktiviti menulis garisan, bulatan, mewarna... kat bawah kertas kerja tu ada nota : dibantu guru.

ingatkan berdarah tun teja...

... tapi rupanya tidak. adoiiii.

lebam tapak tangan area nak sampai ke pergelangan tangan tu... hingga menyebabkan satu lengan sebelah kiri menjadi kurang upaya. ala2 seliuh jugaklah jadinya. lemah longlai dibuatnya. pagi ini nak pusing stereng pun tak berdaya.

ini semua gara2 potong ayam kecik2 dengan pisau dan pisau diketuk menggunakan tapak tapak tangan. selalunya saya gunakan alu lesung. tapi sabtu lepas malas nak ambik alu dalam kitchen cabinet, jadi jalan mudah pakai tapak tangan ler.

Thursday, February 04, 2010

bila bosan malas nak buat apa- apa

... saya ajak anak beranak berposing. poyo punya statement. lagi double poyo sebab tiru sebijik tajuk orang kopil.

ini sesi berposing kami anak beranak di putrajaya ahad lepas.

mamat ni pantang nampak padang rumput, mulalah nak bergolek2 atas tu.

ben 10 dan dora the explorer

tak hirau dah... berlari jer. mabuk tanah ler katakan.

tension tengok muka sendiri. takpe 2-3 minggu lagi cunlah muka saya. insyaallah.

papa yang menyakat anak teruna supaya tersenyum gembira.

topi adik dah beralih arah ke kepala abang.

choo choo train atau titanic versi orang beringin.

Wednesday, February 03, 2010

Semoga Allah Lanjutkan Usia

... Selamat Hari Ulang Tahun Papa yang ke 63.

Tuesday, February 02, 2010

baru sebulan di taska

cik mek dah boleh menyanyi lagu negaraku. sebab dalam pukul 9.30 - 11pagi dorang adalah belajar sikit2. beratur sambil nyanyi lagu negaraku. persiapan awal untuk menempuh alam persekolahan yang betul2 nanti. hehehe cute jer kan.



tapi yang paling membuatkan kitorang rasa kagum disebabkan dia boleh mengucap 2 kalimah syahadat. siap dengan makna2 sekali tu.



tapi sudah tentulah dengan bahasa pelat dialah. layan jelah janji adalah dengar butir2 bicara.
 

Blog Template by YummyLolly.com