Wednesday, December 30, 2009
paling bermakna
Tuesday, December 29, 2009
alhamdulillah... setahun lagi bertambah
kebetulan hari itu saya berada di kampung halaman. jadi makan besarlah kami sefamily.
Wednesday, December 23, 2009
kota keriangan
cuti sekolah dah nak sampai ke penghujungnya... jadi ambil peluang bawak anak2 ke gent.ing high.lands untuk dorang bergembira dan bersuka ria di sana.
setelah berhempas pulas bermain games di outdoor dan indoor park... bilik jugak yang menjadi pujaan hati mereka. masakan tidak... dalam bilik ada bath tub. berendamlah 2 beradik macam badak berendam. layan jelah janji mereka H A P P Y.
Monday, December 14, 2009
saya telah mencuba
1st time saya tahu kewujudan jenama ini adalah dari mr.s nob.a. sabtu lepas semasa berpusing2 di wang.sa wal.k saya telah terserempak dengan kedai kecil fo.rest s.ecret ini.
keguguran rambut saya semakin berlansung dengan jayanya setelah stok shampoo dan perapi prefer's yang telah saya pakai sejak bertahun tidak lagi ditemui di pasaran. tataulah samada telah distop production ke atau saya tak perasan kewujudannya. saya telah mencuba herb.al esse.nce... hima.laya... tapi tidak dapat mengubati masalah saya ini.
maka dengan ini saya sangat2 berharap agar kali ini masalah saya ini berjay di atasi.
yang ke T U J U H
kalau ikutkan dia nak ajak kawan2 dia, kawan2 mama dan jiran tetangga.
tapi mamanya tak larat nak layan permintaan dia.
maka party buat jugak tapi utk adik beradik dan keluarga semata2
itu pun dia dah cukup seronok.
buat moist choc cake, goreng bihun (lagi dan lagi dan lagi) dan satay.
baru cukup umur 7 tahun... lagi 2-3 minggu dah masuk darjah 2.
Friday, December 11, 2009
Wednesday, December 09, 2009
mak dia pun sebenarnya minat...
'pin'... lagi2 kalau kain ela. memang banyaklah jugak baju2 kurung saya berwarna 'pin'. jadi ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke badan aun.i dam.iakan.
dua2 kain ela ni adalah dari jenis cotton. plan asal nak buat baju kurung... tapi buat baju kurung moden pun ok gak kot dengan kain cottonkan. tengoklah macamana.ni peristiwa pagi tadi. abang dia sibuk nak beli roti untuk bekal ke sekolah agama... dia pun sibuk jugak nak roti. abang oklah nak roti jagung. tapi si minah ni sibuk nak roti 'aler pin'. sudah... drama pun bermula. hanya ada roti jagung dan cokelat. melilau mata maknya mencari makanan lain yang 'aler pin'. si abang jumpa corn.toz plastik 'pin' tapi takkan pagi2 buta nak makan cornto.z. last2 nampak biskut rock.y 'aler pin'. nasib baik dipersetujui oleh si minah. kalau tak sampai ke nurserylah shooting drama arahan aun.i damia.
Monday, December 07, 2009
berbudi kepada bumi
Thursday, December 03, 2009
nak percaya ke tak...
"mama apa kata ikat gigi abang dengan tali. lepas tu ikat tali tu kat pintu. nanti mama tutup kuat2. tercabutlah gigi abang nanti".
"siapa bagitau abang buat camtu".
"abang taulah. dah lama abang tau. masa abang dalam perut mama dulu. ada orang cerita kat abang. ada tv kecik. abang nampaklah dia buat macamana".
erkkk... biar betul abang.
woweerina : jangan dia 'nampak' yang bukan2 sudah ler. huhuhu
Sunday, November 29, 2009
Friday, November 27, 2009
selamat hari raya haji
menu di pagi raya... atas permintaan incik suami, maka nasi berlauk ayamlah dimasak. dan atas sedikit kerajinan si isteri... moist chocholate cake juga telah berjaya dibakar.
Tuesday, November 24, 2009
Wednesday, November 18, 2009
abang saya adalah idola saya
Monday, November 16, 2009
hari anugerah cemerlang
Thursday, November 12, 2009
masa tak boleh cakap nak sangat dia bercakap
penat kalau tengok tv sama ini budak perempuan tau. dia akan utarakan soalan demi soalan sampailah dia berpuashati. selalunya yang menjadi soalan dia bertubi2 kalau ada adegan menangis. kenapa dia nangis. mana papa dia. mama dia mana. abang dia mana bla bla bla. langsung tak boleh nak kosentrate. ke laut ke lombong habis feel mama dibuatnya.
woweerina : abaikan rumah yang macam tongkang pecah. kejadian ini berlaku semasa papa bercuti dan bersenang lenang di rumah dengan anak2. sepah ler korang nak sepah... janji sebelum mama balik semua kena kemas.
Wednesday, November 11, 2009
teruja dan terlalu gembira
Thursday, November 05, 2009
berkat belajar bahasa melayu di sekolah
ayat 1
kawan-kawan boy semua 'teruja' tengok markah boy.
ayat 2
boy tanak bagitau papalah, nanti papa 'terlalu' gembira.
woweerina : kerana ibunya terlalu poyo... maka dengan tidak disengajakan, ibunya telah membuka satu rumah untuk mengumpulkan hasil main masak2 ibunya di sini.
Saturday, October 31, 2009
berjaya juga melaksanakannya...
2 resepi yang saya ada. untuk kali ini saya cuba resepi dari chef wan dari putra bertam. berkali2 telefon chef untuk bertanyakan kemusykilan resepi tapi seperti biasa... rasa nak pandu kereta pergi ketuk pintu rumah chef sendiri. jiwa kacau betul saya kalau nak nak menelefon chef nan sorang ni.
nak tanya walnut tu nak bakar berapa lama... suhu berapa. mixed spice tu sama tak dengan mixed herbs... cream cheese berapa lama nak putar... eeiiiii tension tau aku konah...
last2 100g walnut jadi hangit hitam legam. ni incik suami punya pasal ler. suhu dia letak 200darjahcelcius. dan ntah berapa lama dia putar. saya masa tu sibuk duk putar 4 biji kuning telur. terpaksa beli 100g lagi sebagai ganti. dah ler mahal si kacang ni.
klong cakap mixed spice macam rempah2 kari ni. lain dengan mixed herbs. nanti tak pasal2 carrot cake jadi spagetti cake.
nasib baik jugak dalam resepi chef nana ada cakap cream cheese putar sampai jadi keputihan sedikit dalam jangka masa +/- setengah jam.
macam2 hal... maklumlah amatuer punya chef. tapi hasilnya...
sedap... lagi sedap dari carrot cake yang a.long beli kat ca.ke se*se. tak gitu klong...???
next time nak try buat versi chef nana dari laman seri pulak.
Wednesday, October 28, 2009
Friday, October 23, 2009
ini baru betul2 terangkat
Wednesday, October 21, 2009
rentetan dari cerita semalam
Tuesday, October 20, 2009
musim kot sekarang...
Monday, October 19, 2009
berputik di biro tatanegara
nak kata lost contact dengan nan.a ni tidak jugak sebab kami masih berhubungan melalui sms dan paling terkini sudah semestinya bukumukalah. cuma tak pernah bersua jelah.
inilah keberkatan bulan syawal tahun ni. ramai kawan2 yang dah berbelas2 tahun malah ada yang berpuluh2 tahun tak pernah jumpa... dapat bertemu kembali.
Thursday, October 15, 2009
memenuhi undangan
hari2 terakhir di bulan syawal ini saya menerima banyak undangan ke rumah terbuka... sedara mara dan juga kawan2. tataulah dapat memenuhi semua undangan atau pun tidak nanti.
sabtu
- kajang - rumah sepupu
- usj - rumah ex officemate
- shah alam seksyen 13 - rumah kawan yang dah lama tak jumpa. syok kalau dapat jumpa.
- sg buloh - rumah kawan dari sekolah rendah lagi
- batu caves - rumah kawan incik suami
- putrajaya - officemate incik suami
- shah alam - kawan klong merangkap kawan saya juga
- dato keramat - 2 pupu saya
ada siapa2 lagi nak jemput kitorang tak...???