2 minggu lepas baru balik dari PMas.
Malam tadi lebih kurang pukul 12.30am sampai dari PMas jugak. Lepas kerja hari isnin bergegas balik PMas. Ada emergency. Dalam pukul 5+ Nasrun telefon bagitau dia nak balik kampung. 'Pok Leng' meninggal. Accident kat Grik. Innalillah... 'Pok Leng' ni antara bapak sedara yang Nasrun kamcenglah. Aku dapat rasakan bagaimana terkejutnya dia... dan sedihnya dia. Sebab dalam pukul 10 pagi camtu... dia tiba2 teringat kat arwah. Memang dia selalu pun telefon arwah tanya khabar. Berdebar2 sepanjang dia kat ofis. Tapi dia tak sempat nak telefon arwah.
Arwah dengan isteri dan 4 orang anak dalam perjalanan dari Penang nak balik PMas untuk menghadiri kenduri kawin anak sedara (sepupu Nasrun jugak) hari Selasa. Kejadian berlaku pukul 1+. Accident dengan Myvi. Driver MYVI pun turut terkorban. Muda lagi... baru umur 23tahun... perempuan.
Arwah meninggal di tempat kejadian. Wife dia patah kaki. Anak perempuan (belasan tahun) masih lagi koma dalam ICU. 2 anak (perempuan & laki) patah kaki dan sorang lagi cuma calar2 jer. Arwah calar kat pipi, patah 1 batang gigi dan patah kaki. Belah dalam jelah yang teruk sebab dada dia terkena stereng dan kepala kemungkinan terantuk.
Jenazah selamat sampai kat kampung pukul 3 hari Selasa selepas selesai dibedah siasat di Hospital Grik. Wife dan anak2 arwah dihantar ke Hospital Ipoh. Kitorang pulak sampai dalam pukul 4 pagi.
Paling aku sedih... wife dia tak sempat nak menatap wajah suami dia buat kali terakhir sebab dia masih kat hospitalkan.
Jenazah selamat dikebumikan pada pukul 11 pagi hari Selasa.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di tempat orang2 yang beriman. Al Fatihah.
Nota utk diri sendiri : Tak kira tua... muda... sihat atau sakit... semuanya akan berdepan dengan kematian. Bila2 masa saja nyawa kita akan terlerai dari badan. Dalam sekelip mata... hanya Allah Maha Mengetahui... Allah Maha Berkuasa.
Thursday, May 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
al-fatihah
innalillah...
al-fatihah..
takziah...
al-fatihah utk arwah. sayu aku baca citer ko..
Al-Fatihah utk arwah Pok Leng... huhu sadisnya kt wife die, x leh nk tgk arwah utk kali terakhir...
Post a Comment