Pages

Friday, January 18, 2008

Mata boleh cakap ke???

Adoiii... buat pertama kali dalam sejarah persekolahan Adib Irfan, dia nangis pergi sekolah. 14 Januari mengukir satu sejarah buat dia. Apahal ler mamat ni. Siap meronta2 tu. Dah balik rumah tanya... dia cakap dia pening. Masa kat sekolah aku tanya kenapa... tanak plak cakap.

Pagi tadi jadi lagi. Dr malam td dia dah bagi hint. Boy nak nangis besok. Nangis tak bawak pegi rumah mama long. OK boy tak nangis. Tipu jer.

So, pagi tadi ingat dia dah lupalah. Dia tertido on the way nak pegi sekolah. Adik dia pun tido gak. Takde geng nak kacau... dia join sama. Sampai kat pintu pagar... aku kejut dia. Terus masuk gear 1. Dah ler hujan renyai2 pagi td. Dia plak bantai nangis. Haru betul. Cikgu dia datang pimpin. Meronta2 tanak. Terpaksa aku hantar dia masuk pintu pagar sebab Damia tido dalam kereta. Masih menangis masa aku tinggalkan dia. Sedih pun ada geram pun ada.

Balik dari sekolah aku telefon. Soalan sama aku tanya dia. Dia jawab "Mata ni nangis. Tiba2 jer Boy bangun tido... terus dia keluar air. Boy tanak"... Loyar buruk budak ni. Aku bagitau dia suruh mata jangan nangis. "Mata mana boleh cakap". Yelah mata tak boleh cakap tapi kalau Boy cakap mata boleh dengar. Lain kali tanak bagi mata nangis dah... faham.

4 comments:

.:HalogAmora:. said...

kata dgn adib, dh masuk skolah x boleh nangis...x macho la ;-)

mama ja said...

Besar nanti bleh jadi loyer... alasan yg klazzz... hhehehe..

kasutVincci said...

hihi..loyar buruk betui.
Danish pun pagi2 masalah sokmo nak gi skolah. Dah pakai uniform ok la pulak. Masih dlm mood tido kut. Tu yg dia rasa malas.

maya said...

kakakaka.. kelakar lah adib nih!

 

Blog Template by YummyLolly.com